19 Mei 2013

Bukti Nyata Pakatan Rakyat Terus Mendapat Sokongan Rakyat


Dimana jua Pakatan Rakyat menganjurkan black 505 Suara Rakyat Suara Keramat yang bermula di Stadium MBPJ Kelana Jaya, Selangor pada 8hb Mei 2013 dan terbaru semalam 17hb Mei di Seremban 2, Seremban, Negeri Sembilan... puluhan ribu malahan sampai ke angka ratusan ribu rakyat datang berhimpun secara aman menunjukan bantahan cara perjalanan PRU 13 yang lalu.

Rakyat boleh menerima kekalahan jika PRU 13 yang lalu dijalankan secara adil, telus dan bersih.

Himpunan ini bukannya himpunan revolusi tapi himpunan aman bantahan rasa tidak puas hati.

Perlunya pihak berwajib ambil berat agar sistem Pilihanraya kita bukan saja adil, telus dan bersih tapi perlu jua dilihat adil, telus dan bersih.

Kebanjiran orang ramai membuktikan Pakatan Rakyat sebenarnya 'memenangi' hati rakyat Malaysia dalam PRU13 walaupun belum berjaya membentuk kerajaan. -omakkau

12 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

SYUKUR ALHAMDULILLAH BARISAN NASIONAL MENANG.
DAP menang 1 negeri
PKR menang 1 negeri
PAS menang 1 negeri.
Fair and square.

Sekarang,parti politik masing-masing sila tonjolkan lah bakat masing-masing mentadbir negeri,cara urus-tadbir, tenaga manusia dan pembangunan (atau keruntuhan) negeri masing-masing.

Dengan kemenangan BN, kesinambungan Visi 2020 boleh dilaksanakan, dan
GENERASI DEPAN iaitu ANDA, ANAK-ANAK anda DAN ADIK-ADIK ANDA boleh terus mendapat biasiswa JPA, MARA, FELDA, PETRONAS, BNM, TNB(YANG SEMUANYA TELAH DIWUJUDKAN SEMASA PENTADBIRAN BARISAN BASIONAL)dan terus mendapat pendidikan terbaik di MRSM, Sekolah Menengah Sains, SMA, SDAR, STAR, MCKK, TKC, Sri puteri, Sri Fatimah....dan terus berpeluang ke pendidikan tertinggi di dalam dan luar negara.

Ya, generasi anda dan generasi AYAH anda, dan generasi IBU anda telah di beri peluang untuk berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan anak-anak taukeh Cina yang sememangnya lebih berkemampuan dari ayah anda; yang sebelum ini, atuk kita, nenek kita, ayah kita tidak mungkin mampu menghantar ke luar negeri belajar.

Betul tak?

Ada tak DAP menyediakan peluang sebegitu kepada anak-anak Melayu seperti anda?

Sudah lupa kah kita, mana asal-usul kita? di kampung, bukan?

Thank you for viewing my blog:
rainbowoftruth.blogspot

Tanpa Nama berkata...

setakat ni di 6 negara tiada kekecohan atau huru hara berlaku. perhimpunan berjaya dijalankan secara aman. kekecohan hanya akan berlaku kerana 2 sebab:
i. gangguan pihak polis
ii. gangguan macai Biawak Nasioanal

Tanpa Nama berkata...

Tunggulah petisten pilihanraya,menang dengan cara menipu mana ada berkatnya.Senarai keburukkan yang ditimpa pada rakyat jauh mengatasi kebaikan.

Pakatan dinafikan menang memang tidak dapat menunjuk kebolehan berkhidmat untuk di buat bandingan secara adil.Hapus PTPTN jika dapat direalisasipun dah cukup banyak menolong majoriti Melayu dalam Pakatan yang memang lebih banyak dari BN disamping menjamin kehidupan yang lebih harmoni dari hidup saling membenci dan syak wasangka anjuran BN.

Kemusnahan dan kesusahan yang telah ditimpakan kepada rakyat perlu dihentikan,majoriti rakyat mahu perubahan yang dipimpin oleh Pakatan.

Kabinet baru BN pun dah amat jelas menipu rakyat bila ada lagi pemimpin penuh skandal nak memimpin lagi,apa yang rakyat harapkan dari perompak yang contohnya bakal merompak 27 billion dengan GST dari keringat rakyat,bicara 1 Malaysia pada masa sama mengobarkan sentimen perkauman dalam keadaan jenayah semakin berat,ancaman masa depan dari pendatang dan pelbagai isu lagi.

