3 Mei 2013

[EDISI KANTOI] Facebooker UMNO Minta Maaf Kerana Memfitnah Dr Siti Mariah


Masihkah ingat mamat ni yang fitnah Dr Siti Mariah dan beberapa YB dari PR kononnya mempersendakan Raja-raja Melayu?...

Seperti biasalah sama ada bertaraf facebooker maupun blogger asalkan berjiwa dan berdarah UMNO hebat mencabar suapaya disaman, apabila disaman terus melutut minta maaf..

Ini adalah kenyataan Dr Siti Mariah binti Mahmud calon PAS/PR Parlimen P111 Kota Raja mengenai permohonan maaf pemfitnah bergelar doktor berjiwa pekat UMNO.

Alhamdulillah, kes saman malu saya ke atas Dr Kadir Rahman selesai di Mahkamah Tinggi KL pada 30hb April 2013.

Saya tak sempat nak masukkan ke FB ni kerana sibok dengan pgm kempen PRU13 di Parlimen Kota Raja. Syukur nama saya sudah dibersihkan daripada fitnah seperti yang tertulis di dalam blog beliau bertajuk "APABILA RAJA DIJADIKAN JENAKA" pada 11hb April 2012.

Saya telah mengemukakan saman malu terhadap beliau melalui Tetuan Abdul Aziz & Yazmin pada 20 hb September 2012. Kes ini saya kira selesai dengan permohonan maaf defenden yang direkodkan di Mahkamah Tinggi KL 30/4/2013 seperti berikut:

Saya menyatakan bahawa Nota tulisan bertajuk "APABILA RAJA DIJADIKAN JENAKA" yang disiarkan dan/atau diterbitkan di dalam akaun Facebook pada 11/4/2012 yang telah menamakan DR SITI MARIAH BINTI MAHMUD adalah tidak diniatkan atau dimaksudkan ke atas DR SITI MARIAH BINTI MAHMUD. Sekiranya DR SITI MARIAH BINTI MAHMUD merasakan beliau telah dimalukan, maka Defenden memohon maaf.

Saya harap beliau belajar dari kesilapan beliau. Dalam ghairah menulis dalam FB, jangan sampai mengaibkan dan memfitnah orang. Saya mengambil langkah menyaman beliau kerana tindakan beliau telah menyebabkan tulisan beliau dipetik oleh blogger dan juga Utusan Malaysia selama beberapa hari tanpa usul periksa. Saya harap tiada lagi ulang siar berita sebegini mengenai diri saya.

Blogger2 dan Facebookers yang memanjangkan tulisan beliau dan juga mengutuk saya, saya maafkan kali ini. Saya mengambil contoh dari Tok Guru Nik Aziz yang memaafkan sesiapa yang memfitnah beliau supaya di hari akhirat nanti saya tak perlu tunggu terlalu lama di dalam proses pengadilan. Insyaallah.

Saya mengucapkan terima kasih kepada Tetuan Abdul Aziz & Yazmin kerana berjaya mendapat permohonan maaf ini dan membersihkan nama saya sebelum Hari Mengundi pada 5hb Mei 2013 ini.

Dr Siti Mariah binti Mahmud


BERITA BERKAITAN


Khalid Samad dakwa Rahman Kadir ‘bohong’


SHAH ALAM – Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad mempertikaikan kebenaran dakwaanseorang pegawai perubatan, Dr Rahman Kadirmenerusi laman web sosial kononnya pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat (PR) telah mempersendaRaja-Raja Melayu semasa majlis Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-14 di Istana Negara, Rabu lalu.

Khalid berkata, beliau mempersoalkan dakwaan ditimbulkan itu kerana mendapati beberapa kenyataan dikeluarkan Rahman mengenai Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan Naib Presidenparti itu, Tian Chua sebagai mengelirukan.

Katanya, beliau yang duduk sebaris dengan Azmin manakala Tian Chua di barisan depan Azmin.

Menurutnya, ia menimbulkan tandatanya apabila Rahman mendakwa duduk di depan Tian Chua tetapi boleh mendengar perbualan antara Azmin dan Tian Chua kerana jarak agak jauh.

“Mungkin dia (Rahman) ada buat pembedahan plastik surgeri ke apa,hingga boleh mendengar sebab jarak antara kami adalah jauh kerana saiz kerusi tersebut agak besar.

“Saya duduk di kerusi bernombor tujuh sebaris dengan Azmin (tiga) tetapi tidak mendengar apa-apa yang didakwa oleh Rahman,” katanya pada sidang media di pejabatnya di sini, hari ini.

Dalam laman sosial Facebook Khamis lalu, Rahman menzahirkan rasa kecewa terhadap tingkah laku biadab beberapa pemimpin pembangkang yang mengejek dan mempersendakan bentuk badan pemimpin kerajaan dan Raja-Raja Melayu.


Dakwa beliau, ejekan itu bermula semasa Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memasuki Balairong Seri dan ia berterusan kepada Yang Dipertua Negeri serta sultan-sultan.

Khalid berkata, beliau turut mempersoalkan kebenaran dakwaan itu kerana Rahman mengatakan dia duduk di depan barisan ahli Parlimen pembangkang sedangkan ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) turut duduk di situ.

Katanya, gambaran diberikan oleh Rahman itu sebagai ‘pembohongan’ dan Khalid mempersoalkan sama ada benarkah Rahman hadir atau sebaliknya.

“Kenyataan dia (Rahman) mengelirukan apabila mengatakan duduk di depan ahli parlimen pembangkang padahal kita tidak duduk asing malah bercampur bersama ahli parlimen BN.


