29 Mei 2013

Empat Exco Selangor Dari PAS Sedia Berkhidmat


Dr Halimah Ali, Dr Ahmad Yunus Hairi, Sallehin Mokhyi dan Iskandar A. Samad.

Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr Abdul Rani Osman menyatakan keyakinan empat calon Pas yang diperkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dapat menjalankan tugas Exco dengan baik.

Menurutnya, empat calon yang terpilih sebagai Exco ialah Adun Selat Klang, Dr Halimah Ali, Adun Sijangkang, Dr Ahmad Yunus Hairi, Adun Sabak, Sallehin Mokhyi dan Adun Cempaka, Iskandar A. Samad.

"Sultan guna formula 6:3, enam Melayu di mana Pas empat, PKR dua, dan empat bukan Melayu, iaitu tiga DAP dan satu calon PKR.

"Saya diberitahu oleh setiausaha politik menteri besar tadi (semalam).

"Pas menyambut baik walaupun tak menang di Putrajaya, kita akan tumpu bagi khidmat kepada rakyat," katanya kepada Sinar Harian Online.

Sebelum ini, DAP Selangor menyuarakan perasaan tidak puas hati dengan senarai Exco yang diserahkan kepada Sultan dan menggesa untuk mengadakan perbincangan semula mengenai perkara tersebut.

Bagaimanapun, mengikut laporan media Sultan Selangor telah memberi perkenan kepada senarai calon Exco bagi penggal 2013-2018.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata: "Saya telah menghadap Duli Yang Maha Mulia Tuanku pada pagi ini (kelmarin) dan Tuanku bersetuju menamakan ahli-ahli Exco yang telah dikemukakan.

“Insya-ALLAH pada Khamis ini jam 9.30 pagi, di Istana Alam Shah, Klang, akan diadakan upacara angkat sumpah dan ikrar oleh semua ahli Exco yang dipilih,” katanya.

Dalam pada itu, Abdul Rani juga berkata dakwaan sebelum ini yang menyatakan perlantikan Exco Selangor mempunyai masalah tidak berbangkit lagi.

"Insya-ALLAH, Sultan sudah putuskan, kita terima.

"Tak ada yang dipertikaikan lagi, tak ada soal DAP tak puas hati, semua OK," katanya.

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tahniah Dr Rani.
Satu tindakan matang dan kehadapan.
Bagus untuk Dr Rani beri tumpuan kepada memastikan PAS menang semua kerusi yang tewas PRU13 untuk PRU14 pulak.
Tumpuan PAS perlu kepada kawasan Sabak Bernam Sg Besar Tg Karang dan Hulu Selangror yang PAS tewas dulu walaupun sudah ada undi Cina.

Andre Irwan berkata...

Inilah perjuangan sebenar. Walaupun berjawatan Pesuruhjaya PAS Selangor, beliau tidak sedih sedikit pun dan tidak marah. Kalaulah Sianak Ali tu ada, sudah tentu dituntutnya jawatan MB tu. Teringat aku akan ucapan dari seorang pemimpin PAS bahawa perjuangan menegakkan keadilan tidak semestinya berjawatan.
TAHNIAH. DR. ABD RANI. Saya tabik.

Tanpa Nama berkata...

Setuju...syabas.

Tanpa Nama berkata...

Mulai sekarang kena biasakan sebut bahawa kita adalah parti dan kerajaan PAKATAN RAKYAT.....pengundi beri undi kpd PAS sebab PAS bersama PAKATAN RAKYAT....bukan kerana PAS kuat, tetapi atas dasar PAKATAN RAKYAT maka semua kaum memilih dan beri undi kepada PAS dgn tujuan utk tumbangkan BN....perkara ini mesti disedari oleh semua pemimpin..sikap keakuan kepada parti masing2 perlu dielakkan kerana pengundi hari ini sudah bijak dan hebat menilai pemikiran pemimpin.....jika PAS tidak bersama PAKATAN RAKYAT, belum tentu boleh menang besar dalam PRU13....itu mesti mau ingat.....sekian.

Tanpa Nama berkata...

begitu juga DAP dan khasnya PKR yg sedikit tamak mengambil tempat PAS terus yg asalnya dipinjam saja. Atas semangat PR, PAS beralah utk adiknya ini utk kesekian kalinya wlupun ada pimpinan yg marah dan ada yg keluar dari parti. Tanpa jentera dari PAS, 14 kerusi yg dimenangi PKR belum tentu menang. Inilah hakikat yg PKR perlu telan krn menyedari mrk tiada petugas parti seramai PAS.

TGNA pernah kata "kita tak kedekut tapi kamu jgn tamak". PAS pegang kata TGNA tapi malangnya PKR tidak.

Saya bagi contoh Pulau Pinang. Asal PAS bertanding 16 kerusi. Kemudian diberi kpd adiknya sedikit demi sedikit sehingga yg terakhirnya di Sg Acheh iaitu baki 6 kerusi saja yg tinggal pd PAS pun turut diambil oleh calon dari Negeri9. Bukan anak tempatan sbb dah tak ada calon yg layak dari anak tempatan. Akhirnya PAS yg tak kedekut hanya dpt bertanding 5 kerusi dari 16 kerusi. Siapa tamak dan siapa kedekut???