PERJUANGAN 505 SANGAT PENTING DITERUSKAN SEHINGGA RAKYAT YAKIN SPR BERSIH 100% DAN SIAPA MENANG BARULAH NAK BERSYUKUR 100 KALIPUN...

Tanpa Nama berkata...

ha ha anoimos bengong...tp ko tau tak setengahnya tu bergolok bergadai nak sekolahkan anak2 hingga Berjaya. bandingkan dengan anak2 menteri.. amewahnya mereka...dan apa yg ko katakana adalah adalah satu tgggjwb semua kerajaan yg memerintah di dunia ini.. kenap nak ungkit2? kalau gitu mantan presiden Amerika Georger Bush pun boleh ungkit2 jasa2 dia masa jadi presiden Amerika.. tapi tgk bila dah bersara x pun ckp apa2...yg kita nak ialah keadilan dalam system p.raya,,,janji SPR mesti ditunaikan.. lain kali fikirlah dengan akal yg waras,,, jgn nak ungkit2 benda2 mcm tu..perlu ingat itu adalah tggjwb macam mak bapak ko bela ko.. wajar ke dia ungkit2 benda tu?? bengong

Tanpa Nama berkata...

dakwat tak kekal pun nak suruh orang lupakan..apa ni.

Tanpa Nama berkata...

Kenapa protes????

1. Semua wakil parti/agen parti berada dlm semua pusat undi dan mereka akan melihat dan mengetahui semasa kiraan undi tidak rasmi di pusat undi masing2.

2. Semasa pengundi masuk, nama pengundi dan no KP mereka akan disebut jelas oleh petugas SPR dan agen parti akan 'mark' pada senarai yg ada pada mereka. Dari situ, kita boleh 'check' samada kacang hantu atau hatu raya yg mengundi.

3. Bagaimana KM P/Pinang, MB Kelantan dan MB Selangor angkat sumpah jika benar penipuan berlaku. Jika benar tak perlulah angkat sumpah jawatan MB atau KM.

4. Jika benar ada penipuan, kenapa DSAI terima kemenangan beliau di Permatang Pauh.

5. Jika Semua pemimpin PR berani, saya minta DSAI and the geng letak jawatan sbg wakil rakyat di semua tempat yg mereka menang. Dgn itu pilihanraya kecil akan diadakan semula. Dari keputusaan tersebut, kita akan dapat buat rumusan dgn hampir tepat jika ada penipuan dlm PRU sebelum ini.

BERANI KERANA BENAR.......

Tanpa Nama berkata...

anon 1.39pm, banyakkan lg membaca, tak cukup lg maklumat yg ko perolehi tu..... dan penipuan bukan di semua tempat, itu pun susah nak faham ke???

Tanpa Nama berkata...

BN nak sebut berani langsung tak layak!
Kalau berani mengapa tak bertanding secara adil atau buat PRU semula.
1.Beri kebebasan media perdana untuk parti bertanding menerang manifesto pada rakyat.
2.Hapuskan undi pos sesuai dengan teknologi cap jari kenapa tak berani apply.Undi awal dikiraterus tanpa disimpan.
3.Jangan libatkan wargaasing,jangan beli atau rasuah undi.
Ada bantahan dari pihak BN ke dikawasan dimenangi pakatan?

Tanpa Nama berkata...

Rakyat sudah matang dan ramai pemimpin Pakatan Rskyat bijak dan bersih bukan bahalol perompak dalam umno.

Siapa hendak ber pemimpin bacul benggap sombong dan bahalol dalam BN tu ?

Cikli berkata...

MACAI detected...

Tanpa Nama berkata...

Apa makcik nni mengarut ni.. Aku nak sambung phd kat australia pun x dpt2. BN konon!! Blahla makcik

Tanpa Nama berkata...

Aku rasa ko ni dah kene suap dgn najib ni.
Apa kene mengena dgn letak jawatan. Mereka menang ssb mereka menang. Yg aku x puas hati ni BN x patut menang tp dah diatur agar menang.

Ko jawab dulu. Kenapa dakwat yg kononnya kekal 7 hari tp 7 minit jer balik sental boleh hilang. Ko panggil la pakcik ko aziz tu xplain. Jgn2 ko ni pemuda bn nak pegang jawatan. Kemaruk!!