7 Mei 2013

Najib Meroyan Apabila Cina Tak Sokong BN, Tetapi Sokong PR


Inilah jawapan kepada Najib mengapa Cina tak sokong UMNO yang rasis!

Bukan Tsunami Cina tapi gelombang kedua Tsunami 2008

KUALA LUMPUR: Dakwaan Datuk Seri Najib Razak yang mengaitkan keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dengan perkauman kononnya sebagi 'Tsunami Cina' disanggah banyak pihak.

Penganalisis politik, Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff berkata beliau berbeza dengan pandangan tersebut.

Katanya, apa yang berlaku pada PRU13 menunjukkan bukan sahaja kebangkitan masyarakat Cina, tetapi kebangkitan seluruh rakyat Malaysia.

"Yang jelas pada saya ialah PRU 13 merupakan gelombang kedua tsunami rakyat, dari bandar, semi bandar, desa, golongan muda, kelas menengah dan lain-lain, yang bangkit untuk menuntut pembentukan sebuah kerajaan yang bersih, adil dan bertanggungjawab kepada semua rakyat.

"Ringkasnya, keputusan PRU 13 menunjukkan tsunami rakyat Malaysia dan tiada kaitan dengan perkauman orang Cina atau sikap rasis DAP.


"Sudah sampai masanya kita berhenti meniupkan api perkauman dalam politik kita," kata pensyarah kanan Sain Politik UKM itu dalam entri di Facebook.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan media dan juga kenyataan Najib yang mendakwa kemerosotan pencapaian BN pada PRU13 ini akibat Tsunami orang Cina yang menolak BN.

Pada PRU13 yang diumum kelmarin, dari keseluruhan 222 kerusi parlimen BN menang 133 iaitu kurang tujuh kerusi berbanding 2008.

Pakatan Rakyat pula menang 89 kerusi iaitu meningkat tujuh kerusi dari PRU 2008.

Generasi Y, orang Islam

Sementara itu, pakar motivasi terkenal Dr. Tengku Asmadi T. Mohamad turut memberi pandangan serupa berhubung isu ini.

Katanya, dakwaan bahawa 'Tsunami pengundi Cina' semata-mata bukan sahaja tidak tepat malah dilihat cuba menjuzukkan keputusan ke arah perkauman.

"Tetapi apa yang lebih tepat ialah Tsunami sebahagian besar pengundi tidak kira Cina, Melayu, India dan lain-lain.

"Ini dapat dilihat daripada keputusan pilihanraya itu sendiri dan ini adalah satu ‘wake up call’ kepada BN," katanya juga dalam Facebook.

Menurut beliau, PRU13 ini bukan sahaja golongan Cina yang bangkit, malah sebenarnya menyaksikan kebangkitan beberapa golongan lain termasuk golongan pengundi muda, Gen-Y.

Golongan ini kata Asmadi banyak terdedah kepada media sosial untuk mendapat maklumat dan mereka tidak takut untuk membuat sebarang perubahan.

"Minda mereka tidak terpengaruh dengan isu-isu perkauman dan mereka ini lahir dalam zaman lepas merdeka," katanya.

Perubahan juga katanya berlaku di kalangan orang Islam yang menuntut kepimpinan yang amanah, telus, adil, berintegriti dan kredibel serta usaha-usaha yang lebih merakyat.

"Kita tidak boleh melihat semuanya sebagai perkauman (racist). Ramai juga penyokong Cina yang beralih arah itu kerana sudah letih dan sebagai tanda protes terhadap apa yang berlaku.

"Malah mereka mengangkat pula bendera PAS tanpa segan silu. Bermakna ada sesuatu yang ada dalam fikiran mereka ini melangkaui aspek perkauman," katanya. -HD

