16 Feb 2013

Penahanan Xenophon Cemarkan Imej Negara & Langgar Protokol Antarabangsa


Australia mahu senatornya dibebaskan dari ditahan di Malaysia

SEPANG, 16 Feb ― Canberra mahu pembebasan segera senator Nicholas Xenophon yang ditahan di Terminal Penerbangan Tambang Rendah (LCCT) hari ini.

Xenophon ditahan di LCCT dan dijangka akan dihantar pulang kerana pihak imigresen menganggap beliau sebagai “risiko keselamatan”.

“Kebimbangan Australia telah dikemukakan kepada Menteri Luar, Menteri Keselamatan Dalam Negeri dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Australia.

“Kerjasama mereka diminta untuk memastikan Senator Xenophon dibebaskan dari tahanan,” kata Menteri Luar Australia, Bob Carr dalam satu kenyataan hari ini.

“Penahanan Senator Xenophon memeranjatkan dan mengecewakan dari sebuah negara yang Australia anggap rakan diplomatik yang kuat,” katanya lagi.

Xenophon tiba di Malaysia untuk bertemu dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) minggu hadapan bagi membincangkan sistem pilihan raya Malaysia, kata pegawai kanan Anwar, Ibrahim Yaacob hari ini. -TMI


Penahanan Nick Xenophon langgar protokol antarabangsa – Anwar


Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengecam penahanan senator bebas Australia, Nick Xenophon pagi ini dan menegaskan ia melanggar protokol antarabangsa.

“Saya mengecam dengan keras penahanan senator Australia Nick Xenophon di LCCT yang dikatakan mengancam keselamatan nasional dan dilabel sebagai ‘musuh negara’. Tuduhan-tuduhan itu adalah tidak berasas,”

Anwar Ibrahim“Saya mengingatkan perdana menteri, Najib Razak bahawa beliau tiada hak untuk memperlaku tetamu sebagai musuh negara hanya kerana mereka kritikal kepada pentadbiran Umno.

“Malaysia bukan dimiliki Umno. Ia kepunyaan rakyat Malaysia tanpa mengira fahaman politik,” tegas Anwar.

Menurut Anwar, Xenophon yang melahirkan kebimbangan terhadap pilihan raya akan datang, tidak melanggar sebarang undang-undang mahupun mengancam keselamatan negara.

“Tambahan pula, beliau disertai penggubal undang-undang Australia untuk bercakap kepada kami, serta pegawai-pegawai Suruhanjaya Pilihan raya.

Ini bukan sebab untuk menyenaraihitamkan beliau,” katanya.

Menurut Anwar, tindakan menahan dan menghantar pulang Xenophon bermotifkan politik dan merupakan salahguna kuasa.

“Ia juga jelas melanggar protokol antarabangsa dalam menerima kehadiran penggubal undang-undang daripada luar, khususnya ahli negara komanwel.

“Senator Xenophon mesti dibebaskan serta merta dan dibenarkan masuk ke negara ini tanpa halangan selanjutnya,” tegas Anwar.
-KD



Senator Australia ditahan di LCCT, tunggu deportasi


Senator Australia Nick Xenophon telah ditahan di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) dan sedang menunggu untuk deportasi kerana didakwa menjadi "musuh negara".

Xenophon, yang tiba awal pagi ini, ditahan pihak imigresen sejak beberapa jam yang lalu.

Xenophon memberitahu akhbar Sunday Mail Australia bahawa beliau sedang ditahan di kawasan dengan semua sel tahanan penuh dengan wanita.

Katanya, beliau dimaklumkan yang beliau merupakan "musuh negara" dan akan dihantar menaiki penerbangan berikutnya untuk pulang ke negaranya.

Menurut senator itu, walaupun tidak dibenarkan membuat sebarang panggilan telefon, tetapi beliau sempat menghubungi akhbar Australia itu ketika ditinggalkan bersendirian dalam bilik soal siasat.

