PKR semalam mendedahkan gambar lokasi rahsia Sungai Chua, Kajang, yang didakwa digunakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menyimpan peti undi.
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menampilkan dokumen dan sampul undi pos yang diperoleh dari lokasi rahsia itu.
“Dengan bukti-bukti ini, Anwar menggesa SPR menjawab mengapa dan untuk apa undi pos rasmi di simpan di tempat yang mencurigakan dan bukan di ibu pejabat SPR.
“Munasabah sangatkah bangunan seburuk ini menjadi tempat simpanan rasmi rahsia SPR sepertimana yang disebut SPR dan begini kedududukannya kawasan perindustrian, Sg Chua, Kajang.”
Gambar tersebut menunjukkan premis yang menjadi tempat menyorokkan undi pos itu adalah sebuah rumah kedai.
Turut dikesan adalah kereta pacuan empat roda yang dipercayai digunakan untuk mengangkut undi pos tersebut.
Minggu lepas, Anwar mendedahkan bagaimana kereta tersebut tidak ke ibupejabat Putrajaya sebaliknya dilencongkan ke lokasi misteri itu.
“Bagaimana dokumen yang begini rahsia dan penting didapati di sebuah kedai yang tidak didaftar langsung sebagai milik SPR yang kenderaan sepatutnya dibawa ke Putrajaya. ”
Dilaporkan pada Apr 25 bahawa SPR berkata penghantaran logistik seperti peti undi dan peralatan lain adalah bagi memenuhi keperluan pusat pengundian untuk memastikan pelancaran hari pengundian nanti.
Ulasan GB
Itu baru satu. Mungkin terdapat lebih banyak "stor" tidak rasmi SPR di seluruh negara.
GB berharap jika terdapat kes seperti di atas, petugas-petugas PR membuat laporan polis dan dapat menyalurkan maklumat tersebut seberapa segera kepada pimpinan parti supaya ianya dapat didedahkan untuk pengetahuan umum.
Sebarang penyelewengan, penipuan dan ketidak-telusan perlu disekat dan dihalang dan mereka yang terbabit perlu dibawa ke muka pengadilan.
Kita berdoa kepada Allah supaya segala rancangan penipuan (jika ada) oleh pihak SPR dan agensi-agensi yang terbabit itu gagal dan semua yang terlibat dihukum dengan seadil-adilnya olehNya.
(Bukankah Allah Hakim yang seadil - adilnya)
27 ulasan:
patutnya susahnya parti yg disokong oleh rakyat marhean sebelum ini utk kalahkan umno/bn..
teruknya spr buat keja jahat ni..
Kena ingat, ini kes yang boleh mendatangkan keuntungan kepada bn. Jadi tak payah buat laporan polis lah, buang masa je. Teruskan berkempen lagi bagus.
Salam.....saya dari Ipoh....ada menghantar anak pergi tuisyen , berhampiran tempat tuisyen tu selalunya kosong tetapi pada malam semalam iaitu hari Isnin malam kelihatan tempat itu penuh parking kereta....walhal kebiaqsaannya tiada kereta...mereka berada dalam bangunan kedai dua tingkat..., ada satu pintu di bawah...nampak seperti tempat rahsia...kereta sungguh banyak...lokasi berhampiran sekolah wira jaya...ampang...rumah kedai berhampiran tempat longgokan sampah...
Agak kecewa..kita sebenarnye tk boleh nk buat apa2 taraf kita sbg pnykng pr lebih rendah dr taraf pendatang spt bangla indon vietnam dll..pd sape kite nk mengadu? Polis?tentera? Kdn? Rela? Spr? Kastam?semuanye tk boleh pakai..selain dari teruskan perjuangan kite mohon le bantuan dr Allah..
undi pos ke apa ke semua tipu .Ini spr tipu dulu.kini dan selama lamanya
Saya minta SPR jawab dengan kadar segera isu ini supaya semua rakyat dapat penjelasan kenapa jadi mcm ni. Pilihan raya nak mula tak berapa hari saja lagi. Jangan bagi rakyat ragu2 dengan segala tindak tanduk SPR yang kebelakangan ni nampak makin hilang arah. Masa depan negara kita bergantung kepada undi2 ini. Ini perkara yang sangat serius.
Jangan lupa agen2 PR kena pantau Pengundi dari KK ke mana dibawa. Lapor segera kpd Pegawai PR untuk bawa Musa Hassan dan Pegawai Polis untuk menyiasat siapa mereka.
Kalau begini mungkin rakyat akan berdemo lagi
Maklumat terkini SPR, undi pos pakatan rakyat mendahului, menyebabkan BN terpaksa tipu?
