Hampir 30 samseng Umno membuat kecoh di hadapan ibu pejabat KEADILAN di Petaling Jaya petang tadi, menyebabkan seorang kakitangan cedera dan harta benda rosak.
Kakitangan yang cedera, S Balakumaran berkata, lehernya terkena kayu, manakala dadanya dibaling batu dan telur.
“Pada mulanya, mereka bakar bendera parti. Kemudian, mereka patahkan kayu bendera dan baling sehingga terkena leher saya dan luka. Mereka juga baling telur dan batu ke arah dada saya,” katanya ketika dihubungi.
Beliau memaklumkan kekecohan yang bermula kira-kira jam 5 petang itu berlangsung selama sejam.
Sementara itu, Setiausaha Kerja Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Syed Badli Shah Syed Othman menyelar perbuatan samseng berkenaan yang menyebabkan kerosakan beberapa kemudahan.
“Mereka buat kecoh dan baling telur, batu dan kayu. Kira-kira 4 kakitangan ibu pejabat terkena telur. Logo parti di pintu utama pecah dan tiang tempat letak kereta Setiausaha Agung KEADILAN (Datuk Saifuddin Nasution Ismail) patah,” katanya.
Katanya lagi, turut kelihatan bersama samseng itu adalah Pengerusi Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Hamidzun Khairuddin dan Yang DiPertua GAPS Shah Alam, Wan Indra Putra Ahmad.
Katanya, mereka mendakwa kononnya datang untuk membantah kenyataan Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua berhubung pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu.
KEADILAN membuat laporan di Balai Polis Tropicana, Petaling Jaya berhubung insiden itu. -RM/KD
GEMPAR!!!!!!... RIBUAN PEMUDA UMNO DAN PERKASA BERDEMO DEPAN IBU PEJABAT PARTI KEADILAN RAKYAT DI TROPICANA, PETALING JAYA SEBENTAR TADI!!!!!!
Inilah dia ribuan para pejuang ketuanan Melayu terdiri dari macai-macai UMNO, balaci-balaci PERKASA buat demo bising terpekik terlolong depan Ibu Pejabat Parti KeADILan Rakyat di Merchant Square, Tropicana, Petaling Jaya, Selangor sebentar tadi.
Sebelum itu hujan turun dengan lebatnya maka bertempiaran lari litang pukang mencicit tak cukup tanah cari perlindungan.
Sebaik saja hujan reda barulah mereka keluar dari tempat persembunyian berteduh.
Yang datang menyalak terlolong pun boleh dikira dengan jari.
Bawa kain rentang yang difahamkan ada kaitan dengan pencerobohan Sulu dan kemasukkan ayah Saiful Bukhari kedalam PKR pagi tadi.
Sekadar terlolong lepas itu baling bendera dan cone ... P[xxxxxxx -sensored GB]!!!!
Kalau beginilah semangat dan jati diri yang ditunjukkan oleh para pemuda UMNO dan PERKASA, alamatnya PRU 13 INS'YALLAH UMNO BUNGKUS. -omakkau
Ulasan GB
Banyak laporan polis telah dibuat mengenai kes golongan yang pro-UMNO ini membaling kayu, batu dan telor. Tetapi malangnya pihak polis tidak mengambil tindakan sehingga menyebabkan gejala "samseng" ini menjadi-jadi.
Beberapa hari lalu, di Melaka, anggota polis sendiri cedera terkena balingan batu oleh para samseng UMNO di sana, tetapi polis masih mempertahanka tindakan samseng itu, sebaliknya menyalahkan Pakatan. Baca di SINI.
Tidak mengapa, hukum kebenaran dan keadilan akan tetap berjalan. Itu ketetapan sunnatullah yang tidak boleh dielakkan. Polis yang bersikap tidak professional dan pilih kasih di dalam menjalankan tugasnya akan tetap terhukum juga satu hari nanti. Itu pesanan kita.