Ketua Kakitangan pejabat Ketua Pembangkang, Ibrahim Yaakob, yang bergegas ke LCCT untuk menguruskan perkara itu, memberitahu Malaysiakini bahawa pegawai imigresen mendapati nama Xenophon telah disenaraihitamkan dalam sistem jabatan tersebut.

"Para pegawai tidak menyatakan sebarang sebab lain, tetapi Xenophon memberitahu kami bahawa dia dimaklumkan bahawa dia ialah musuh negara ini," kata Ibrahim ketika dihubungi.

Akan dihantar pulang

Xenophon dijadualkan dihantar pulang ke Australia dalam penerbangan jam 10 malam ini, kata Ibrahim.

Ibrahim juga berkata Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia telah tiba di LCCT dan sedang berusaha untuk menghubungi kementerian luar Malaysia.

Senator bebas adalah sebahagian daripada delegasi empat anggota Australia yang mengambil inisiatif untuk meneliti sistem pilihan raya Malaysia selepas kerajaan Australia menolak permohonan Anwar mendapatkan pemerhati bebas bagi memantau pilihan raya umum akan datang.

Tiga lagi anggota delegasi itu ialah MP Mal Washer, Senator John Williams, dan MP Steve Georganas.

Delegasi itu dijadualkan bertemu dengan Anwar pada hari Isnin, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Abdul Aziz pada hari Selasa, serta NGO lain dan ahli parlimen pembangkang.

Bagaimanapun, ketiga-tiga mereka masih belum berlepas ke Malaysia.

Menurut Ibrahim, mereka telah memutuskan untuk membatalkan lawatan mereka selepas apa yang berlaku kepada Xenophon.

"Ini akan menjejaskan nama Malaysia di peringkat antarabangsa," katanya.

Xenophon menghadiri perhimpunan BERSIH 3.0 tahun lepas sebagai pemerhati antarabangsa dan turut menjadi sasaran gas pemedih oleh polis anti-rusuhan, yang menyuraikan peserta demonstrasi menuntut reformasi pilihan raya itu.

'Arahan dari atas'

Xenophon memberitahu ABC News 24 Australia bahawa beliau tidak menjangka akan ditahan semasa ketibaannya di Kuala Lumpur.

Katanya, pegawai imigresen berkenaan "sangat sopan" tetapi mereka memberitahunya bahawa mereka menerima "arahan dari atas" untuk menahannya.

"Saya mendapatinya luar biasa. Saya pernan ke sini sebelum ini [dan] Saya telah membuat kenyataan mengenai keadaan demokrasi di Malaysia sebelum ini.

"Tetapi pada kali ini jelas seseorang yang berkuasa dalam kerajaan Malaysia tidak mahu saya di sini," katanya.
-mk

12 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Apakah negara ni,
zimbabwe ke?
Nampak sangat
BN/UMNO pengecut.
Ini dah melampau...

Pakcu Rantau Panjang berkata...

Pakcu bukan lah peguam mahu pun arif dalam undang-undang , tapi kalau tetamu datang dengan niat yang baik dan rekodnya juga baik maka tiada sebab dia dihalang.

Tapi jika kedatangan tetamu menjadi punca masalah dan terang-terang pula nak masuk campur dalam "rumah tangga orang" maka kalau tuan rumah tutup pintu tak jadi masalah kerana perkara ini juga pernah berlaku dinegara lain.

Jadi pihak yang berkuasa lebih tahu sebabnya. Apa lagi siang-siang lagi dah cerita keburukan rumah tangga orang...jadi lebih baik balik dan uruskan rumahtangga sendiri lagi bagus...walahualam

Tanpa Nama berkata...

Hairan binti ajaib. warga asing bersenjata yg menceroboh dan mendarat di Lahad datu tidak diambil tindakan tetapi tetamu yg datang secara sah dihalang masuk...

Tanpa Nama berkata...

ada konspirasi kedatangan abu sayyaf di lahad datu.. tujuan mengkucar kacirkan sabah sekiranya PKR menang nanti. Mustahil mereka boleh lolos sedangkan lanun warga somalia boleh ditangkap inikan pula pilipin. Mana pergi polis marin??? TLDM??? tidur ke... kenapa berita ni x diwar2kan dgn meluas melalui media TV3, RTM... something fishi happen here... kita tunggu dan lihat abu sayyaf x kan berganjak dari sabah.

