Kedua-dua orang calon bagi N27 Merlimau hari ini secara kebetulan tersemperak di Pasar Tani Merlimau.
Kedua-dua calon berkenaan, Hj Yuhaizad Abdullah (PAS) dan Roslan Ahmad (BN) bertembung di kawasan pasar tani di Bandar Baru Merlimau apabila masing-masing menjalankan program kempen untuk merapatkan diri dan bermesra dengan masyarakat setempat yang hadir di pasar berkenaan pagi tadi.
Sebenarnya ini adalah kali kedua Hj Yuhaizad dan Roslan bertemu di dalam pilihanraya. Kali pertama ialah semasa pilihanraya kecil pada 6 Mac 2011 ekoran kematian wakil rakyatnya, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hasan dari UMNO.
BN berjaya mengalahkan PAS di dalam PRK tersebut.
Semasa PRK tersebut berlaku juga beberapa "pertembungan" seperti gambar yang dirakam di atas. Namun yang paling diingati ialah apabila kedua-dua calon menghadiri majlis kematian dan memikul keranda jenazah Allahyarham Ali Basha secara bersama-sama.
Calon DAP, BN, bertembung di Pasar Awam Juru
Para peniaga dan pengunjung di Pasar Awam Perkampungan Juru di sini menjadi teruja apabila melihat para calon Barisan Nasional (BN) dan DAP berkunjung ke pasar itu hari ini.
Mereka terdiri daripada Pengerusi BN Negeri Teng Chang Yeow yang akan bertanding di kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Bukit Tengah dan calon bagi kerusi Parlimen Batu Kawan, N. Gobalakrishnan.
Bagi pihak pembangkang, mereka terdiri daripada calon kawasan Parlimen Batu Kawan, P. Kasthuriraani, Dun Bukit Tengah, Ooi Chin Wen dan calon Dun Perai, P. Ramasamy.
Kehadiran mereka sebagai sebahagian program kempen dan suai kenal dengan pengundi diterima mesra para peniaga dan pembeli.
"Lawatan pagi ini lebih untuk berkenalan dengan penduduk setempat. Setakat ini mereka tidak menyuarakan apa-apa permintaan. Saya gembira kerana lawatan ini mendapat sambutan baik penduduk," kata Teng kepada pemberita yang turut mengikuti lawatan itu.
Gobalakrishnan pula berkata selepas ini beliau akan mengadakan gotong royong dengan penduduk Taman Inderawasih.
Seorang peniaga P.Daviny, 38, gembira kerana gerainya dilawati bakal-bakal calon kedua-dua parti.
"Saya gembira mereka datang, boleh kenal-kenal," katanya. - Bernama
Subramaniam, Lee bertembung Chua, sempat bergurau senda
SEGAMAT - Kehadiran masyarakat berbilang bangsa ke pasar malam setiap Sabtu di pekarangan Pasar Awam di sini menjadi pilihan utama jentera parti Barisan Nasional (BN) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk berkempen bagi calon masing-masing.
Kedua-dua jentera kempen parti itu secara kebetulan bertembung ketika masing-masing sibuk bermesra dengan masyarakat setempat, namun tiada berlaku sebarang tindak-tanduk di luar kawalan daripada penyokong mana-mana parti.
Jentera BN yang berkempen untuk penyandang kerusi Parlimen Segamat Datuk Seri Dr S. Subramaniam dan penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jementah Dr Lee Hoong Tee, yang tiba pada 6.30 petang, turut menyapa calon PKR Datuk Dr Chua Jui Meng, yang tiba kira-kira setengah jam kemudian.
Subramaniam, Dr Lee dan Chua kemudian berjabat tangan dan bergurau senda antara satu sama lain kira-kira lima minit sebelum masing-masing meneruskan aktiviti berkempen di situ.
Terdahulu, Subramaniam, yang juga Menteri Sumber Manusia, menyertai aktiviti kemasyarakatan di kompleks membeli-belah One Segamat dengan bertemu setiap peniaga dan penjaja di pasar malam itu bagi meyakinkan mereka sebelum meninggalkan kawasan bekenaan kira-kira sejam kemudian.
Chua pula meneruskan agenda kempen dengan mengedar risalah manifesto PKR negeri kepada peniaga serta pengunjung pasar malam sebelum beredar sejam selepas itu.
Terdahulu, ketika diminta mengulas pertindihan calon antara PAS dan PKR di DUN Panti, Chua berkata perkara itu berlaku di luar pengetahuan beliau dan pihaknya akan berbincang berhubung perkara berkenaan secepat mungkin.
Katanya, beliau tidak mengetahui bagaimana kedua-dua calon mendapat surat watikah sedangkan pucuk pimpinan pusat sebelum ini bersetuju memberi pencalonan kerusi itu kepada PKR. - Bernama
3 ulasan:
kalau BN naik, Harga minyak naik, harga barang pasar ikut naik?
salam admin
untuk ahli2 PR yang nak iklankan produk boleh kesini http://www.komunitiblogger.my/p/iklankan-produk-anda-di-2-group.html
Bang, bukan bertembong bang, mereka ni hanya terserempak aje atau berjumpa secara berdepan. Tidak berlaku pertembongan ataw perlanggaran jenis kemalangan di situ. Kalau bertembong haros ada mati seorang dua ataw sekurang kurangnya cedera ataupon barang belian yang dijinjing di tangan berterabow. Tapi ni nampak elok saja. sorry ya! cuit sikit.
Catat Ulasan