Blogger pro-UMNO diantara penyebar awal video seks "Mustafa Ali"
Masyarakat Anggap Sebar Video Kerja Umno - Prof Ridhuan
Pengarah Pusat Kajian Demokrasi Dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL), Profesor Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman melihat, penyiaran video lucah akan mengukuhkan tanggapan masyarakat yang ia merupakan “kerja Umno”.
“Video ini dan video-video lucah sebelum ini semuanya mula diterbitkan blog-blog yang pendirian mereka adalah pro-Umno.
“Begitu juga dengan video terbaru ini yang turut mula ditayangkan oleh pengendali blog-blog politik pro-Umno,” katanya merujuk kepada isu terbaru membabitkan seorang pemimpin PAS.
Menurutnya lagi, Umno perlu mengeluarkan kenyataan mengutuk penyiaran video sebegitu untuk menjauhkan diri mereka daripada mereka yang menyiarkannya.
Semalam Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan mengeluarkan kenyataan Umno tidak ada kaitan dengan pembikinan dan penyebaran video lucah Datuk Mustafa Ali.
Peguam Umno, Datuk Hafarizan Harun juga menghantar surat notis meminta Harakahdaily menarik balik penyataan yang mengatakan Umno terlibat dengan video lucah ini.
Ridhuan berkata, berdasarkan kajian beliau sebelum ini juga, hanya sekitar 18 hingga 21 peratus pengundi mempercayai ketulenan video seks lelaki mirip Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan satu lagi gambar lucah lelaki mirip Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.
Justeru, beliau menjangkakan kesan yang sama akan turut berlaku kepada penyiaran video lucah mirip Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali itu. -HD
Amaran polis jangan sebar video seks dikait pemimpin Pas
KOTA BHARU – Polis Diraja Malaysia (PRDM) akan mengambil tindakan tegas terhadap individu atau pihak yang terbabit dalam penyebaran video seks didakwa mirip pemimpin kanan Pas.
Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, sama ada penyebaran itu dibuat melalui laman sosial mahupun dalam bentuk fizikal, kesemuanya akan berdepan tindakan tegas daripada pihak berkuasa.
Katanya, setakat ini tidak ada sebarang tangkapan dibuat dan pihaknya mengeluarkan amaran keras kepada semua termasuk blogger, pemilik akaun facebook dan pengguna telefon bimbit yang memiliki, menyimpan ataupun menyebarkan video itu.
“Kita tidak mengambil kira pelaku di dalam video itu, yang menjadi kesalahan di sisi undang-undang ialah penyebar video berkenaan.
“Di Kelantan, ada kes video itu dijumpai di Kuala Krai, tetapi kami masih cuba mengesan dan belum berjaya menahan mereka yang mengedar video ini,” katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen di sini.
Video didakwa mirip pemimpin kanan parti itu dikesan tersebar sejak seminggu lalu di laman-laman sosial dan mendapat pelbagai reaksi daripada golongan pemimpin dan masyarakat. -SH
Ulasan GB
Jika polis jujur dengan kenyataannya di atas, pihak polis perlu menangkap dan mendakwa blobber-blogger pro UMNO yang menyiar dan menyebarkan video seks berkenaan.
Walaupun mereka menuduh yang melakukan ialah AMK PKR, tetapi mereka TIDAK DAPAT MEMBUKTIKAN dakwaan itu, sementelah lagi PKR sudah membuat penafiannya.
Begitu juga, tidak ada sebuah blog PKR pun yang menyebarkannya.
Malah sehingga ke saat ini, beberapa blog pro-UMNOlah yang masih terus menyiar dan menyebarkan klip video berkenaan tanpa sebarang halangan dan sekatan.
Demi memelihara integriti pasukan polis, wajib bagi polis menangkap blogger-blogger pro-UMNO tersebut dan mengheret mereka ke muka pengadilan.
7 ulasan:
Rakyat mahu lihat PDRM bertindak adil dalam siasatan kes video ucah ini. Dan kalau ada bukti dakwa di mahkamah sesiapa sahaja yang terlibat.
apa makna pakai lencana integriti tu????
tolong la tangkap si papagomo tu!! penyebar video lucah no 1 negara.. penyebaran video2 lucah kamu tu tak akan kurangkan sedikitpun kepercayaan kami terhadap PKR malah menambah benci lg terhadap pihak BN.. INI KALILAH!!
Selagi Papagomo
dan konco-konconya
polis tak tangkap
dan polis tak dakwa,
itu tandanya video2 lucah
tu made in UMNO.
Bukan MCA dan MIC.
Ada faham Mat Maslan!
Ini kalilah...
Tukar.
4 kerusi Parlimern
sudah dalam tangan PR.
1. Permatang Pauh
2. Gelang Patah
3. Pasir Mas
4. Shah Alam
Mahathir semakin kecut.
Kah... kah... kah...
Lencana integriti tu maknanya satu kontrak pembekalan aksesori tambahan yang disubkan kepada kroni untuk membantu kewangan UMNO/BN.
Padahal ada atau tak ada lencana tu, polis tetap sama.
integriti atau ente tak retireti......nak hapuskan along pun tak boleh..kes perempuan kena rogol alongpun tak dapat selesai.Nampak sangat takda integriti
dalam lipatan sejarah ada tercatat bahawa Anuar mencederakan diri sendiri, sampai lebam bijik mata hambaAllah tu dikerjakan.
Tapi trip ni tak mustahil rakyat akan di sulap dengan ucapan MUSTAPA rakam sendiri klip video tuh. Mana ada rakyat waras nak percaya cerita karut ni semua, hanya penyokong penyokong parti yang berkawan dengan SETAN saja percaya cerita dongeng macam tu, kerana rata rata mereka itu semua bodoh bodoh belaka mengikut kata mantang presiden mereka bahawa parti mereka telah lama tidak di masoki oleh orang cerdik pandai, hat dok ada ramai ramai tu? Itu semua hat bodoh bodoh belaka mengikut pengakuan jujur mantang presiden parti kengkawan SETAN yang dikenali. Oleh yang demikian wahai sekelian orang orang yang beriman marilah kita menjauhi serta meninggalkan jauh jauh puak puak kengkawan SETAN ini kerana dianya musoh yang nyata. InsyaAllah sepakatlah kita menyatakan pendirian dalam peti undi PRU 13 ini. InsyaAllah ini KALILAH.
Catat Ulasan