21 Mac 2013

Isu Twit Perkauman: UMNO BN Itu Memang Extreme & Rasis


Isu Taib: Relawan BN mohon maaf atas twit 'perkauman'

Sukarelawan Pemuda BN (BNYV) memohon maaf atas kenyataan "tidak menyenangkan" berhubung milikan tanah Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Taib Mahmud melalui Twitter BNYV Sarawak yang dilihat berunsur perkauman.

Ia dibuat selepas akaun @BNYV_SWK dalam statusnya menyebut:

"Sedar-sedarlah 'orang kita'.

Walau Taib banyak tanah di Sarawak tok sekurang-kurangnya baguslah milik bumiputera dari jatuh ke orang ca-ya-nun-alif (Cina)."


Kenyataan itu dipercayai merupakan respon kepada video Global Witness yang mendakwa mendedahkan salah guna kuasa keluarga Taib.

Akaun Twitter itu menggesa agar "orang-orang kita" sedar walaupun banyak tanah di Sarawak didakwa dimiliki keluarga Taib, keadaan itu lebih baik daripada dimiliki oleh orang-orang Cina.

Pengarah BNYV Zaidel Baharuddin (kanan) dalam kenyataan segeranya di laman web berkata, kenyataan itu "tidak menyenangkan dan bercanggah dengan semangat muhibah 1Malaysia yang kini sedang dipupuk oleh perdana menteri kita".

Menurutnya, twit itu hanya pandangan peribadi seorang pengendali akaun sahaja dan tidak dikongsi oleh pengendali-pengendali yang lain.

"Saya mewakili pergerakan BNYV memohon maaf atas beberapa kenyataan yang dikeluarkan oleh akaun Twitter berkenaan," kata Zaidel lagi.

Status tersebut kini dikesan dipadam daripada garis masa akaun Twitter berkenaan, seperti satu lagi mesej di Twitter rasmi BN sebelum itu berhubung pentadbiran Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng sebelum ini.

BNYV adalah inisiatif untuk merekrut sukarelawan muda bagi membantu kempen BN yang dilancarkan pada Mei 2012.

Antara tugas-tugas utama sukarelawannya adalah dalam bidang pengurusan acara, khidmat nasihat media sosial dan kempen rumah ke rumah sewaktu pilihan raya umum.

Ulasan GB

Walaupun sudah meminta maaf, namun hukum kebenaran dan keadilan akan tetap mendedahkan bahawa parti UMNO dan penyokongnya seperti PERKASA, PEKIDA, JATI dll adalah kelompok masyarakat yang extreme dan rasis.

Mereka boleh ke tahap berperangai dan berkelakuan samseng disamping menghamburkan caci makian yang bersifat lucah dan mencarut.... melewati batas-batas yang diizinkan agama dan susila bangsa.

Perhatikan adegan di bawah ini:








8 ulasan:

Carlos Santiago berkata...

cina pun, kalau islam. bukankah bagus. daripada meleis yg lagi sombong bongkak.

Tanpa Nama berkata...

memalukan agama bangsa jikalau perangai macam ni..inikah akhlak seorang muslim...

Andre Irwan berkata...

yang beza antara min lam alif ya wau dengan caya nun-alif ialah yang awal tu memperolehinya secara rasuah manakala insan yang kemudian beli dengan wang sendiri. faham .......
Lagi satu ialah yang disonglap secara haram dek Taib ialah tanah hak orang kita iaitu hak kau dan aku. .....

Tanpa Nama berkata...

ini lah spesis dulu...kini.....dan sehingga mampus kerja nya nak memecahbelah dan merosakkan perpaduan kaum, cukuplah semua rakyat malaysia ingin kan keharmonian dan keamanan. insyaAllah dibawah pakatan rakyat negara bertambah makmur dan aman damai, hidup PR. kami pun warga negara walaupun bangsa kami bangsa cina.

Tanpa Nama berkata...

Puak ni takat baca Alquran saja tapi tak mendalami makna.

Allah taala cipta umat manusia ini berbangsa2, berpuak2, bersuku2 (utk saling berkerjasama, kenal mengenal, berbaik2)
supaya dia boleh nilai puak mana yg ikut perintah dan puak mana yg ingkar. Bila sampai tempoh dia, Allah taala kalih saja, lenyap terus.. ALLAH taala boleh ganti yg lebih baik lagi.

MELAYU.. MELAYU.. BODOH TAK HABIS2.
AKU PUN MELAYU JUGAK. Sedih...sedih..

Tanpa Nama berkata...

Cha ya nun alif bermaksud UMNO, sapu wang rakyat, macam mak bapak Umno punya

Tanpa Nama berkata...

Pemimpin negara Cina tak sapu wamng rakyat macam UMNO

Tanpa Nama berkata...

Ayat ni nk jadi malaysian chinese mcm indon chinese.. Cina indon x dpt hak mcm indon yg lain..wlau cmana pun indon cina berjaya... Adakah melayu malaysia nk jadikan cina malaysia mcm indon cina atau melayu takut cina akan jadi melayu cam kat singapore.? jangan jadikan cina benci melayu kerana double standard .. Cina pun manusia gak.. Harap melayu bole jaya mcm cina yg yang tanpa hak istimewa diberikan.. Klau cina bole... Kenpa melayu tidak ??.. Biar melayu jadi berjaya..bkn me-layu..sepatut melayu ptut belajar dri cina bkn kurang ajar ngan cina..