30 Mei 2013

Negara Paling Selamat: Anak Menteri Kena Ragut: Rugi RM8,000


Anak seorang menteri Kabinet kerugian lebih RM8,000 apabila diragut dua lelaki di kawasan sebuah pasar raya di Ampang, Selasa.

Mangsa, merupakan seorang guru wanita berumur 26 tahun, turut cedera ringan di bahagian lutut kanan akibat kejadian ragut pada kira-kira 11.50 pagi itu.

Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk A. Thaiveegan berkata wanita itu diragut ketika meletak barang dalam but kereta jenis Suzuki Swift.

"Suspek menaiki kenderaan jenis Proton Satria, meragut beg tangan mangsa dan melarikan diri bersama barangan berharga mangsa iaitu Ipad, Iphone dan wang tunai RM5,000," katanya kepada pemberita selepas meninjau lokasi kejadian, Khamis.

Dalam perkembangan lain, Thaiveegan berkata polis menahan tujuh lelaki berusia lingkungan 20-an berkaitan kes pembunuhan seorang rakyat Amerika Syarikat dalam operasi sekitar Lembah Klang awal pagi tadi.

"Ketujuh-tujuh suspek merupakan warga asing dan ditahan bagi membantu siasatan," katanya.

Pada 4 Mei lepas, mayat David James Ginter, 62, ditemui di sebuah rumah di Taman Sri Ukay di sini oleh jiran dalam keadaan terbaring dengan tangan dan kaki diikat ke belakang serta lehernya dijerut dengan tali kabel pengecas telefon. — Bernama

Ulasan GB

Hanya pada minggu lalu dua kes rompakan melibatkan kediaman VVIP berlaku iaitu rumah kakak TPM dan adik KPN dipecahmasuk.

Sekarang anak menteri kena ragut menunjukkan betapa seriusnya jenayah yang berlaku di negara kita.

Sebelum ini GB sudah ulas. Petikan:

Sekarang ini jawapannya!

Apabila Menteri KDN dan KPN asyik menumpukan hal-hal untuk menahan dan menangkap pemimpin politik dan pelajar, sedangkan penjenayah-penjenayah yang berleluasa tidak dititikberatkan, sekarang terkena batang hidung sendiri.... rumah-rumah kakak Muhyiddin dan adik KPN sendiri dirompak.

Itulah hukum kebenaran dan keadilan berjalan apabila kedua-dua "pegawai tertinggi" sudah lari dari tanggungjwab utama mereka membenteras jenayah tetapi asyik menumpukan perhatian untuk menjaga kkeselamatan UMNO BN, maka bergembiralah penjenayah-penjenayah di seluruh negara.


8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

amat tepat sekali...bacalah surah ath Thaariq ayat 13-17

Amuraria berkata...

ragut sampai jatuh & mati pun ada ! tapi yang lebih jadi tumpuan adalah pihak pembangkang (khasnya pakatan rakyat) kerana mereka-mereka ini adalah lebih & amat merbahaya dari peragut,penyangak,penyeleweng khazanah negara,peraba, perogol & penyamun ! malaysia oh malaysia penyamun lagi bebas dari pembangkang ? ABU jangan lupa !

Tanpa Nama berkata...

PdRM jenayah dan rasuah berpisah tiada, selagi berkhidmat selagi itulah rasuah. Maka jangan harap le jenayah akan berakhir

Unknown berkata...

aku tak faham bahasa undang2... tapi kalau ikut pemahaman logik aku la.. ketua polis lagi tahu tahap keseriusan impak satu isu.... hurm... taktau la kan?

Tanpa Nama berkata...

Polis Di Raja Malaysia dah ditukar kepada " POLIS RAJA DI MALAYSIA"

Tanpa Nama berkata...

Tolong maklum kepada pembaca negara mana di atas muka bumi ini yang tiada kes ragut dan jenayah.

Silakan.

Sila beri sumber maklumat nya juga ya (rujukan tepat)

bacaan lanjut tentang penghormatan orang Cina terhadap kaum Melayu.

http://khairulryezal.blogspot.com/2013/05/poh-kim-thye-guru-sekolah-menengah.html

Kak Ton Kepoh berkata...

Menghasut = memberi cadangan, sangat salah disisi undang2 ? Meragut/ merompak = jenayah berat, normal-lah tu ?...apalah sangat...Satu sistem dalam sebuah negara yang sudah merdeka lebih 50 tahun ? Amat memalukan ?

Tanpa Nama berkata...

Keutamaan tentu lah kepada pemimpin-pemimpin dan aktivis pembangkang...Jenayah nombor 2..Rasuah tiada dalam senarai..Apalah sangat dengan duit sebanyak RM8000 tu bagi seorang menteri...sehelai bulu roma pun tak gugur...berjuta-juta ringgit dalam akaun..apa nak heran.