Tanpa Nama berkata...

Rumahtangga! sapa lakibini, Sapa anak
Xenophon tiba di Malaysia untuk bertemu dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) minggu hadapan bagi "membincangkan" sistem pilihan raya Malaysia, kata pegawai kanan Anwar, Ibrahim Yaacob hari ini.. Tak nampak keburukan pun. 'Ketakutan Pemerintah ada kot.' Takut pilihanraya bersih. Takut tak boleh tipu. Bila tak amanah dan jujur tentu takut..Tak tau la pulak kalau tak takut pada Allah taala. Berat nanang.

kg senduk bg berkata...

negara nee kan demokrasi ala barat.. tu yg senator aust nak mai ajar erti demokrasi sebenar.. dia nak mai bagi tau dkt pemerintah malaysia mcmna nak jalankan pilihanraya secara aman.. contoh di aust.. pembangkang di beri satu chanel tv utk bersuara.. jadi tak payah lah kita nak bergerak ke ceruk2 dan tampal poster merata2 boleh jimatkan duit rakyat... kalau lah pembangkang bersuara perkara tak betul hahhh boleh la umno n ngok saman pembangkang... ada berani ka.

Tanpa Nama berkata...

Tanda benar SPR menipu?

Tanpa Nama berkata...

Salam.. Apa yg dikatakan oleh Pak Cu itu ada betulnya.. Tp kedtgn senator dari Australia adalah utk berjumpa dgn semua pihak.. Sama ada kerajaan mahupun pihak pembangkang.. Pihak NGO pun beliau nk jumpa sekali..

Malaysia merupakan negara yg penuh nilai ketimurannya.. Jika itu yg diwar-warkan oleh peminpin kita.. Kita patut alu-alukan kedtgn pihak lain yang mahu hulurkan bantuan dgn tangan terbuka.. Melainkan dtgnya beliau yg secara terang-terangan mahu mengancam keselamatan negara.. Tp jika ada orang datang dan mahu berbincang dengan pihak kita yang mungkin boleh memberi idea atau penyelesaian terhadap konflik negara kita.. Kenapa kita hendak sekat niat yang murni tersebut..? Tidakkah itu membuktikan kpd dunia bahawa Malaysia merupakan sebuah negara yang sombong dan bongkak.. Tp itu bukan melambangkan sikap sebenar rakyat Malaysia..

Jd, fikir-fikirkanlah.. Jika org dtg membawa kebaikan.. Mengapa kita hendak bersikap tertutup..? Sejarah telah membuktikan bahawa kerajaan yang mengamalkan sikap pintu tertutup.. Akan dipinggirkn oleh kerajaan lain dan amat lambat di dalam pelbagai pembangunan..

Sekadar berkongsi pandangan.. Jika tersilap harap diberi tunjuk ajar..

Tanpa Nama berkata...

Orang Australia datang tak boleh tapi orang Isreal yang terang terang musuh umat Islam boleh datang ke M'sia tanpa sebarang sekatan. UMNO sah menjadi agen Yahudi negara ini wajib ditumbangkan pada PRU akan datang.

mohd shahran berkata...

Pak cu oii..kalau dlm negra senduri pemerintah menipu dlm plhnrya...pmbngkng bersuara tak diendahkn ..mlhn seluruh jntera kerjnn digunkn utk memburukkn pmbngkng...itu baik n tindkn yg sopn? Itu kerja mulia yg harus disokong tnpa berbelh bagi?

Tanpa Nama berkata...

hisyamudin husin kata tiada kaitan politik...kahkahkah..lubang taik!

Andre Irwan berkata...

Kan Munafikun tetap Munafikun juga. Sejak tahun baru Cina ni, aku dah nampak dengan jelas sebilangan besar pemimpin UMNO-BN telah bertukar jadi ULALA. Kalau tak percaya, tengok lidah Tok Jib. Sepupunya, Tok Din lagi jelas.