25 Feb 2013

[HOT] Risikan Tentera, Polis Yakin Pakatan Menang, Rangka Pelan Keamanan

BTentera dan polis yakin Pakatan Rakyat akan menang pada Pilihan Raya Umum ke 13, kata Leftenan Jeneral (B) Datuk Abdul Ghafir Abdul Hamid.

“Risikan dari tentera dan polis mengatakan bahawa mereka yakin Pakatan akan menang.

“Mereka juga merangka rancangan bagaimana untuk menjaga keamanan negara,” kata bekas Timbalan Panglima Angkatan Tentera Darat itu.

Beliau berucap demikian depan hampir 2,000 perwakilan pada Konvensyen Pakatan Rakyat ke-4 di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) di sini hari ini.

Ghafir berkata, peralihan kuasa nanti akan berjalan lancar tanpa sebarang kekacauan seperti yang didakwa Umno BN.

“Saya percaya tidak akan ada revolusi yang akan terjadi kerana rakyat kita adalah rakyat yang berbudaya,” kata Ghafir.

“Saya juga ingin memberi jaminan bahawa angkatan tentera kita adalah profesional dan taat kepada Yang DiPertuan Agong.

“Sekiranya pemimpin-pemimpin Pakatan dipanggil mengangkat sumpah untuk membentuk kerajaan, saya yakin angkatan tentera akan berada di belakang pimpinan ini,” ujarnya disambut tepukan gemuruh.

Dalam pada itu, beliau menyokong penuh Manifesto Pakatan Rakyat yang disifatnya terbukti menjamin keadilan untuk rakyat.

“Tahniah kepada pimpinan Pakatan kerana berjaya hasilkan manifesto terbaik untuk mengangkat martabat rakyat khususnya rakyat miskin.

“Ia ternyata bukan sekadar retorik, tapi ada implikasinya,” kata Ghafir. -KD

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kpd perjuang pr jangan terlalu gembira sangat berita yg di sampaikan... terus kan berjuang hingga kesaat akhir...
Kita kena ingat perisikan di kawal umno mungkin mereka sengaja menbocorkan maklumat palsu utk melekakan perjuang pr...
Di muktahir ini ramai bekas pegawai tentera dan polis menyertai pr ....
Musang berbulu ayam sentiasa mencari perluang...

Tanpa Nama berkata...

alhamdulillah! alhamdulillah! alhamdulillah!

Tanpa Nama berkata...

Zaman pemerintahan Hitler dulu, kita kena faham ada tentera Jerman yang anggota pari Nazi, ada yang bukan. Kemudian ada militia parti Nazi iaitu Waffen SS.

Suparman berkata...

General macam Datuk Ghaffir inilah sepatutnya menjadi PAT maka barulah ATM ini mempunyai integrity.Di harap Kerajaan Pakatan nanti pinda AKTA AT 1972 untuk pinda umur bersara General General yang berpengalaman dan berwibawa macam Datuk Ghaffir ini di ambil semula untuk berkhidmat balik di dalam ATM agar ATM kita menjadi terkuat di rantau ini dan tidak menyimpan General yang di cucuk hidung.

Tanpa Nama berkata...

Alhamdullillah !

Selagi Angkatan Tentera professional dalam tugasan dan tanggungjawab mereka, selagi itulah mereka di hormati rakyat dan diredhai ALLAH SWT.

Selagi anggota ATM yang beragama Islam patuh teguh kepada amalan Islam, selagi itulah mereka dapat menguasai professionalisma mereka.

INsya ALLAH wujud keteguhan iman anggota ATM kita.