7 Mei 2013

Jika Wujud Penipuan, Kerajaan Najib & BN Bakal Tumbang Tak Lama Lagi...


Anwar mahu selesai isu penipuan p'raya dulu

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau akan menimbangkan mengenai persaraannya daripada politik selepas menyelesaikan isu penipuan dan penyelewengan yang didakwa berlaku dalam pilihan raya umum ke-13.

Katanya, beliau memutuskan demikian kerana beranggapan bahawa perjalanan pilihan raya kali ini telah "dicuri" daripada rakyat melalui proses penipuan.

"Pendirian saya sama. Saya ada mendapat tawaran untuk mengajar di beberapa universiti utama. Saya masih fikir. Tapi saya nak selesaikan penipuan ini. (Ia) belum selesai. Saya dah menang. Pilihan raya ini sudah dimenangi oleh Pakatan Rakyat.


"Saya rasa apa yang perlu diperjelaskan sekarang ini ialah, pilihan raya ini telah dicuri melalui proses penipuan. Kerana mengikut proses yang biasa dan yang adil, kita sudah menang. Hampir mustahil (kalah) kalau dilihat dari sambutan yang ada.

Beliau yakin bahawa kemenangan pilihan raya kali ini telah dicuri memandangkan momentum yang berlaku dibeberapa kawasan yang beliau kunjungi.

"Orang yang hadir bertepuk tangan bukan dapat bayaran atau dapat BR1M. Mereka datang dan beri sokongan dengan penuh perasaan," katanya.

Anwar yang berpakaian serba hitam sebagai tanda 'perkabungan' ke atas demokrasi hari ini berkata beliau dapat merasakan bahawa rakyat kecewa dengan keputusan pilihan raya kali ini.

"Saya tahu tentang sentimen kerana saya telah berkempen dengan bersungguh-sungguh.

"Saya rasa sedih (dengan keputusan pilihan raya). Saya boleh gambarkan kekecewaan rakyat berdasarkan ceramah yang saya pergi di seluruh negara," katanya.

Anwar sebelum ini pernah menyuarakan hasrat untuk meninggalkan dunia politik dan kembali mengajar sekiranya Pakatan gagal menguasai Putrajaya.

Pada 2006, Anwar pernah menjadi pensyarah jemputan di Universiti Georgetown, Amerika Syarikat.

mengakui bahawa beliau sangat menghargai masa bersama keluarga semasa beliau mengajar di Amerika Syarikat.

"Apabila saya mengajar di Amerika Syarikat, mereka (keluarga) adalah masa yang terbaik untuk saya bersama Wan Azizah (Wan Ismail) dan keluarga," katanya.

Dalam temubual itu lagi, Anwar yang kelihatan letih juga berkata PKR mungkin akan mengemukakan petisyen pilihan raya berdasarkan keputusan yang mencurigakan di beberapa kerusi.

Katanya, beliau percaya calon PKR di kerusi Beaufort Datuk Lajim Ukin tewas akibat terdapat sogokan terhadap pengundi di kawasan itu.

"Saya telah tegaskan ada isu kesahihan dalam keputusan pilihan raya. Terdapat bukti penipuan yang jelas. Terdapat kawasan-kawasan yang kita ada bukti. Kita tidak akan menerima keputusan ini. Kita akan berbuat sesuatu.

"Saya tak percaya Lajim kalah. Tetapi saya faham tentang Wilfred Bumburing (Tuaran) yang terdapat perselisihan isu dalaman. Lajim saya percaya ada sogokan dan kami akan terus mengkaji tentang perkara itu dan akan lihat sama ada ada keperluan untuk memfailkan petisyen.

"Kita tidak boleh terima proses ini. Penipuan dah begitu berleluasa. Mungkin salah satu pilihan raya yang paling teruk pernah kita jalankan," katanya lagi. -mk


Apa Yang Berlaku Sebenarnya?