“Jadi saya pertikaikan sama ada dia hadir dan sekiranya ya maka apakah nombor kerusi dan barisnya?” katanya.

Dalam perkembangan sama, beliau menegaskan adalah mustahil Azmin dan Tian Chua mengeluarkan kenyataan seperti didakwa itu kerana ia boleh mengakibatkan ahli Parlimen lain menggunakan kesempatan itu untuk menjadikannya isu.
-SH (18/04/2012)

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Apala Dr Mariah ni. Maaf tu maaf la juga, tp saman mesti jg diteruskn. Klu xsmp hati utk saman mahal2 pun, mintalah gantirugi RM100k ke,RM200k ke, sbg pgajarn yg mahal buat si lahabau tu & macai2 yg lain.
Klu xnak duit tu, dermakanlah ke mn2 bdn kebajikn @ salurkn pd org2 miskin di kaw kota raja...kan bagus tu...

Tanpa Nama berkata...

si kadir rahman ni bangsa apa? mcm mamak je.. pandai2 nk mainkan isu Raja2 Melayu plak..

Tanpa Nama berkata...

Budak ni mesti mesti grade moscow, indon or india, kami medic personnel tahun-tahun 70an cukup malu nak sangkut stathoscope kat leher, orang akan kenal doktor tak payah gantung stathoscope. Hai budak nak mengata mengji tak mau kaji - akhir melutut minta maaf, maaf senang diminta tapi tak bermakna bila ia digunakan sebagai senjata untuk menghalalkan cara..... Doktor doktor doktor.... otak dan akai kat mana

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum WBT.

Saya ingin merujuk kepada penyelesaian kes saman Dr Siti Mariah Mahmud berkenaan tulisan di facebook bertajuk, "APABILA RAJA DIJADIKAN JENAKA" pada 30 April 2013. Memandangkan penyelesaian kes tersebut telah mula dimainkan sejak semalam oleh bloggers dan media pembangkang dengan mengatakan bahawa saya telah melutut minta maaf, mengaku fitnah, berbohong dan sebagainya, yang mana ini merupakan satu pembohongan maka saya terpaksa tampil untuk mempertahankan diri dan memperjelaskan keadaaan sebenar.

Kepada mereka yang tidak mengetahui perkara sebenar, saya di sini ingin menyatakan bahawa:-
1. Penyelesaian adalah sesuatu yang dituntut di dalam Islam di mana apabila ada pihak yang ingin berdamai maka kita wajib memilih untuk berdamai.

2. Kes tersebut telah selesai di luar mahkamah di atas terma-terma yang dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak.

3. Saya mengambil keputusan menyelesaikan kes di luar mahkamah kerana saya mengambil kira kedudukan beliau yang akan bertanding di dalam PRU ke 13 dan saya tidak mahu isu ini berpanjangan menjadi polemik yang lebih lanjut.

4. Saya tidak pernah menyatakan pada bila-bila masa bahawa apa yang ditulis adalah tidak benar mahupun memfitnah sesiapa. Apa yang dinyatakan di dalam penulisan tersebut adalah satu kebenaran tentang peristiwa yang telah berlaku.

5. Saya menyatakan bahawa tulisan tersebut telah menamakan individu-individu tertentu dan tidak merujuk kepada Dr Siti Mariah. Di dalam permohonan maaf tersebut apa yang dinyatakan adalah saya memohon maaf sekiranya beliau rasa tulisan saya itu telah memalukan (embarrassed) beliau.

6. Saya tidak pernah hadir sekali pun di dalam mahkamah kerana sedang bertugas, malah permohonan maaf itu hanya di lakukan oleh peguam.

Penyelesaian ini sudahpun direkodkan di mahkamah dan saya kira adalah merupakan satu tindakan keji, licik lagi hina dari para bloggers pembangkang untuk memutar belitkan kes tersebut demi meraih undi bagi pihak pembangkang pada PRU ke 13.

Jadi kepada mereka yang tidak tahu menahu tentang perkara yang sebenar, hentikanlah perbuatan menabur fitnah dan memesongkan fakta dari orang ramai.

Saya memberi tempoh 24 JAM kepada semua pihak yang telah menyiarkan, mengulas, dan memberi komen yang boleh menjatuhkan reputasi saya di facebook, blog dan media-media yang lain supaya segera memadamkan serta menarik balik tulisan-tulisan dan penyiaran-penyiaran tersebut sebelum saya menyerahkan surat saman kepada semua individu dan pihak yang terlibat.

Saya tekankan sekali lagi, saya hanya tampil untuk mempertahankan diri saya dari terus menjadi mangsa tohmahan dan fitnah media pembangkang.

Allahul Musta'an.
Sekian.
DR RAHMAN KADIR
3 Mei 2013

Tanpa Nama berkata...

Dah terdesak macam tulah.

Tanpa Nama berkata...

Bila nak menulis guna 'akal,jangan sedap picit keyboard, saya dah melihat 12 PRU (1955-2008), setiap kali ada kempen..... Kini dengan kecanggihan teknologi siapa saja bebas komen, banyak tak guna OTAK tapi EMOSI.
Inilah jadinya di keji dan dihina.
RasulAllah berkata orang yang muflis di akhirat walau pun ahlul ibadah KERANA FITNAH.
Awak percaya tak akhirat??????

Otai minyak beku.

Tanpa Nama berkata...

Mamak yea..... Oooooo.... KIMMA ?