3 Mei 2013

[VIDEO] Edisi Kantoi: Cubaan SPR Bawa Keluar Kertas Undi Dari Balai Polis Manjung


Lumut : Kejadian aneh berlaku pagi semalam apabila cubaan pihak tertentu untuk memindahkan kotak-kotak undi awal dan kertas undi kosong disedari oleh calon Pakatan Rakyat di Parlimen Lumut.

Kertas undi pos yang telah dipangkah cuba dipindahkan dari lokap balai polis.

Perkara yang tidak dirancang itu berlaku apabila calon-calon Pakatan Rakyat singgah melawat petugas parti yang bergilir mengawal kotak undi awal dan kotak kertas undi kosong di lokap IPD Seri Manjung.

Salah seorang dari mereka yang menyaksikan kejadian adalah calon KEADILAN bagi Parlimen Lumut, Laksamana Pertama (B) Imran Abd Hamid.

“Saya sampai di tepi IPD ini, dan nampak ada pegawai SPR sedang memunggah kotak-kotak itu masuk ke dalam kenderaan pacuan empat roda. Saya tanya nak bawa ke mana. Dia kata nak bawa ke dewan undian. Saya tanya untuk apa. Dia kata untuk semak.

“Saya tekankan dalam peraturan tak ada pun yang mengatakan kotak-kotak ini boleh dibawa keluar. Hanya boleh dibawa keluar pada 5 Mei sebelum pilihan raya dilaksanakan,” kata Imran mendedahkan perkara itu.

Mereka berjaya mengambil gambar bukti kotak kertas undi yang sedang dikeluarkan dengan alasan untuk ‘SEMAKAN SPR’.

Ia pula dibuat tanpa sebarang notis dari pihak SPR kepada para calon atau wakil-wakil mereka.

Ekoran itu, pihak peguam dari wakil parti dalam Pakatan Rakyat sedang mengambil tindakan selanjutnya.

Dalam PRU 13 ini, selain Imran, Rohawati Abidin, calon PAS akan mewakili DUN Pasir Panjang, manakala DUN Pangkor diwakili Saifullah Zulkifli dari KEADILAN.


7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

jika ada penganiyaan atau penyelewengan hanya Allah yg Maha Mengetahui dan Dialah Maha Penolong. nampaknya laksamana (b) imran dan jentera parti terpaksa bekerja siang mlm menjaga peti2 undi pos pulak... kita pangkah pakatan 5 May ni....

Tanpa Nama berkata...

Celakalah tangan2 yang memegang amanah tapi khianat

Tanpa Nama berkata...

Ya ALLAH , tunjukanlah kami serta bayar tunailah kepada tangan2 mereka2 yang bersama mengkhianati amanah rakyat ini. Biarlah syaitan2 yang dikenali ltu menerima azabnya tunai didunia dan diakhirat nanti Engkaulah sebaik-baik pembalasan.

Tanpa Nama berkata...

Pastikan dan usahakn suapaya kotak-kotak yang telah diambil dan dihantar balik yang bertanda biru iut dibuka, samda memanggil beberapa orang saksi dari SPR senditri, Pihak Polis dan wakil dari kedua-dua parti yang bertanding kerana ini adalh [perkara yangt serious kerana berkemungkinan telah dimasukan dengan kertas-kertas undi yang telah siap dipangkah. So jangan lepas kan peluang ini kerana inilah contoh pertama yang kita ada bukti untuk mensabitkan atau memperingatkan SPR supaya berlaku adil. Dan bagi mempastikan zpa yang tidak diingini oleh pihak pembangkang selama ini akan ketidak telusan SPR terbukti benar.bukannya fitnah. Cepat sebelum tatrikh pengundian dijalankan.

Tanpa Nama berkata...

Pengarah SPR are your ready untuk terima kunjungan berjuta - juta rakyat Malaysia yang naik minyak datang dan cari lu sampai ke lubang cacing? Fikir - fikirkanlah.

Tanpa Nama berkata...

Ber hati hati sesungguhnya syaitan syaitan ber kaki dua wujud di kalangan umat umat melayu yang rata rata ber filiran ketam batu.

Tanpa Nama berkata...

Tuan Laksamana, mohon jasa baik Tuan untuk bawa ke peringkat tertinggi. Kami Rakyat amat mengharapkan pembelaan Tuan akan segala penafian hak kami selama ini.
Pada 5 Mei ini kami akan balik ke kg jauh beratus km dengan berbekalkan wang baki gaji yang tersisa utk minyak dan tol. Demi rasa tanggungjawab kami kuatkan utk mengundi. Sekiranya begini penipuan yg dibuat sambil gelak ketawa, saya rasa sayu sepertinya mereka ini tidak ada rasa bersalah akan nasib orang seperti saya. Makan pun belum tentu cukup hingga akhir bulan.