Bukan x boleh terima BN menang. Tapi cuba tuan/puan nilai sendiri faktor dibawah :-

1) Begitu byk kes pengundi hantu yg berjaya dibongkar.
2) Dakwat kekal yg dijanjikan lgsg x KEKAL! Padahal berjuta2 habis utk beli.
3) Keputusan hanya diumum jam 1 pagi iaitu paling lambat dalam sejarah malaysia!
4) Setelah DSAI umum PR menang byk negeri, serta merta byk pusat kiraan tiba2 blackout dan secara tiba2 undi BN naik mendadak.
5) Berjaya dibongkar apabila 3 peti undi disorok di parlimen putrajaya.
6) Pada pukul 11pm masih ada peti undi cuba dibawa masuk ke tempat pengundian padahal pusat mengundi ditutup pada pkul 5pm. Adakah tempoh 3 jam x cukup utk proses kira undi di buat.
7) Negeri perlis, terengganu, perak dan negeri semua BN menang majoriti mudah. Utk pengetahuan, negeri2 tersebut antara diumum DSAI telah dimenangi PR dan negeri2 tersebutlah yg tiba2 mengalami blackout!!
8) Ada pengundi hantu berjaya ditangkap kerana berjaya mengundi 2 kali
9) Kertas undi yg dibawa dari luar oleh petugas SPR!! berjaya di tangkap sedangkan adalah mustahil kertas undi boleh berada diluar dan ia satu kesalahan yg besar!
#Jadi tuan/puan nilai sendiri apa yg terjadi pada PRU kali ni. Kalau faktor2 diatas x berlaku, kita sama sekali xkn bantah keputusan PRU kali ni. Moga sama2 kita dpt pertimbangkan.
-FB



Ulasan GB

Hukum kebenaran dan keadilan akan tetap berjalan. Kemenangan dengan penipuan adalah satu jenayah dan tiada keberkatannya.

Seperti yang GB katakan sebelum ini, kemenangan melalui penipuan adalah kemenangan yang rapuh ... dan ia akan tumbang dengan sendirinya kerana "dasarnya" lemah.

GB amat yakin jika kerajaan Najib dan UMNO BN memperolehi kemenangan dengan cara penipuan, kerajaannya akan tumbang tidak berapa lama lagi.

Dan semua yang terlibat dengan penipuan akan tetap dihukum walaupun penipuan itu licik dan tidak diketahui orang. Tetapi Allah Maha Mengetahui! Anda tidak boleh lari.

Kebatilan tidak akan dapat mengalahkan kebenaran .Itu hukum alamiah, itu hukum Allah swt!



25 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Siapa PM Malaysia: Anwar Ibrahim. Siapa Najib: Penjenayah.

Cencaluk berkata...

Salam,

Dari apa rumusan saudara saya amat menyokongnya.

Biarpun kita menafikan dimulut tapi ALLAH (S.W.T) maha mengethui.


Kenapa saya lihat admin hari ini lebih releks dan tidak berapi seperti sebelum.

Ingat saudra setiap yang bermula ada akhirnya.

Setiap yang buruk kalau kita basuh dan gilap pasti ada sinarnya.

Setiap kesalahan kalau kitnhayati akan timbul sedikit kebenarannya.

Saya mengucapkan tahniah atas soft spoken admin hari ini.


Syabas.......
USAHA LAGI AGR ISLAM TIDAK DIPANDANG SERONG OLEH BANGSA KAPIR

Tanpa Nama berkata...

Melalui peristiwa2 dan isu2 yang dikemukakan tentang penyelewengan dan kerakusan kuasa..saya percaya pemain peranan utama dan pengarah penipuan pilihanraya PRU-13 adalah TDM.
Dengan kuasa yg diberikan Najib dan kekayaan yg ada beliau telah menyalahgunakan dengan sepenuhnya entiti SPR, TNB dan PDRM menyempurnakan misi tersebut.
Diantara sasaranya adalah termasuk memastikan kekalahan beberapa kerusi calun PR yg dianggap merbahaya.
PRU-13 ini diskripkan oleh TDM kerana saya yakin bahawa beliau akan lakukan apa-apa sahaja untuk menyelamatkan diri, keluarga dan kroni dari dipenjara.
Kpd DSAI saya sokong supaya teruskan lawan kezaliman ini demi maruah Negara dan Rakyat keseluruhanya.tranflated

Tanpa Nama berkata...

kecewa 110%. apa boleh buat? Redha dan sabar.