PRU13 adalah peralihan undi bandar, bukan Cina, kata penganalisis

KUALA LUMPUR, 7 Mei — Keputusan Pilihan Raya 2013 bukanlah semudah “tsunami Cina” seperti didakwa oleh Datuk Seri Najib Razak akan tetapi peralihan besar pengundi bandar dan kelas menengah yang menyaksikan jurang antara bandar-luar bandar Malaysia semakin luas, kata penganalisis. Dalam bacaan awal mengenai trend pengundian, penganalisis menyatakan walaupun terdapat peningkatan dalam sokongan kaum Cina terhadap Pakatan Rakyat (PR), tsunami politik juga telah melanda “sebahagian besar daripada Melayu”, ramai di antara mereka adalah pengundi kelas menengah dan kelas atas. “Mereka mendapat sokongan kelas menengah, terutamanya di kawasan bandar,” kata penganalisis politik Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin kepada The Malaysian Insider, merujuk kepada PR. “Jadi, majoriti DAP meningkat kerana rasa tidak puas hati pengundi muda Melayu.. kesimpulannya, untuk melabel polarisasi kaum adalah terlalu mudah. Dua lagi faktor beroperasi secara serentak dengan kaum: kelas (kaya-miskin, kelas menengah) dan spatial (bandar dan luar bandar),” tambah pengasas dan pengarah Institut Kajian Etnik (KITA). Walaupun Barisan Nasional (BN) yang diketuai Najib berjaya mempertahankan kuasa persekutuan dalam pilihan raya paling sengit negara, gabungan tersebut kehilangan bandar-bandar besar dari George Town ke Ipoh, Kuala Lumpur, Seremban, Melaka dan bandar besar di Johor. BN gagal untuk menang di Selangor dan Pulau Pinang – dua negeri perindustrian di Malaysia – walaupun berjaya merampas kembali Kedah, negeri pedalaman dan jelapang padi itu.

DAP menghancurkan MCA dalam Pilihan Raya 2013 dengan penasihatnya Lim Kit Siang mengalahkan Pengerusi BN Johor Datuk Abdul Ghani Othman dengan 14,762 undi di kerusi Parlimen Gelang Patah, selain merampas Kulai, Kluang dan Bakri di Johor.

Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek mengatakan parti komponen BN itu tidak akan mengambil apa-apa jawatan kerajaan selepas menang hanya tujuh kerusi Parlimen, kurang separuh daripada 15 kerusi Parlimen dimenangi dalam Pilihan Raya 2008.

Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak mengatakan awal pagi Isnin kerajaan baru BN akan memulakan perdamaian kebangsaan, sebagai usaha-usaha untuk menyatukan rakyat Malaysia, selepas apa yang beliau gambarkan senagai “tsunami Cina” dalam pilihan raya umum ke 13 – menyaksikan BN menang dengan majoriti lebih kecil berbanding Pilihan Raya 2008.

Penganalisis politik Dr Lim Teck Ghee walau bagaimanapun, menyatakan PR menang lebih separuh daripada undi popular, menunjukkan gabungan itu mendapat sokongan “sebahagian besar daripada Melayu dan pengundi bukan Cina lain”.

“Keputusan di Selangor, yang mempunyai peratusan besar populasi bandar, termasuk di negeri pantai barat lain, dengan jelas menunjukkan ini adalah trend kelas menengah bandar,” kata Lim kepada The Malaysian Insider.

“Sebahagian besar Melayu termasuk dalam kelas menengah ini – mungkin sebanyak bukan Melayu,” menurut pemerhatiannya. Pengarah Center for Policy Initiative (CPI) menambah, undi menentang BN sebahagian besar disebabkan segmen pengundi ini lebih berpengetahuan dan kurang terpengaruh dengan media arus perdana dan media cetak mesra BN.

Beliau mengatakan, pengundi kelas menengah secara umumnya lebih bimbang tentang rasuah, pentadbiran baik dan isu kos kehidupan dan kurang terpengaruh dengan ketakutan kepada pembangkang dan sentimen kaum dan agama yang dimainkan BN.

Wong Chin Huat pula mengatakan, pengundi muda yang mahukan perubahan menyokong PR - melangkaui batas kaum.

“Pakatan mengatakan mari cuba sesuatu yang baru – anda boleh beralih dari kategori kaum. Jadi anda bercakap mengenai persoalan nilai,” kata Wong kepada The Malaysian Insider.

“Pengundi muda yang lebih yakin dan mahukan perubahan akan bersama Pakatan,” tambah felo Institut Pulau Pinang itu.

Wartawan veteran Datuk A Kadir Jasin mengatakan gabungan 13 parti itu bukan sahaja mendapat kurang kerusi daripada 222 kerusi Dewan Rakyat dan 12 Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Pilihan Raya 2013 berbanding 2008, akan tetapi turut kehilangan undi popular buat pertama kali semenjak 1969.

“Adakah tidak mungkin bahawa ini bukan tsunami Cina atau cauvinisme kaum, tetapi tsunami Malaysia yang berpaksikan aspirasi dan realiti baru, khasnya di kalangan pengundi muda?” kata bekas ketua pengarang kumpulan News Strait Times Press semasa era pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad dalam tulisan di blognya yang bertajuk, “Keputusan PRU13-Tsunami Cina atau Tsunami Malaysia?” semalam.

Terdapat hampir 2.5 juta pengundi kali pertama daripada 13.3 juta pengundi layak mengundi dalam Pilihan Raya 2013 yang menyaksikan peratusan keluar mengundi sebanyak 84.84 peratus, paling tinggi dalam sejarah Malaysia.