10 ulasan:
Polis tidak bertindak kerana hendak menunggu tindak balas dari pihak PR bila ada tindak balas barulah boleh diambil tindakan konon PR yang mula provokasi ,ingatlah wahai polis gaji yang kamu dapat bukan UMNO saja bayar cukai PR juga bayar cukai dan janganlah nanti pengikut PR hilang sabar, sebabnya sabar maknusia ada batasnya jika beginilah keadaan berlaku bukan sekali tetapi telah berpuluh kali apakah tindakan yang telah diambil jika polis bertindak tegas tanpa mengira siapa kami percaya puak-puak yang diupah ini tidak akan berani berubat sedemikian rupa.
Semoga insiden sebegini menjadi pengajaran dan iktibar kpd pendokong2 PR. Penyokong2 atau lebih tepat lagi samseng2 UMNO-BN sebagaimana yang pernah disentuh oleh DYTM Dr Raja Nazrin, adalah golongan yang mempunyai akhlak, jatidiri dan IQ yang rendah. Mereka mempunyai bad tempered yang tinggi. Mudah naik minyak. PR harus lebih berhati2 bila memberi apa2 komen yg mudah diputarbelit oleh media. Jika pendokong PR tidak dapat menahan sabar, tumpahan darah yang lebih dahsyat boleh berlaku. Jika PR menang selepas PRU 13 diharap setiap warga kerja PR bersiap-sedia...
SEKARANG RAKYAT DAH NAMPAK PARTI POLITIK MANA YANG MENGAMALKAN "POLITIK SAMSENG"
ALLAH ITU MAHA KUASA AKAN MENUNJUKKAN SIAPA YG BERCAKAP BENAR DIHADAPAN RAKYAT.
Sudahlah tv3 kemarin berhabis attack Tian Chua pasal isu sandiwara kemarin, ada lagi pengganas yang buat kacau kat pejabat PKR. So menteri KDN macam mana lu nak selesai masalah penceroboh di Lahad Datu sedangkan ahli kau pun buat kerja macam pengganas. Pengganas nak hapuskan pengganas???? Tak logik langsung. Sebab itulah Tian Chua cakap pencerobohan di Lahad Datu adalah sandiwara adalah logik.
PRU akan datang pastikan penganas berlambang dacing out demi selamatkan tanah orang Islam dari diambil pemberontakan dari negara Kristian Philipines. Biarlah Polis dan Askar berjihad menggunakan peluru, kita yakni orang muda akan berjihad dengan kertas undi pada PRU akan datang untuk halau pengganas berlambang Dacing dari memerintah M'sia.
Jawa jawa mengganas. Inilah sikap pembangkang di selangor. Tak sedo untung. Taleh tgk rakyat selangor skrang senang, taleh tengok selangor maju dan bersih. Dasar pendatang jawa
kesabaran ada had nya...Walau bagaimana pun kita harus bersabar, Untuk kita berjaya dan menang Allah menghantar berbagai2 dugaan dan cabaran..ini baru sekelumit saja cubaan. Org beriman perlu meneguhkan dan memperkuatkan serta memperkentalkan jiwa. dan sentiasa berjiwa besar. spt mana kelab greenboc selalu mengutarakan bahawa kebenaran tetap mengambil tempatnya di atas kebathilan...umngok akhir nya akan menyadari segala perbuatan nya hari ini merosakkan reputasi nya sendiri.Allah balaskan lah setimpal perbuatan mereka. InsyaAllah.
Budak budak bahalol dalam GAPS buat habis beras aje...
UUMNO parti haramjadah
Hantar bil2 repair pada ibu pejabat umno dan saman polis kerana gagal menjaga keselamatan orang awam! Hanya satu jalan keluar utk rakyat dari kemelut ini - nyahkan ubn dari dunia masa PRU13 nanti. Kecik2 ta'nak mampos, dah besar menyusahkan orang!
Setiap kali ada kes begini ambil gambar anggota polis yg bertugas buat kenangan. Bila sudah ambil putrajaya setidaknya adalah kenangan indah dengan anggota berkenaan.
Catat Ulasan