Tasek Gelugor: Mantan Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Seri Shariff Omar mengakui pengumuman muka baru sebagai calon Pilihanraya Umum ke-13 oleh Umno Pulau Pinang semalam boleh membawa kekalahan dan kehancuran Barisan Nasional (BN).
Beliau yang berbaju 'T' belang berseluar hitam ketika berucap di hadapan ribuan penyokong di pekarangan kediamanya di Pokok Machang, di sini malam tadi kelihatan kecewa.
Ini kerana beliau tidak disenaraikan sebagai calon BN menggantikan Tan Sri Nor Mohamed Yakcop yang digugurkan sebaliknya memberikan mandat kepada Ketua Bahagian Tasek Gelugor, Shabudin Yahya, yang pernah mengalahnya ketika pemilihan Umno beberapa tahun lalu.
Shariff yang juga mantan Timbalan Menteri Pertanian menegaskan, kerusi tersebut sepatutnya menjadi miliknya semula setelah dipinjamkan atas saranan mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi semasa menamakan Nor Mohamed Yakcop sebagai calon pada Pilihan raya Umum ke-12 lalu.
"Kenapa janji tidak ditepati macam slogan BN. Nampak gayanya dah jadi capati. Apa kata kali ni kita koyak BN yang sengaja memilih individu yang tidak bekerja sebagai calon,” ujarnya.
"Keputusan yang diambil nanti bukan keputusan sendiri tapi atas sokongan hadirin malam ini. Kami akan pastikan calon BN tewas," tambahnya. -HD
9 ulasan:
Mampus UMNO
"Turun bendera tanda protes"
Kepada mereka yang terima BRIM, confirm akan dapat surat cinta dari PM yang dengan tidak segan silunya suruh kita ingat pemberian dia tu. Saya sarankan pada anda sila bakar atau koyak surat tersebut sebagai tanda maruah kita bukan bernilai RM 500 dan kita ini bukan pengemis. Najib oh Najib lu ingat RM 500 boleh ubah pemikiran golongan orang muda? You dah tersilap.
Jom bakar atau koyak surat tersebut sebagai tanda kita bukan pengemis dan maruah bukan boleh dinilai dengan RM mahupun emas kalau kau nak beri sekali pun.
Sah.
Satu lagi kerusi untuk PR.
InsyaAllah.
boleh percaya ka dia ni? mana la tau last2 minute kot dapt jadi calon semula..mulalah buat U turn...org2 umno ni bukan boleh percaya sangat..5 ayat dia cakap, 15 ayat dia menipu!
Biar apa pon pandanggan kawan terhadap shariff omar... Saya yakin ini lah bekas2 yb umno yang pernah berjasa kepada rakyat... Mereka ini turun padang dan memang membantu rakyat cuma parti yang mereka wakili busuk ... Nak heran apa syaitan yg dikenali.... Syabas umno sapa tak kenal shahbudin yahaya... Semesa bertugas sebagai pegawai di jabatan agama islam pernah sepak nombor plat kereka orang yang halang parking keretanya... Kesabaran memang takdak...dan semestinya beliau ada lah golonggan yg pentingkan jawatan dan tidak akan turun padang bila diberi mandat so faham2 jerlah...
Alhamdullillah !!!!!!
Ini buktinya bahawa kepimpinan yang bahalol tahap lembu akan mengagal kan kemajuan rakyat dan negara.
Tahniah Rakyat semuanya.....
saya mengenalinya sebagai seorang yang kuat bekerja dan benar2 membantu rakyat di kawasannya. pada Pru 12, dia mengorbankan parlimennya untuk memberi laluan kepada Nor Mohamed Yakcop. saya rasa dia tidak terkilan sangat tidak dicalonkan tetapi anak buahnya spt jasmin juga tak tersenarai membuatkan beliau hilang sabar. Lgpun byk complaint semasa Nor Mohamed Yakcop jadi AP. Itu sebabnya dia nak pertahankan balik Parlimen tersebut. Tanpa bendera parti 2000 orang datang dengar ucapan beliau menggambarkan pengaruh dan kesan yang besar sekiranya bertanding Bebas. Kini terpulanglah rakyat Tasek Gelugor menentukan....
2000 undi akan hilang jika jadi bebas.terserahlah pada 2000 ni jika maukan perkembangan lebih jauh dengan mengundi PR.jika bebas pun tak dapat juga kerusi parlimen.entah-entah last minute tak payah tandinglah nah ambek nih.siapa tau.lebih baik bergabung dengan pas atau pkr.
Dengaq kata akan jadi calon BEBAS MESRA PAKATAN. Undi akan berpecah kepada Datok Shariff yg memang sangat berjasa pada rakyat di kawasan parlimen beliau...tetapi dlm masa yg sama Datuk Rahman Maidin dibawah tiket Pas juga akan mendapat sebahagian undi dari org2 Pas. Dikhuatiri undi akan terpecah 2..antara Datuk Shariff dan Datok Rahman Maidin...
Mungkin disebabkan perkara ini Budin yg mungkin dapat lebihan undi.
Alangkah baiknya jika Datok Rahman dibawah Pakatan Rakyat memberi laluan kpd Datok Shariff sahaja dgn harapan beliau betul2 mesra Pakatan..
Dengan ini biarlah Parlimen T.Gelugur lawan 2 penjuru sahaja...
Pengundi atas pagar pun pening jugak kalau 3 penjuru !!
Wallahualam.
Wassalam.
Catat Ulasan