BN yang berkempen untuk menjaga keselamatan dan keamanan, kalah tujuh lagi kerusi Parlimen dan 71 kerusi DUN kepada PR dalam pilihan raya pada Ahad. BN dan PR menang 133 dan 89 kerusi Parlimen, termasuk 275 dan 230 kerusi DUN dalam Pilihan Raya 2013.

Bagi kerusi Parlimen, BN mendapat 5,237,699 undi berbanding parti Pakatan Rakyat yang mendapat 5,623,984 undi. Gabungan tiga parti PKR, PAS dan DAP juga mendapat lebih banyak undi di DUN, mendapat 4,879,699 berbanding 4,513,977 undi diterima oleh gabungan 13 parti itu.
-TMI


Ulasan GB

Najib dan UMNO masih dengan sindrom penafian.

Enggan menerima hakikat bahawa UMNO BN kini telah ditolak oleh sebahagian besar rakyat.

Menang pilihanraya, benar, tetapi dengan kaedah persempadanan pilihanraya yang tidak adil dan penipuan yang ketara.

Pemimpin UMNO masih tebal dengan sentimen perkaumannya (assabiyah) dan masih menuduh yang bukan-bukan kepada DAP khususnya.

Tak percaya? Buka Utusan Malaysia, buka RTM, buka TV3 dan buka blog-blog para pencacai UMNO. Di sana anda akan ketemui gelagat manusia berfahaman "kebangsaan" dan mereka, seperti Najib juga, meroyan tak tentu pasal apabila ramai calon-calon utama mereka tewas seperti Mohd Ali Rustam di Melaka dan A.Ghani Othman di Gelang Patah Johor.


Tajuk rasis dari Utusan. Kenapa tak terus tanya Soi Lek?

Alasan yang sama juga diberikan oleh Noh Omar apabila BN gagal untuk menawan Selangor seperti yang diiginkan sangat oleh Najib.

Dan meroyan teruslah UMNO jika masih tidak mahu menerima hakikat bahawa SEBENARNYA mereka telah kalah di dalam pilihanraya yang baru lalu. Kemenangan yang mereka perolehi hanyalah kemenangan palsu yang sifatnya sementara! Baca di
Jika Wujud Penipuan, Kerajaan Najib & BN Bakal Tumbang Tak Lama Lagi...

15 ulasan:

Ni berkata...

Kalau nak semua orang sokong BN buat je sistem satu parti.

kg senduk bg berkata...

pemerintah kata undi tu rahsia..... pasai apa depa nak marah dkt org cina pulak....... hargailah cina2 yg lain yg undi BN..... alhamdulillah kami PR sentiasa syukur kerana allah taala...

Roza berkata...

Sudah lebih 50 tahun, pemerintah Malaysia yang diterajui oleh Umno telah gagal menyemai perpaduan. Sifat perkauman dng bangsa Cina dan seterusnya terus menghina bangsa Melayu yg memperjuangkan Islam.Jika perpaduan itu berjaya, bagaimana hal ini boleh terjadi? Apa lagi yg Umno mahukan? Pangkat, kuasa, harta?Sekarang ni dengan Cina pun tak baik, dengan Melayu pun berseteru. Buktinya setiap hari melalui media pro BN. Kesan ini terus didokong oleh masyarakat Malaysia.

Tanpa Nama berkata...

SPR tipu rakyat Malaysia hidup-hidup.

Lihat kesan dakwat di jari anda. Masih adakah kesan yang ditinggalkan di kulit anda? Jika tiada maknanya kita telah ditipu oleh SPR yang menjanjikan dakwat kekal sehingga 7 hari.

Jika dakwat kekal kita telah ditipu hidup-hidup, tiada jaminan bahawa PRU13 diadakan dengan telus dan bersih. Jaminan mulut SPR tak laku.

