23 Apr 2013

[BERGAMBAR] Fitnah: Kain Rentang Untuk Takutkan Pengundi Cina & Melayu


Melaka: Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka, Adly Zahari kesal dengan pemasangan kain rentang oleh pihak yang tidak bertanggungjawab memfitnah PAS.

"PAS Melaka menafi sekeras-kerasnya bahawa kami memasang kain-kain rentang,” ujarnya pada sidang akhbar di Pusat Media Pakatan Rakyat Melaka di Pejabat DAP Melaka, Lorong Pandan di sini hari ini.

Jelasnya, PAS tidak pernah mencetak dan memasang kain rentang seperti ini, ianya merupakan provokasi pihak musuh yang sengaja ingin mengelirukan pengundi terutama pengundi Cina.

"PAS yakin ini adalah kerja-kerja musuh politik kita yang sengaja memfitnah dan jumpa mengelirukan rakyat supaya memandang serong kepada PAS," tambah Adly yang bertanding di N.09 Durian Tunggal.

Calon PAS N.17 Bukit Baru, Dr Khalid Kassim juga kesal kerana Dun Bukit Baru menjadi sasaran utama pemasangan kain-kain rentang provokasi tersebut.

"Petugas-petugas kita menjumpai lebih dari 10 kain rentang seumpama ini dipasang di dalam Dun Bukit Baru.

"Jelas lawan kita semakin terdesak sehingga sanggup memasang kain rentang yang memfitnah PAS,"ujar beliau.

Dr Khalid berkata beliau dan jentera Majlis Tindakan Dun Bukit Baru tidak sedikit pun gentar dan takut dengan tindakan provokasi seumpama itu.

"Kami sudah bersedia untuk berhadapan dengan apa juga kemungkinan. Rakyat semakin hari semakin menerima PAS di Dun Bukit Baru dan kita yakin satu kejutan akan berlaku di sini," tambahnya.








Kredit gambar: Ismail Ahmad

12 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ingat lagi pembongkaran tingkat 2 Blok 4 Putrajaya tu...inilah hasil kreativiti cucu cicit syaiton tu. Selamat menfitnah, semoga anda dan seterusnya anak cucu anda akan Allah balas dengan seburuk buruk pembalasan. Ingatlah Allah Maha Pembalas... terima kasih kepada pereka cipta tu... lupakan Allah kerana anda tidak akan mati... buat jangan tak buat... amin

Tanpa Nama berkata...

Iklan percuma.....kena kreatif.......spray tulissn dgn cat dn biarkn gmbar pmimpin pr dn logo......setuju?nti yg fitnah lg tension

Tanpa Nama berkata...

kalau bodoh ikutlah tuhan bagi utk menilai betul tak betul siasat sampai habis orang tak pegangan agama islam yg cakap cara gini selalunya umno tgermasuk ulamat ringgit mereka

Tanpa Nama berkata...

"KERIStian buleh menggunakan kalimah Allah umat Iselam tidak ferlu bimban"
jahat sungoh KERAjaan Pakattan Ri'ayat kerana membenarkan worang worang KERIStian d Sabah & Sarawak MENCETAK al-KITAB Bibele menggunakan kalimah Allah. Ada siapa siapa buleh tunjok kapada aku yang mana satu KERAjaan Pakattan Ri'ayat ni, aku nak bedal kerana api kemarahan aku sedang terbakar. - Begitulah bisikan kalimat nasihat yang telah disampaikan oleh SETAN YANG DIKENALI kapada kengkawan mereka dalam pasokan yang MEMUJA gambar KERIS TELANJANG(asal mula "KERIS" bercamtum dengan "tian")dan asal sejarah digugurkan pekataan "tian" itu pon atas nasehat kawan SETAN itu juga dengan syarat hendaklah mengekalkan penghayatan semangatnya.
Begitulah adanya mengapa jika ada apa apa permintaan dari worang worang KERIStian cepat dan mudah saja KERAjaan bersemangat KERIS tlanjank akan benarkan kerana mereka itu bainika tunggal ika adanya. Aku pon tengah mencari wajah wajah mereka, kerana setahu aku KERA yang menjadi jaan di Federal bukan Pakattan akan tetapi anda sudah tahu.... Walaw bagaymana pon aku sudah bertekad akan menyatakan pendirianku di dalam peti undi PRU 13 bahawa aku akan beri undi kapada AsalBukanUmno - INI KALI LAH.

Tanpa Nama berkata...

Semoga tangan yang menulis yang mencetak, yang membawa, yang memasang, masing-masing mendapat laknat daripada Allah kerana cuba menfitnah golongan beriman yang berusaha untuk menegakkan keadilan di Malaysia ini. Aminn

Tanpa Nama berkata...

Macam-macam gila ada pada UMNO haprak ni.Gila meroyan, gila babi, gila fitnah lucah.kalau kalah PRU 13 ni tak tau la gila apa pulak depa ni?????

Tanpa Nama berkata...

Macam-macam gila ada pada UMNO haprak ni.Gila meroyan, gila babi, gila fitnah lucah.kalau kalah PRU 13 ni tak tau la gila apa pulak depa ni?????

Tanpa Nama berkata...

Buat solat hajat dan bacaan yaasin seluruh negara, kita kaum yang lemah dan dizalimi BN

FOR SALE berkata...

Buang je .....takkan macai macai nak marah plak.Kalu macai marah tanya macai ni poster siapa yang punya....takan macai nk kata dia punya ,mesti pecah temelang dan terserlah kebodohan macai macai. jangan lupa ambil gambar jika macai2 gerombolan ada.Apamacam ok tak.

Tanpa Nama berkata...

Selalu nya macai2 yg akan mengamuk dulu, konon nya nak menunjukkan keperihatinan dan kebiadapan mereka. Orang tkt 2 blok 4 tu bukan cerdik sangat, bengap adala. Kita pakat2 doakan puak penipu yg penakut ini di laknat oleh Allah taala. Mereka2 ini adalah puak2 yg kufur, tapi depa ni islam ka?. Hebat!! islam yg mereka anuti membolehkan mereka membuat kerosakan diatas muka bumi Allah. Allahuakhbar!!! kau hancurkan lah perancangan mereka. Amin

Tanpa Nama berkata...

HAMBA ALLAH.

Lawan tetap lawan. Membujur lalu melintang patah. Ini kali lah. Tukar mesti tukar. Memfitnah, merakam dan mengedar video lucah itu suatu kewajiban pd parti kerajaan ini. Apatah lagi, kalau para pemimpin nya bersekongkul dgn bekas polis yg mempunya masaalah disiplin dan rasuah yg kini kita kenal sebagai papagomo. Umum nya, rakyat dah tahu semua ini. Rakyat pun dah jelak dan muak dgn pendekatan sebegini yg di ambil oleh parti kerajaan ini.Semakin mendalam hasrat mereka ini meneruskan kempen aktiviti aktiviti sebegini, semakin lingkat lah peluang parti kerajaan ini utk meraih undi rakyat yg kini mahukan perubahan, pertukaran dan kembalikan hak rakyat kpd rakyat.Ayuh, kita laksanakan pembaharuan pd 05.05.2013 ini agar dapat kita semua terlepas dari belenggu pembohongan dan pengnindasan kerajaan yg ada sekarang. Bertaubatlah sementara pintu taubat itu maseh terbuka dlm jangka hayat di dunia kini, sebelum terlambat.

Tanpa Nama berkata...

sekarang ni kalau nak sabotaj, nak berlakon video lucah, wajah seiras pemimpin pakatan, sila hubungi pejabat UMNO berhampiran?