Abu Amin berkata...

Tempat DUN kecil pun kira tak habis-habis wpun dah dekat pukul 10 mlm.

orangpencen berkata...

kebatilan akan berjaya jika dirancang dgn baik dan kebenaran akan gagal jika tidak buat dgn teratur dan tidak dgn kebijaksanaan.

Tanpa Nama berkata...

PRU 13 PR lwn SPR !!!

Tanpa Nama berkata...

agak kecewa bila PR kalah disebabkan penipuan yg agak terang2'an...huhuhu..selepas nie,cine akan terima balasan dr kerajaan BN..rakyat lak akan terima lambungan harga kperluan secara mdadak...itu jam,nyesal pon xgune..kne blajar bjimat dr skarang...hihihiih

Tanpa Nama berkata...

ya.lawan tetap lawan.

Tanpa Nama berkata...

mmg skrip penipuan nie....adalah direka oleh mamak kutty giler tu....dia sendiri buat....dia sendiri menjadi takut....kalu ada kekecohan berlaku.....jadi dia takut jadi mcm muammaf gadaffi dan saddam hussein....maka dia lari dulu keluar negara......ko takkan dpt lari mahathir.....org dah tahu takti kau.....sikit lagi kau dan geng2 pengkhianat kau akan kami dakwa dan duhukum gantung....kami sedang mengumpul bukti......kalau tak percaya rajin2lah tgk youtube......wajah2 khianat kau org.....kami bukan melayu mudah luper...sekarang kami melayu yg dah membaca rancangan pengkhianatan korang....jaga2 Penegerusi SPR...dan jaga2 timbalan Pengerusi SPR......rakyat sedang memerhati kamu sekarang.......

مهمد شفاريز berkata...

Sy akan turun ke stadium kelana jaya sok..brsame rakan2

Tanpa Nama berkata...

hang pa pi Tanya mufti juanda ,apa hokum nya makan hasil penipuan ?
kut nanti dia kata penipuan oleh UBN kita boleh pakai dan makan hasil nya

Tanpa Nama berkata...

Ingatlah, yg menipu, bersubahat & menyokong tu kita serahkan urusan mereka pada Allah.

Ttg kita pula yg berada dllm pemerintahan yg menipu, akan terima tempiasnya juga kesannya dari penipuan tu sekirannya kita berdiam diri.

Oleh yg demikian, tentanglah penipuan2 tu dgn keupayaan masing2 samada, paling minima dgn berdoa. Mudah2an Allah masih sayang negara kita yg kita cintai berkat & doa & ingatan serta takutnya kita padaNya.

Tanpa Nama berkata...

Pedulikan dgn apa org luar mcm Hassan Ali ni kata. Mengapa sibok nak atur2kan hal ehwal dalaman orang lain. Tanya sama dia suka kalau orang lainnsibok pasal rumahtanggs dia??

Tanpa Nama berkata...

MYKAD ORI.
POLIS ADA READER MYKAD. KENAPA TAK GUNA UNTUK SEMAK?
SPR KENAPA TAK GUNA READER MYKAD?
SYKT PENGELUAR MYKAD PATUT DI SIASAT. MEREKA TERLIBAT KE DALAM PENGELUARAN MYKAD NI?????
MYKAD NI ADA DALAM DATABASE JPN KE?
KAN MALAYSIA DAH MAJU !!!

Tanpa Nama berkata...

SEMOGA ALLAH HANCURKAN UMNO DAN BN JIKA ZALIM MENIPU RAKYAT, AMIN

Tanpa Nama berkata...

Semua orang tahu BN mati matian nak rampas Selangor walau dengan apa cara sekali pun.Tetapi kenapa tak guna tektik kotor yang di kata kan seperti undi hantu black out dan undi bangla yang di angkut beribu2 dari sabah dengan pnerbangan yang konon nya di kesan di KLAI. Selangor ada 50 lbh DUN, dari beribu2 mat bangla yang konon nya di katakan di angkut dari sabah untuk bantu BN rampas Selangor berapa orang yang kene tangkap??? Selangor tak ada black out semasa kiraan undi !!! kata BN nk rampas Selangor dengan apa cara pun!!