SPR tipu, SPR tipu, SPR tipu, SPR tipu, SPR tipu, SPR tipu, SPR tipu, SPR tipu, SPR tipu, SPR tipu, SPR tipu, SPR tipu, SPR tipu, SPR tipu, SPR tipu, SPR tipu, SPR tipu, SPR tipu, SPR tipu, SPR tipu, SPR tipu, SPR tipu, SPR tipu, SPR tipu, SPR tipu, SPR tipu, SPR tipu, SPR tipu, SPR tipu, SPR tipu, SPR tipu, SPR tipu, SPR tipu, SPR tipu, SPR tipu, SPR tipu, SPR tipu, SPR tipu, SPR tipu, SPR tipu, SPR tipu, SPR tipu, SPR tipu, SPR tipu, SPR tipu, SPR tipu, SPR tipu, SPR tipu, SPR tipu, SPR tipu, SPR tipu, SPR tipu, SPR tipu, SPR tipu, SPR tipu, SPR tipu, SPR tipu, SPR tipu, SPR tipu, SPR tipu, SPR tipu, SPR tipu, SPR tipu, SPR tipu, SPR tipu, SPR tipu, SPR tipu, SPR tipu, SPR tipu, SPR tipu, SPR tipu, SPR tipu, SPR tipu, SPR tipu, SPR tipu, SPR tipu, SPR tipu, SPR tipu, SPR tipu, SPR tipu, SPR tipu, SPR tipu, SPR tipu, SPR tipu, SPR tipu, SPR tipu, SPR tipu, SPR tipu, SPR tipu, SPR tipu, SPR tipu, SPR tipu, SPR tipu, SPR tipu, SPR tipu, SPR tipu, SPR tipu, SPR tipu, SPR tipu, SPR tipu, SPR tipu, SPR tipu, SPR tipu, SPR tipu, SPR tipu, SPR tipu, SPR tipu, SPR tipu, SPR tipu, SPR tipu, SPR tipu, SPR tipu, SPR tipu, SPR tipu,

Kami menuntut keadilan atas penipuan SPR.

Tanpa Nama berkata...

Kaum Cina sokong PAS kerana Melayu dalam PAS lebih sopan daripada Melayu UMNO.

Kaum Cina juga benci melihat samseng-samseng yang ditaja oleh UMNO.

Kaum Cina juga benci melihat pemimpin UMNO yang kerap-kali mengeluarkan kata-kata yang menghina mereka.

Kencing dalm tempurung dan kemudian lihat imej kamu diri tempurung untuk memahami mengapa kaum Cina tidak menyokong BN.

pesara tentera... berkata...

itu lah jgn dok tgoq org melayu kelantan sebelah mata.... dulu kata dkt melayu kelantan .... la nee dok mengata kaum cina..... demokrasi apa ke benda neee...... kalau dah memerintah jgn dok mengungkit perkara yg lama... perbetulkan pemerintahan tu.... jgn sampai tergadai negara... hutang dah berlambak....

Tanpa Nama berkata...

Kalau rakyat yg 51% tu buat legal action keatas kerajaan, spr, polis dan jpn blh ke? Kalau jutaan rakyat msia yg mahukan kerajaan telus menyaman mereka yg menyalah gunakan kepercayaan kita, mungkin kah berkesan?

Tanpa Nama berkata...

Betul tu anon 7:16..klu blh saya nk turut serta rasa mcm tertipu sgt...

Tanpa Nama berkata...

Setuju.. Satu lagi aku x faham.. 1Malaysia berkumandang saban hari, tapi semua tu hipokrit.. Pasal APA 1 Malaysia tapi masih sebut perkauman? X faham aku! Baik tukar slogan 1umno.

Tanpa Nama berkata...

Sudah bahlol....tak boleh ubah dah.

Tanpa Nama berkata...

cina nk pemimpin terbaek..bkn pemimpin lemah,asik dgn perkauman...kekalahan bn sbb gerila2 siber umno terlalu byk mainkn isu prkaumn n fitnah terutama pd dap n dsai,isu perkaumn isu lapuk dh..

Tanpa Nama berkata...

Najib tak faham sejarah.Orang Cina memang tak suka kad MCA sebab MCA puak towkey.Sila buat kajian,dimana aje ramai penduduk Cina MCA tidak mendapat tempat dikalangan orang Cina.Itu sebab Dr.Tan Seng Giaw(DAP) boleh menang majoriti 40,307 diKepong(kawasan Cina) dan sudah berapa kali jadi MP diKepong.Kalau berkawan dengan pihak yang orang benci,terimalah padahnya.Politik orang Cina lebih hebat dari politik Melayu yang gembira dapat BRIM 500 dan berharap akan dapat lagi BRIM 1500.Undi kaum Cina tak boleh dibeli.UMNO hanya boleh beli undi Melayu dikampong-kampong dan diFELDA.Yang jual undi ni pun kebanyakannya dah tua,munkin pada PRU 14 depa dah padam.

Remy berkata...

Dah memang dasar manusia yang gila pangkat , harta dan kuasa. Sanggup buat apa saja tidak kira halal atau haram. Dah bagi kemenangan pun masih tak bersyukur. Tunggu sajalah balasan dari Allah keatas mereka2 yang munafik ini.

Tanpa Nama berkata...

Kalau macam nilah.....buat saja sistem satu parti...hati tak sakit...tak payah anjurkan pilihanraya...kerana tiada pilihan macamana nak raya? Dah tak tau nak cakap apa dah dengan sistem di Malaysia ni....

Tanpa Nama berkata...

anon 7:16 AKU SOKONG SANGAT SANGAT. Kita tunjukkan bantahan rakyat Malaysia