Hapuskan TOL Yang Merompak Rakyat Untuk Suap Kroni!


Di Malaysia, projek pembinaan lebuhraya merupakan satu lapangan perniagaan yang berisiko rendah dan sangat menguntungkan syarikat konsesi. Akan tetapi, projek sebegini dikhususkan untuk kroni-kroni BN sahaja.

Contohnya, syarikat PLUS yang membelanjakan RM 5.9 bilion untuk membina Lebuhraya Utara-Selatan, namun sehingga 31 Disember 2010, telah mengutip tol sebanyak RM18.3billion. Bagi setiap ringgit yang dikutip, syarikat konsesi memperoleh untung bersih sebanyak 52 sen!

Tambahan pula, kadar tol akan dinaikkan sebanyak 5% setiap 3 tahun bermula 2016. Mengikut terma konsesi, bayaran tol akan dikutip sehingga 2038 - ini bukan saja membebankan kita tetapi juga anak cucu kita.

Ceritanya sama dengan syarikat-syarikat konsesi yang lain seperti Lebuharaya Damansara-Puchong (LDP), Lebuhraya KL-Putrajaya (MEX), Lebuhraya Shah Alam (KESAS), Lebuhraya Cheras-Kajang, Lebuhraya Port Dickson, Jambatan Pulau Pinang dan Lebuhraya Karak.

Di bawah BN, tol akan diteruskan di lebuhraya-lebuhraya yang baru seperti Lebuhraya Skim Penyuraian Trafik Johor Bahru (EDL) dan Lebuhraya Pantai Barat Taiping - Banting (WCE). Masing-masing akan mengutip tol untuk tempoh 34 dan 60 tahun.

Hakikatnya, jika rasuah dan penyelewengan dikurangkan, kerajaan boleh membeli balik lebuhraya, menghentikan syarikat konsesi daripada mengaut keuntungan yang melampau, dan memansuhkan tol dalam jangka masa yang paling singkat.

Ini adalah janji Pakatan Rakyat kepada rakyat Malaysia. Jika PR berjaya mengambil alih kuasa di Putrajaya, rakyat akan menikmati perkhidmatan lebuhraya percuma!

Ubah Sekarang, Bersihkan Malaysia!

9 comments:

View Comments/Post a Comment

9 comments:

sb dehlawi said...

Assalamualaikum kepada pejuang dan penyokong PAKATAN RAKYAT semua. Jangan lupa pesanan TGNA supaya adakan solat hajat pada 3/5/2013 mohon kepada ALLAH supaya beri kemenangan kepada PAKATAN RAKYAT. Insyaallah PAKATAN RAKYAT akan memerintah MALAYSIA pada malam 5/5/2013. Bagi bukan Muslim berdoalah ikut agama masing-masing. Tolong sebarkan

Anonymous said...

secara asasnya, aku setuju je kalau kenakan tol pada sesetengah lebuhraya yang kos nya terlampau tinggi, tapi hasil kutipan tol tu, tidak lah masuk ke tokey-tokey haloba... biar lah duit yang dikutip tu masuk kembali ke kantung kerajaan... nanti buleh guna duit tu, buat lebuhraya lain, kira macam rakyat kongsi ngan kerajaan buat jalan...
dan kadar pulak, minima sudah... bila dah dapat kembali jumlah yang digunakan buat tol, dan segala kos upah pekerja, kos baik pulih... boleh je samada nak kekalkan tol pada kadar paling minima untuk tampung kos penyelenggaraan, atau hentikan terus...
dan duit yang dikutip tadi, guna lah buat jalan lain pulak...

masalah sekarang ni, hasil tol masuk kat tokey-tokey besar yang pinjam duit kerajaan masa nak buat jalan tu... tu yang tak kena tu...

Anonymous said...

Adussss. Ada jugak yg suka bayar tol. Dah la kita dibebankan dengan pelbagai tax yang membebankan & tak munasabah.

Kalau jujur sangat, lain kali bubuh la nama betul. Nak kenal jugak. Jgn la berselindung dengan Anonymous

Anonymous said...

BN membebankan rakyat, menyuap kroni hingga kenyang, Mahathir tak lena nak jaga Koperat

Anonymous said...

Hapuskan PTPTN, TAHNIAH pemuda besemangat konvoi bendera Pakatan Rakyat tanpa upah

Anonymous said...

Pemuda Pakatan Rakyat menjadi bendera bergerak berkibar merata tempat di jalanraya, UMNO makin takut

Anonymous said...

Hapuskann Tol, buat Terowong Bawah Tanah, Kenakan Tol.. Appa ra

Anonymous said...

Idea lahanat mamak kutty memang pandai , tau tau nak menongkat langit saja....

Hapuskan TOL , turunkan harga minyak ini semua memudahkan kitaran ekonomi apabila kos perniagaan turun , keuntungan dapat di agih kepada rakyat.

Kroni kroni di hantar ke Tanjung Rambutan.... Senang bah.

Anonymous said...

Hanya orang guna lutut untuk berfikir bukan guna otak dan hati sudah keras macam batu sahaja bahkan lagi keras lagi sahaja yang akan cakap tol itu bagus. Kesian kpd si anon yang cakap tol bagus tu, hati kau dah keras dah pun walaupun you cakap taukey tamak haloba kaut untung berlebihan, you still berpendapat tol itu bagus yakni you still setuju dengan tindakan kerajaan UMNO.

Tol hanya sesuai dijalankan bagi negara yang sudah tiada sumber lain untuk meningkatkan pendapatan negara. Remember negara kita masih ada minyak dan memegang ranking tertinggi pengeluar kelapa sawit terbesar di dunia. So adalah tidak munasabah langsung kerajaan BN / UMNO sanggup beri syarikat kroni buat lebuhraya sedangkan kerajaan boleh buat lebuhraya sendiri kerana sumber pendapatan negara banyak.

Said NO to UMNO supaya projek yang tidak munasabah seperti pembinaan lebuh raya tidak diberi kepada kroni dan ensure kerajaan sendiri yang buat lebuhraya dan jalanraya kerana i yakin kerajaan yang tidak terlibat rasuah boleh buat lebuhraya sendiri tanpa perlu syarikat konsensi.

Kembali ke Laman Utama




Tajuk-tajuk Terbaru di Kelab GB: