21 Apr 2013

[VIDEO] Orang PAS Pakai Baju DAP, Orang DAP Pakai Baju PAS Di Gelang Patah


Kempen DAP Johor bermula dengan sorakan Cina untuk PAS

Pemimpin DAP Lim Kit Siang yang berumur 72 tahun itu diraikan seperti seorang bintang rock dengan ribuan orang bersorak dan meniupkan hon udara malam tadi pada hari pertama kempen di sini untuk Pilihan Raya 2013 bukanlah satu yang mengejutkan.

Apa yang menarik pada perhimpunan di sini untuk kerusi Parlimen Gelang Patah adalah hadirin yang majoritinya Cina memegang bendera PAS bersama-sama dengan dengan mereka yang membawa logo Roket DAP.

Dan Kit Siang berjaya menawan perasaan ribuan yang berhimpun di sini atau mungkin pengundi Cina seluruh negara di atas tanggapan ketakutan terhadap agenda Islam PAS.

“Mereka kata undi untuk DAP adalah undi untuk PAS. Apakah itu benar? Ya ia benar. Ini kerana undi untuk DAP adalah undi untuk PAS, PKR dan Pakatan Rakyat.

“Saya katakan di sini malam ini. Ini adalah pertempuran diantara masa lalu dan masa depan,” katanya disambut dengan sorakan bersemangat oleh orang ramai yang majoritinya Cina.

Barisan Nasional (BN) katanya, mewakili politik masa lalu, dan untuk menguatkan hujahnya, beliau mengejutkan dengan memuji lawannya penyandang Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman.

“Ghani Othman adalah orang baik. Saya akui dia membawa pembangunan dan kemajuan. Akan tetapi, dia mewakili masa lalu.

“Beliau mewakili model pembangunan BN yang tercemar dengan rasuah, kronisme, penyalahgunaan kuasa dan ketidakadilan.”


PR, menurut Kit Siang mewakili masa depan dan Malaysia baru.

Akan tetapi semangat orang ramai malam tadi tidak terhad kepada Kit Siang.

Apabila Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub yang bertanding kedua-dua kerusi Parlimen Pulai dan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Nusajaya berucap sebelum itu, hadirin bersorak dan mengibarkan bendera PAS dan DAP.

“Kita membuat sejarah malam ini,” katanya.

“Orang Cina memakai baju PAS dan memegang bendera PAS. Ahli PAS juga memakai baju DAP.

“Jika Cina boleh pakai baju PAS maksudnya Umno boleh jatuh.”

Kerjasama diantara DAP yang sekular dan PAS yang Islamis selalunya menjadi isu rumit kepada masyarakat Cina, akan tetapi pemikiran sedia ada telah bertukar oleh kerana perkembangan sepanjang 48 jam lalu.

Selepas Pendaftar Pertubuhan (RoS) menimbulkan keraguan mengenai legitimasi pemegang jawatan DAP pada hari sebelum penamaan calon, parti sekular itu mempertimbangkan untuk menggunakan logo PAS bagi calon mereka.

Tetapi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membenarkan DAP untuk terus menggunakan logo roket mereka di Hari Penamaan Calon semalam, dan tawaran oleh PAS bagi DAP meminjam logo mereka telah menjadikan kedua-dua parti semakin rapat.

Dan persepsi meluas dikalangan masyarakat Cina DAP menjadi mangsa telah membantu memecahkan kesangsian berlarutan mereka terhadap agenda Islam PAS.

Semangat kebersamaan terbaru diantara kedua-dua parti itu hadir walaupun MCA melancarkan serangan melalui pengiklanan secara besar-besaran untuk menyerang DAP yang dituduh menyokong agenda Islam PAS.

Masih samar-samar sama ada kempen MCA akan berkesan, akan tetapi kerjasama DAP-PAS dilihat tidak mengurangkan semangat ribuan masyarakat Cina yang berhimpun untuk Lim malam tadi.

