Temerloh: PAS Kawasan Temerloh hari ini membuat laporan polis berikutan berlaku pengeluaran kertas undi dua kali kepada tujuh pengundi pos yang merupakan petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Bilik Gerakan Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh.
Pengarah Jentera Pilihan Raya PAS Temerloh, Hassan Omar berkata, akibat pertindihan nama daripada senarai pemilih undi pos itu, pihaknya mengsyaki boleh berlaku manipulasi termasuk di kawasan-kawasan lain seluruh negara.
Beliau yang ditemui di perkarangan Ibu Pejabat Daerah Polis (IPD) Temerloh berkata, PAS Temerloh membuat laporan polis mengenai ‘penipuan’ tersebut mendesak satu siasatan rapi kerana jika dibiarkan akan menyebabkan pengundian berganda bagi seseorang pengundi.
“Kejadian ini disedari agen calon PAS bagi Parlimen Temerloh, Roslan Ahmad, pada tengahari 23 April lalu semasa terlibat menjadi wakil calon ketika proses pengeluaran kertas undi pos.
“Roslan seorang yang berpengalaman dan berjaya mengesan pertindihan nama tujuh pemilih dan mendesak supaya dibatalkan tujuh nama tersebut daripada menerima kertas undi pos kedua,” ujarnya.
Hassan berkata, PAS juga mendesak polis menyiasat sistem pengkalan data SPR yang mungkin terdapat percubaan untuk menipu dan pecah amanah dalam pilihan raya umum (PRU) ke 13 ini.
Beliau juga mendesak, supaya sistem undi pos dikaji semula dan dihapuskan sama seperti tuntutan NGO Bersih, kerana wujudnya ruang-ruang tidak adil, boleh dimanipulasi dan berat sebelah dalam sistem demokrasi
19 ulasan:
Kalau tak dak undi pos UMNO dah bungkus dah..............lama dah..........
jadi semua org yg nakkan keadilan kena fight utk hapuskan undi pos, hapuskan undi posssssssssssss!!!!
1 badan bertindak secara sistematik kena usaha desak hapus, mungkin bersih boleh tapi kena fight fight fight berterusan dan mati2an, khusus utk undi pos ni saja dulu + pengundi hantu. sebab dah terbentang undi pos ni + undi hantu lah musuh kita no satu, dgn undi pos, kumpulan org zalim, penyamun, perompak, pembunuh dan penjual arak dan semua yg jahat2 tu dpt jadi pemimpin negara, dah jadi pemimpin yg memegang kuasa, alamat habis reta negara dirompak, rakyat ditipu hidup2, dan macam2 bala akan turun.
dah terlambat? entahlah.. kenapa pimpinan PR kita yg kita harap tak boleh berfikir lebih advance dlm hal berlawan dlm padang yg tak rata. jgn kita asyik kena buli manjang.
kes undi pos lebih tu boleh saman SPR kat mahkamah? biar penerusi + timbalan masuk penjara baru padan muka, kelentong sgt selama ni, bongkak bercakap, daftar pemilih bersih kononnnn.. sebenarnya penipu.
Betoi betoi betoi (kate upin dan ipin)
mmg payah lah PR takkan menang percaya lah..... penipuan nee.... bg mereka tak jadi masaalah... tapi mereka lupa akan azab allah memerintah cara menipu nee........ hanya allah ajee yg boleh membantu PR..... berdoa lah
Jom ayuh kite wat bersih skali lagi
HARAM JADAH PUNYA KERJA ! ABU sahaja penyelamat negara !
Allahu akbar..
Yakinlah bahawa PROJEK TIPU PRU 13 yang diusahakan oleh SPR dan di bantu hantu hantu dari KEMENTERIAN DALAM NEGERI dan RISIK TENTERA ini tak akan berjaya...tak semua kakitangan awam boleh di beli dan di tipu...Akan ada nanti yang tampil kedepan membuka rahsia..Yakinlah bahawa Allah akn tetap bersama orang yang berjuang di jalan kebenaran...Kita doakan agar Allah membuka pintu hati mereka yang terlibat PROJEK TIPU ni tampil kedepan membuka rahsia SPR sebenarnya.
kes daftar pemilih masih tdk bersih, jadi mcmana nih,
dalam TV, katanya daftar pemilih paling bersih, apakah omongan kosong diwar-war pada rakyat
Sebab tu PACA2 harus diberi training sewajarnya dan pimpinan perlu pastikan PACA2 ni buat kerja betul2 dan jenis xmakan suap..
syabas saudara roslan dpt tangani masalah ni di tempat saudara
jangan lupa A B C D asal bukan cap dacing
pabila ramai ahli umno dan barisan paling tadah juga sebahgian kakitangan awam yang mengundi pada hari undi itu. checkmate.Allahuakbar.
SPR lu baik kau buat PRU dengan adil sebab ini bukan fitnah. Bukti pun ada saksinya pula waras bukan saksi munafik yang selalu UMNO buat. Jangan sampaikan rakyat berdemo sampai pejabat SPR dan cari pengarah SPR sampai ke lubang cacing. Oh cause kau tak mahu jumpa berjuta - juta rakyat malaysia yang sedang marah bukan? Baik kau buat kerja betul - betul sebelum perkara tersebut terjadi atau bersiap sedialah terima kemarahan rakyat.
semoga allah hancurkan UMNO dan BN kerana tidak adil dan Zalim
ulama umno kata wajib tipu pru demi utk menjaga akidah drpd bahya dap..tya lah mana2 ustz umno,inilah jwpn dia..
semoga Allah membantu pakatan rakyat...
Moga moga ALLAH SWT hancur kan penipuan SPR dan UMNO BN di bumi lagi......
dulu kengkawan cakap saya tak caya tetapi sekarang saya percaya 100% BAHAWA SPR BARUA UMNO, SEBAHAT PECAH AMANAH, JENEH MAKHLOK YANG JAHAT
wei,mulut lu elok sikit...semua petugas SPR barua umno ke?lu penah jd petugas?bnyk kali aku jd petugas xnmpk pn penipuan?lu pk la,sorang dua bangla yg kne tangkap boleh buat BN menang ke?indon yang kantoi calit dakwat dua kali...aku ni petugas tukang calit dakwat,bodoh sgt ke aku ni kalau dh nmpk jari kiri ada dakwat p calit jari kanan..PR yang buat propaganda tu yg bebal akal cetek..lu ingat ANWAR jd pm dia x pecah amanah ke?
lu kalo dpt kuasa,konpem ke xkn pecah amanah?kita ni semua manusia biasa,silap tu adat...xsemua org umno korup...lu yakin ke semua org PR BERSIH?PK LA...OTAK ADA TU PAKAI
Catat Ulasan