Tanpa Nama berkata...

Kes penipuan PRU dah tidak boleh dibawa ke mahkahmah Malaysia lagi. The only way hanya bawa isu ini ke PBB atau ke mahkahmah antarabangsa kerana mahkahmah antarabangsa bukan senang untuk UMNO Barisan Nasional nak manipulasi keputusan dari mahkahmah antarabangsa. Plus the next PRU kena ada campur tangan PBB kalau kerajaan Malaysia yakni kerajaan UMNO yang urus guna SPR of course dia akan manipulasi lagi undi.

Tanpa Nama berkata...

ye,mmg bn nk rampas selangor dgn ap cr sekalipun.tp hantu-hantu pun x berani masuk selangor.yg dah termsk kat sempadan semua dah kene tangkap boh dlm botol buang dlm selat melaka...ada berani?

Tanpa Nama berkata...

Org Islam jom kta bt Solat hajat ramai2 smga Allah tjukkn kebenaran...kerajaan neger PAKATAN SLA ANJURKAN SOLAT HAJAT BESAR2AN .Kpd yg bkn Islam doa lah kut cara agama msng2..

Tanpa Nama berkata...

Tak kira la beribu ke berjuta ke persoalannya KENAPA WARGA ASING ADA MYKAD!!?? MALAH BOLEH MENGUNDI!!??? SIAPA YANG BAGI MYKAD!!?? SIAPA PETUALANG BANGSA!!??

Tanpa Nama berkata...

Satu cara yang
baik untuk hilangkan
isu perkauman
yang menjadi-jadi
sekarang ini,
PR memerintah.
Caranya,
23 ahli parlimen BN
melompat ke PR.
Jadi hero.
InsyaAllah Malaysia
akan aman dan damai
Dan, sistem Negara
dapat disusun semula.
Jika tidak, diyakini
Malaysia akan hancur
lebur dan punah ranah.
Kerana BN/UMNO itu
bukannya manusia
tetapi setan yang dikenali.
AllahuAkbar!!!

Tanpa Nama berkata...

Ya Allah, kami sudah tidak sanggup lagi untuk hidup di bawah kedurjanaan BN. Undang-undangMu dibakulsampahkan, peranan bahasa kebangsaan kami dipinggirkan, pendidikan percuma dikecualikan, harga barang semakin meningkat, jenayah semakin menggila, hasil bumi & duit rakyat dirompak, undang-undang yang lebih menyebelahi BN dikuatkuasakan, budaya barat dijadikan ikutan & budaya keislaman ditolak serta banyak lagi kedurjanaan telah BN timbulkan. Maka dengan ini, Engkau hancurkanlah BN seperti mana Engkau menghancurkan kaum-kaum terdahulu yang mengingkariMu, ya Allah. Hadiahkanlah kemenangan kepada PR, Ya Allah! Sesungguhnya Engkau Maha Memahami apa yang kami rasai & Maha Berkuasa dalam segala perkara.

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum,
kami di Singapura turut merasa sedih kerana adanya tanda2 penipuan. Yang membuat kami sediih ialah, sekiranya benar, Wallahualam, yang melakukan adalah orang2 yang mengaku mereka berugama Islam.
Marilah kita sebagai orang2 yang benar2 ingin menjadi hamba Allah yang beriman, melakukan solat hajat - tak kira malam ataupun siang (asalkan bukan di waktu larangan) agar dijatuhkan kesemua mereka yang zalim (melalui penipuan atau rasuah dll) diturunkan dari kedudukan mereka. Amiin x3

Tanpa Nama berkata...

Kalau lagi ramai rakyat yg undi pakatan,bn x akan menang juga..semuanya salah rakyat la sebab rakyat 'bijak' memilih...walaupun saya sokong pr tetapi saya menyokong anwar bersara kerana rakyat tidak menilai usaha murni anwar