Sorakan dan kegembiraan mendorong derma besar-besaran dengan lebih RM90,000 untuk jentera kempen parti. -TMI


21 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Alhamdullillah !!!!!!

Tahniah Pakatan Rakyat , puak puak DUMBNO akan terkejut berok..... Menjadi DUMBNO dan NO , sememangnya sudah DUMB !!!!!

Tanpa Nama berkata...

PAS for all.
DAP for all.
PKR for all.
Hidup... PR.
UMNO for Malay/Mamak.
MCA for Chinese.
MIC for Indian.
Mammmpooosss... BN.
Ini kalilah... TUKAR.

Tanpa Nama berkata...

Mari kita kuburkan pemimpin2 UMNO, MCA, GERAKAN dan MIC yang tamak dalam PRU 13 ini.Inilah, masa untuk berubah.Jangan sampai negara bengkrap baru kita nak berubah.Masa itu sudah terlambat.Kita akan menyesal selama-lamanya.UNDILAH PAKATAN RAKYAT ( PAS,DAP dan PKR ).

مهمد شفاريز berkata...

Takbir! !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Tanpa Nama berkata...

ramai orang UMNO pakai baju UMNO, tapi dalam ada baju PAS

Tanpa Nama berkata...

UMNO dah perintah 55 tahun, perlu tukar kerajaaah nyanyuk macam Mahathir

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulillah, rakyat Malaysia bersatu dalam Pakatan Rakyat TAKBIR

Tanpa Nama berkata...

PETANDA BN bkl di rehat kn 5 mei nanti..inshallah PAS PKR DAP pilihan kami.

Tanpa Nama berkata...

ni ke perhimpunan yg utusan kata x dapat sambutan tu?asek menipu je utusan meloya nih!
http://www.utusan.com.my/utusan/Pilihan_Raya/20130421/px_09/PRU-13-Ceramah-Salahuddin-Kit-Siang-hambar-hanya-200-hadir

nshinah berkata...

Guess what.
Semasa Lim Kuan Yew nak pancing undi Melayu dan para Muslim di Singapura setengah abad dulu, dia memakai SONGKOK dan bersalaman dengan orang-orang Melayu dan orang kampung.

Wah...orang Melayu mungkin fikir...awesome! Lantas mereka pun undi beliau.

Bila Lee Kuan Yew mendapat mandat (thanks to Malay votes)untuk memerintah,apa yang terjadi selepas itu ialah:.............Melayu akhirnya menjadi kaum minoriti, ribuan orang Islam berhijrah keluar; dan Islam tidak lagi menjadi menjadi ugama resmi negara.

Polisi dan dasar-dasar di Singapura sedikit demi sedikit diubah supaya kaum Pribumi tidak lagi dipertahankan hak mereka.


Orang PAS masih tak faham-faham lagi ke???

Tak nampak kah kepura-puraan kaum yang 'memakai baju PAS'??

Tolong lah! Wake up!

http://rainbowoftruth.blogspot.com/2013/02/islam-dan-melayu-terus-dipinggirkan-di.html



nshinah berkata...

AKHIRNYA DAP TERBUKTI MENGUASAI PAS...

http://kickdefella.net/2013/04/19/akhirnya-dap-terbukti-menguasai-pas/

Tanpa Nama berkata...

tulisan dan blog si peminum arak, kickdefella yang dah kena buang dari kerajaan kelantan dijadikan rujukan nshinah ni...

sama sekapala ker? atau sama peminum arak?

Tanpa Nama berkata...

hoi nshinah

siapa sebenarnya yg telah keluarkan singapura dari malaysia? bukankah umno? masih nak salahkan orang lain... peeeraaahh

abuamir berkata...

Siapa yg jual tanah dan rumah kpd rakyat singapura? PAS, DAP & PKR ke? 20% org melayu yg kaya kroni umno, 20% org cina yg kaya kroni MCA, 10% org India yg kaya kroni MIC. Lagi 80% rakyat yg susah dan menderita disedut duit mereka oleh kroni bn.

