26 Mac 2013

Kes Ke Atas Papagomo Difailkan Semula - Papagomo Tak Boleh Lari Lagi


Memandangkan ada penemuan bukti baru kes saman Datuk Husam Musa terhadap Wan Muhammad Azri Wan Deris menyebabkan hakim menasihatkan kes itu difail semula.

Oleh itu bagi membolehkan kes tersebut difail semula, kes yang berjalan hari ini ditarik balik.

Berikutan itu Husam yang juga Naib Presiden PAS melalui peguamnya, Hisham Fauzi menyatakan persetujuan di atas cadangan hakim pada perbicaraan itu kes petang tadi.

Beliau pada keterangan sebagai saksi pertama kes itu memberitahu mahkamah beberapa saksi baru ditampilkan termasuk bekas isteri Wan Azri dan dua blogger pro Umno yang disapina.

Selain itu katanya, blogger-blogger lain juga telah menyatakan persetujuan menjadi saksi kes berkenaan.

Menurutnya juga gambar Wan Azri yang dianggap sebagai Papagomo banyak tersiar dalam laman-laman web dan dalam Utusan Malaysia beberapa hari lalu.


Ekoran itu peguam Jasbeer Singh yang mewakili Wan Azri turut meluahkan rasa kesal kerana akhbar terbabit mengaitkan penama terbabit sebagai Papagomo.

“Gambar-gambar yang disiarkan dalam internet dan terbaru dalam blog Erapasca memperlihatkan gambar Wan Azri bersama dengan Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussien,” kata Husam.

Bagaimanapun ketika soal balas peguam defendan membantah kerana beberapa saksi baru dikemukakan termasuk bekas isteri Wan Azri, yang disenarai sebagai saksi kedua.

Berikutan itu Hisham berkata, perbincangan di antara peguam plaintif dan defendan diadakan di dalam kamar berkaitan isu saksi baru yang disenaraikan.

Katanya, pada perbincangan itu hakim menasihatkan kes tersebut ditarik balik bagi membolehkan ia difail semula dengan penambahan saksi-saksi baru.

Husam ketika ditemui kemudian berkata, beberapa bukti baru ditemui selepas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengemukakan saman terhadap Wan Azri baru-baru ini.

“Lagi pun kita juga boleh menampilkan saksi iaitu Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia memandangkan mahkamah menolak untuk disapinakan Menteri Pertahanan berkaitan isu blogger terbabit dibenarkan memasuki Scorpene.


“Malah bekas isteri Wan Azri sudah menyatakan persetujuan untuk menjadi saksi pada Disember lalu. Sedangkan pada senarai awal namanya tidak disebut sebagai saksi dalam pengurusan kes sebelum ini,” katanya.

Husam yang juga anggota Exco kerajaan negeri berkata, fail baru kes saman tersebut akan dibuat dalam masa terdekat ini.

15 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

SAMANLAH PAPAGOMO SAMPAI BANYAK MANA PUN...DENGAN DEMIKIAN MAKA VIDEO2 PUN AKAN TERBONGKAR...MULUT DAN TANGAN MANUSIA SELALU BOHONG TAPI HATI TAK PERNAH BOHONG DENGAN APA YANG KITA LIHAT...ADAKAH ANDA FIKIR BAHAWA ALLAH MAHA ADIL...

pimampusumno berkata...

pencacai sudah lama jadi kaldai untuk panjangkan hayat kumpulan syaitan yg dikenali!

Unknown berkata...

HAHAHA.. GOYANG KA LAKNAT.. PANDAI FITNAH,PANDAI LA LU JWB...PUIHHH

Tanpa Nama berkata...

Alhamdullillah !

Allah Maha Besar dan Maha Adil.

Tanpa Nama berkata...

Allah maha adil...tangan yang membuat pertanyaan begitu sangsi dengan Allah ke? Allah tahu hati mu.. bertaubatlah sebelum berangkat menjadi mayat. Itupun kalau mahu..ye ke tuan?

Tanpa Nama berkata...

Anony March 25, 2013 at 11:05 PM,
Tokwan tak tau maksuda soalan "...ADAKAH ANDA FIKIR BAHAWA ALLAH MAHA ADIL..", brunyi macam ada kesangsian dalam pertanyaan itu, jika itulah maksudnya maka tokwan nasihatkan BERTAUBAT lah dengan TAUBAT NASOHA.
Tapi jika tidak tulis semula, jika ada sangsi terhadap Allah, ayat Allah (Al Quran) walau sebesar zarah (atom yang yang boleh dilihat oleh mata kasar) maka syirik bahkan taku lebih dari itu KUFUR..... jangan sedap menulis tanpa berfikir, tetapi jika anda bukan Muslim.... Terpulanglah

Tokwan Perak.

My Kulim berkata...

Sepandai pandai Gomo melompat.. akhirnya tersungkur juga. Setiap apa yang kita lakukan... ada balasan...

Tanpa Nama berkata...

Kickdafella plak tulis Husam tarik balik saman tanpa sebab...

Tanpa Nama berkata...

tokwan....tlg baca ayat sblmnya.....bg sya ada Ayat yg tak sngaja ttinggal...bpada2 lh nk tegur ksilapan org ln....jgn gopoh dn kelamkabut.dn cepat buruk sngka..hngga minta btaubat

Tanpa Nama berkata...

<>

relax, bro...
bertenang..

yg kena saman tu, Papagomo..
yg lari x cukup tanah tu, Papagomo..

bknnya awak tau..
so, relaxxxx...

keluar la video apapun, org dah x percaya..
kalau aku jd gay & ada duit byk laa kan, aku x doggy org Msia..
baik doggy omputih kt oversea tu..
siap boleh kawin gay lg kt sana..

fikirrr..

Tanpa Nama berkata...

Allah Maha Penyayang, Pengasih, Maha segala2nya.
Sapa buat jahat di dunia, ada yg cepat & ada yg lambat balasannya di dunia. Mudah2an dgn balasan tu akan menyebabkan mereka & kita semua insaf & bertaubat.

Tapi kalau tak mau bertaubat juga, tunggu lah!
Harap2 kita x termasuk atau penyokong kpd golongan pemfitnah, pemakan rasuah dll yg setaraf dgnnya.

Tanpa Nama berkata...

Aku rasa gomo ni tak tau hukum. Lenkap kejhatan dia di dunia. Taubatlah. Moga Allah menerima taubat kamu. Esok belum tentu sda.

anti umno!!! berkata...

bekas banduan dia mesti x kisah kalau masuk dalam pun....muka dah mcm pelaq!!!

Tanpa Nama berkata...

Pastikan manusia ini jangan diberi ruang untuk dia bebas. Kenakan tindakan mahkahmah untuk memberi pengajaran kepada penfitnah yang lain betapa bahayanya gejala fitnah.

Tanpa Nama berkata...

anon yg sama..11:05 dan 8:52..salah ke tokwan tegur ko..mmg betul la apa yg tokwan tulis tu..ko tu yg kelam kabut...ALLAH SEMEMANGNYA MAHA ADIL LAGI BIJAKSANA...TIADA TUHAN YG DISEMBAH MELAINKAN ALLAH...lain kali sebelum nk publish komen tu...chek dulu tulisan tu..berhati hati dlm menulis..aku nasihat je...