Ingatlah wahai meraka yang berkerjasama untuk nenipu dlm PRU 13 ni,,polis rahsia ke, kor risik tentera ke, special brach ke atau jentera rasia ke,,,kamu kamu semua telah melakukan satu dosa dan bersiap sedia lah balasan yang akan tertimpa atas kanu atau ahli keluarga kamu di dunia ini,kerana bersekongkol melakukan jenayah kepada rakyat Malaysia... Insaflah dan taubatlah sebelum terlambat...Pecahkan rahsia jahat boss kamu itu kepada pengurusan Pakatan Rakyat.AMIM.
dah lama dah spr dok tipu macam ni, cuma sekarang ja makin terdedah, mungkin pru13 makin menjadi2 mereka nak tipu sebab rasa nak kalah teruk.
saya setuju dgn anon 1:39 PM, kita sbg penkong pembangkang, apa boleh kita buat walaupun penipuan terbentang depan mata, polis tentera semua dah diperguna oleh amno, depa dah lama pakai strategi menipu, selagi sistem tak dibetulkan selagi tulah kita akan ditipu. Hanya Allah harapan kita tapi Allah suruh kita berusaha sebelum bertawakkal kpdNya, bukan serah bulat2 tanpa usaha.
pemimpin pas dan pekerja parti yg bekerja keras meraih undi dan sokongan, tak guna kalau bulat2 ja amno and the geng tipu idup2. harapkan PKR boleh tahan sikit, dinamik dan usaha sekat. bayangkan kita nak dpt 1 undi pun payah, tapi amno senang2 tambah kertas undi atau tukar kertas undi yg memangkah kpd mereka.
selalu saya kata kita kena libatkan pihak antarabangsa, kalau sama2 kita dlm negeri, samseng amno ni tak heran apa, sebab dia bukan kira dosa pahala.
sebab tu aku ckp, musuh PR sebenarnya bukan BN tp yg utama ialah SPR...
selain usaha teknikal, mari kita ramai2 solat hajat bnyk2 minta ALLAH bantu kita. Pemimpin istiharkan jika PR menang kali ni..sesiapa yg didpti mengkhianati tugas kpd negara, labelkan mereka setaraf dgn komunis mcm CHIN PENG. Buat sampai keluarga pun tk nk menggaku sedara la.. Umumkn tindakan ni biar mereka fikir bnyk kali.
Pengerusi SPR ingat rakyat ini bodoh dan dungu untuk bertindak? Ingat! PRU13 kmi x menang perjungn ttp bersambung ke PRU14. Walhal yg benar tetap akan menang suatu hari nnt..
Mahu main tipu lagikah. Tak apa kita sebarkan penipuanmu ini secara besar - besaran biar satu dunia tahu UMNO / BN mahu menang secara menipu. Bukan kita nak malukan negara kita tetapi tak ada cara lain dah melainkan PBB terpaksa campur tangan PRU di negara kita.
boikot aje pilihanraya ...tuntutan bersih pun xada yg di tunaikan lg..ingat xkan kita nk dipatuk berkali kali dari lubang ygsama
No 2 spr tu yg punya angkara.. pengerusi tu baru 1st time handle.. tepok tangan la datok wan... kertas undi cetak lebih x? Boleh tolong pangkahkan... baek siasat..
Tumbangkan saja BN dalam PRU13 kalau nak Pilihanraya yang adil dan bersih
makin ramai anak muda Pakatan Rakyat berarak sambil bawa bendera, fenomena menakutkan UMNO
Spr tu bn.. bn tu spr.
Kalau boikot pilihanraya rugi la undi kami untuk PR....akai ada kaaa...
Marilah kita sama-sama berdoa:
Ya ALLAH, Engkau LAKNATLAH, Engkau HANCURLAH SPR dan kuncu-kuncunya kerana mereka ini telah mengkhianati amanah rakyat dlm PRU13 ini. (X3)
apa yg emosional sgt ni..xpayah bising2.besok tiba masa mngundi awak pangkah je lah apa yg awak mahu kan.kan lbh baik fikirkan perjuangan diri awk sndri di akhirat sana.al dan itu yang kekal dan hakiki.dkt sana kita di hidupkan semula dan xkn mati2 sampai bila2.amalan kita yg akan di hitung dan di ambil kira.ini hanya dunia sje.
Umi, kat akhirat tu lain cerita. Kamu dah buat ke. Ini pasal penipuan. Adakah anda tidak rasa seperti diperbodohkan.
salam umi, hanya disini je tmpt kami nak meluahkan emosi kami,,jgn diharap emosi kami ni disiarkan dlm akhbar dan jaoh skali dlm tv,,kalo SPR itu jujur, amanah dan telus, kami takkan bazirkan masa utk berdemo dan berkempen,,menegakkan kebenaran dan memerangi perkara2 yang bathil tu bukanke ajaran Rasulullah,,semoga apa yg kami emosikn ni dpt membntu usaha menumbangkan kerjaan yg zalim,,
takbir,,!
Salam... Pertama skali sy mntk maaf kalo apa yg bakal sy tulis kan ni menimbulkan ketidak puasan hati semua pihak. Sebagai manusia kita xkan mampu untuk puas kan hati semua org. Dalam issue pilihan raya nih, kita dgr mcm2 khabar angin ..xkisah la baik buruk pihak kerajaan atau party pembangkang..kita semua nk yg terbaik untuk negara kita. Mcm ni lah , sejauh mana pn kita pergi, sehebat mana pun kita didunia ni ingat, kita akan kembali kpd Allah jua nnt..kalo kita boleh bt solat istiqarah untuk pilih jodoh yg terbaik untuk kita, kita ble bt bnda yg sama jugak..mntk petunjuk dr Allah utk bakal pemimpin kita..semoga kita semua diberkati Allah. Amin.
nampaknya.....pilihan jalanraya jugak akhir nya sebelum jihad al akbar.....ini lah jalan yg telah dilalui oleh pejuang pejuang kebenaran dan keadilan....alhamdulillah .....hayya alal jihad ....
Catat Ulasan