Kekayaan negara adalah hak semua rakyat Malaysia bukannya kroni umno/bn.

Tolak umno/bn selamatkan negara dari pengkhianat masa depan kita.

bob kelanang berkata...

Setuju sangat bro...

Tanpa Nama berkata...

Aku benci nshinah........... Doktor beli!! Anak ko peguam kan. Srh dia bela papagomo.. 100juta samann tu

Tanpa Nama berkata...

doktor konon nshinah nie....

pemikiran tak setaraf dgn standard yg dia miliki..

Tanpa Nama berkata...

nshinah ni dah dibrainwash masa kursus BTN.. sebab tu dia sanggup berjuang utk tanah air tercinta walaupun sedar apa yg sebenarnya berlaku(DLM HATI SEBENARNYA PENUH NANAH YG MEMBUAK2 SEBAB SAKIT HATI)

nshinah berkata...

Salam,what you do NOT know about Singapore...can be viewed here.

http://rainbowoftruth.blogspot.com/2011/02/singapore-it-is-not-always-green-on.html

Thanks to Singapore PAP-led government, PAPhas been showing DAP ( you may call it the Malaysian branch of PAP)step-by-step, since 2008, how to slowly (very slowly) evict Pribumis from the island of Penang gradually,just like Singapore, not conspicuously noticed by the general public on a day-to-day basis, but in the long run.

The Malaysian government (BN)comprising an alliance of dozens of political parties, took unprecedented steps to create policies that had seen hundreds of thousands, if not millions of Muslims from Bumiputera and underprivileged families to obtain tertiary education since Independence -virtually AT NO COST TO OWN PARENTS- and now these same Muslims are reaping the REWARDS of good life.

Bersyukur lah.

Without the DEB, MARA loans, JPA and countless scholarships given to the post-war and post May13 1969 rakyat,you WILL NOT BE seeing 90% of the middle-income and upper income Malays in Malaysia,living and working in Klang Valley, just to cite ONE example.

Examples are too many to mention.

It will take years before the Malays will be polarised to the mainland of Penang, and that the underprivileged and the poor will have to work harder than ever before.
Just like Singapore.

Rumusan: JANGAN SOKONG DAP. JANGAN SOKONG BARISAN YANG MEMBANTU DAP MENANG DI BUMI TANAH MELAYU.

Think.

Tanpa Nama berkata...

Salam...

So Puan Nshinah ni setuju la kalau kata better menyokong pemimpin dan parti korup, tolak Islam asalkan kaum dapat berkuasa? Walaupun tau masa hari kita disoal nanti, kita semua akan dapat percent kalau salah pilih pemimpin?

55 years BN berkuasa, dan 55 years kita semua dimomokkan oleh BN. Jangan samakan dengan Singapore. Di Singapore ada Sultan? Ada Agong? Dalam Malaysia ada Menteri Besar non Muslim ke?

Puan Nshinah berkata macam x percaya kepada demokrasi. Adakah kalau PR menang, demokrasi hancur? Ada lantik tukang tilik ke? Demokrasi ke kita sekarang ni?

Bersyukur? Anda nampak ke bila kami bersyukur? Adakah bersyukur hanya kerana BN? Jangan cakap pasal bersyukur macam penyokong PR x pernah bersyukur.

Kami bersyukur Malaysia membangun. Kami bukan nak tukar negara. Kami nak tukar sistem pentadbiran negara. Kami tak perlukan pentadbiran penuh korupsi. Kami perlukan pentadbiran yang telus. Malaysia perlukan roh Islam dalam negara.

Undilah ikut anda. Perlu ingat, undi adalah wajib, dan memilih pemimpin ada beberapa kriteria.

-pakli-

Tanpa Nama berkata...

Sya sokong saudara 100%...