Pakatan Rakyat (PR) akan menghimpunkan jutaan rakyat di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur jika tuntutan mereka agar pengerusi, timbalan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meletakkan jawatan tidak ditunaikan, kata Mohamad Sabu.
Menurut timbalan presiden PAS itu, jika desakan tidak ditunaikan, PR akan menganjurkan lebih banyak perhimpunan sehingga kerajaan Datuk Seri Najib Razak turun takhta.
“Jutaan rakyat akan memenuhi Kuala Lumpur jika tuntutan kita tidak ditunaikan tidak lama lagi,” kata Mohamad dalam perhimpunan #Black505 di sini malam tadi.
“Jika SPR tidak letak jawatan, kita akan terus mengadakan perhimpunan sehingga kerajaan Najib gugur,” tambah beliau lagi.
Perhimpunan #Black505 di Tapah ini adalah yang kesepuluh bagi membantah keputusan Pilihan Raya 2013 dan julung kalinya dianjurkan oleh PAS.
Turut hadir dalam perhimpunan itu adalah pemimpin PR Perak seperti Datuk Seri Nizar Jamaluddin, V Sivakumar dan ramai lagi.
Menurut Mohamad yang dikenali sebagai Mat Sabu itu, penipuan pilihan raya telah menggugat kepercayaan rakyat Malaysia terhadap sistem demokrasi.
“Kita kena ingat, rakyat memilih pilihan raya, rakyat memilih jalan demokrasi. Kenapa rakyat memilih jalan raya di Tunisia? Mesir? Jakarta?
“Kerana mereka sudah tidak yakin dengan jalan demokrasi,” katanya disambut dengan sorakan daripada ribuan hadirin berpakaian hitam.
Mohamad turut mengingatkan pasukan keselamatan, polis dan tentera agar bersikap profesional dan menjaga keselamatan rakyat.
“Polis dan tentera saya ingatkan. Jaga keselamatan rakyat, jika gugur sebutir peluru kepada rakyat yang tidak bersenjata, bererti kamu sudah kalah.
“Jangan usik rakyat yang memilih cara demokrasi ini,” katanya.
PR menyalahkan penipuan pilihan raya menyebabkan mereka tidak menjadi kerajaan walaupun menang undi popular pada Pilihan Raya 2013.
PR menang 89 kerusi Parlimen berbanding Barisan Nasional (BN) yang mendapat 133 kerusi daripada 222 kerusi Parlimen.
Walau bagaimanapun, buat pertama kali semenjak 1969, BN kehilangan undi popular apabila hanya mendapat 47 peratus undi keseluruhan berbanding PR yang mendapat 51 peratus.
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam perhimpunan #Black505 pada Sabtu di Padang Timur, Petaling Jaya turut menegaskan beliau menolak idea untuk bekerjasama dengan SPR dan menyokong desakan untuk pesuruhjaya SPR meletakkan jawatan serta merta.
“Kita tidak akan bekerjasama atau bekerja atau melibatkan diri dengan Suruhanjaya Pilihan Raya yang menipu,” kata ketua umum PKR dan menambah “kata dua” akan dikeluarkan jika mereka tidak meletak jawatan. -TMI
Chegu Bard: Jika SPR Terus Membisu, Kita Tuju Ke Dataran Merdeka
PETALING JAYA, 27 MEI: Rakyat yang membantah keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) harus bersedia untuk turun ke Dataran Merdeka sekiranya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terus tidak menghiraukan dakwaan penipuan dan penyelewengan yang berlaku dalam PRU 13.
Desakan itu dibuat penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin, Himpunan Kemuncak Suara Rakyat 505 yang diadakan di Padang Timur Majlis Bandaraya Petaling Jaya di sini Sabtu lalu.
“Jika Wan Ahmad membisu, jika Aziz membeku, jika SPR buat pekak badak, rakyat akan menuju ke Dataran Merdeka,” kata beliau dan disambut teriakkan bersemangat lebih 50,000 perserta perhimpunan tersebut.
Beliau merujuk kepada Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dan Timbalannya Datuk Wan Ahmad Wan Omar, yang sebelum ini didesak supaya meletakkan jawatan mereka ekoran perjalanan PRU 13 yang tempang dan cacat.
Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli, sebelum itu turut membayangkan satu lagi perhimpunan akan diadakan di Dataran Merdeka selepas ini.
“Cukup setakat ini dahulu, dan Insya-Allah kita akan bertemu di Dataran Merdeka selepas ini sehinggalah tuntutan-tuntutan kita dipenuhi oleh (Perdana Menteri Datuk Seri) Najib (Razak) dan SPR,” ujar beliau.
Menurut beliau lagi, sekiranya rakyat tidak bangkit menentang penipuan dan penyelewengan tersebut, perkara yang sama akan terus berlaku di masa akan datang. -selangorku
5 ulasan:
Kalau dia Letak jawatan apa ada hal.? Kedua dua nya pun dan dah Tua bangka memang patut bersara...jadi apa kesan nya...? Sepatut nya kita menuntut mereka bertanggung jawab...atas segala penipuan dan kemarahan rakyat mesti di imbangi dgn satu keputusan yg memuaskan...
salam,
saudara yg komen diatas!
selain ketua spr letak jawatan , jabatan spr juga akan ditutup atau ditukar pada jabatan yg baru yg lebih telus seluruhan malaysia malah kakitangannya juga adalah golongan rakyat yg dipilih dgn telus atas persetujuan n tak berpihak mana parti.
spr memang patut diganti bila mana spr tidak jalankan tanggungjawap yg diberi amanah oleh rakyat n bersubahat utk kepentingan mrk2 ini.
amin.
Wahai seluruh rakyat Malaysia yang cintakan keadilan, kita mahukan SPR bertanggongjawab terhadap keputusan PRU13 yang telah memenangkan UMNO/BN secara penipuan. Sekarang ini kita diperintah oleh kerajaan pilihan SPR dan bukannya oleh RAKYAT... maknanya kerajaan yang ada sekarang adalah kerajaan yang boleh ditafsirkan sebagai HARAM
Letak jawatan sahaja tak memadai,Pengerusi,Tim.Pengerusi dan SU SPR wajar dihadapkan kemahkamah atas tuduhan menipu.
letak jawatn jgn tak letak. akhirat nanti lebih teruk akibatnya.
Catat Ulasan