17 Feb 2013

[EDISI TERDESAK] UMNO Cetak Kain Rentang Ajak PAS Bersatu


Menyangkakan taktik zaman purba masih boleh digunapakai, United Malays National Organisation atau UMNO nampaknya sedang giat berusaha untuk terus memecahbelahkan Pakatan Rakyat.

Terbaru, cubaan untuk memujuk PAS supaya berpadu dengan UMNO, walaupun menyedari bahawa pimpinan UMNO yang bergelumang dengan salahguna kuasa dan rasuah, dihasilkan dalam bentuk kain rentang.

Sumber-sumber melaporkan bahawa kain-kain rentang dengan pelbagai rekabentuk namun membawa mesej berbunyi ‘Bersatulah, Perpecahan melemahkan ummah’ dan ‘Bersatu itu indah’ sedang giat dicetak dalam kuantiti lebih 10 ribu setiap satu.

Juga terdapat mesej seperti ‘Satu kalimah, satu syahadah’ dengan logo UMNO dan PAS di kanan dan kiri, membuktikan betapa terdesaknya UMNO sehingga sanggup mempermainkan agama sebagai modal utama kempen politik menjelang PRU ke-13 yang bakal menjelang tiba.

Menurut sumber yang tidak mahu didedahkan, kain-kain rentang tersebut sedang dicetak secara besar-besaran di beberapa kilang di sekitar Selangor.


Pemerhatian umum mendapati kain-kain rentang bertujuan memujuk perpaduan PAS dan UMNO itu telah dinaikkan di beberapa kawasan sekitar Lembah Klang seperti Petaling Jaya dan Bangsar. – Roketkini

12 ulasan:

Amuraria berkata...

harapan tinggi gerombolan geng perpaduang ! ABU sahaja penyelamat negara dari penyamun-penyamun tarbus sekutu apco !

Tanpa Nama berkata...

Dah nak mampos baru sibuk nak bersatu?

Yang nak mampos tu biarkanlah dia mampos. Yang hidup perlu teruskan kehidupan.

Kita ujudkan malaysia baru tanpa umno.

hang nadim berkata...

umno ni memang miang sgt..PAS dah lepaskan hasan kayu jati dan nasha tu, umno peluk2 kuat dai org tu.

Tanpa Nama berkata...

Kesihan negara kita, diperintah oleh orang bodoh (UMNO) yang guna taktik zaman batu. Orang dah memerintah 50 tahun lebih sepatutnya makin hari makin makin ke depan, ini makin hari makin ke kebelakang. Kalau taktik ini apply pada zaman tiada internet, facebook, twiter, blog dan etc, ya taktik ini berkesan. Tapi ini zaman internet yang mana belum sempat berita utusex dan tv3 siar sudahpun terpapar di internet. Zaman orang bodoh (UMNO) memerintah harus diakhiri dan digantikan dengan orang pintar (PR).

Tanpa Nama berkata...

mungkin UMNO ingat dengan berbuat begitu.. maka penyokong PAS akan mengundi mereka, cukuplah...jgn menipu lagi..PAS cukup berhati2 dengan tipu muslihat org UMNO, sudah nak tenggelam tangan menggapai apa saja..sehinggakan segala nya tidak menjadi...kasihan. rakyat malaysia tidak akan mudah di tipu lagi. terutama org2 PAS. guna lah segala alat kelengkapan TV3, uTUSAN mELOYA, bERITA hAIRAN DAN LEPAS DAN ARAH LAH MACAI2 DAN PENCACAI2 untuk memujuk Namun untuk berpadu lupakan lah wahai..pemimpin yg ramai terpalit dengan kezaliman/ rasuah dan memperalatkan Agama..

Tanpa Nama berkata...

Selagi syariat Islam dipijak oleh puak sekutu UMNO/UPCO, PAS sudah serik melihat tindak-tanduk mereka terus mempersenda Islam. Tindakan pemimpin atasan akan dicontohi oleh rakyat bawahan.Akhirnya Malaysia akan hancur.

sakyna_80@yahoo.com berkata...

Apa lagi kerat logo PAS, Gantung tempat lain utk kempen menjimatkan.

Tanpa Nama berkata...

Kerat logo PAS, kita guna untuk kempen kawasan lain.

BaDiN berkata...

Memalukan umat melayu je..
Hidung Tak Mancung,
Pipi Tersorong Sorong.

Berdegar Degar Sana Sini Kata Aku Kuat.TAPI Kenapa Nak Bersatu Pulak.
& Dikatakan PAS Sesat Tapi Nak Ajak Berkahwin Dgnnya Pulok.
Cissss Dasar Muka Tembok..

Tanpa Nama berkata...

wahai umngok.. engkau kata PAS (parti Ajaran Sesat)...wat pe nak ajak berpadu, nanti awak akn di katakan pengikut ajaran sesat..tak malu.. memang muka tak tahu malu..cukuplah segala apa yg umngok memfitnah ulama dan org yg nak perjuang islam, cermin lah muka dulu..Biar kami berbaik dengan DAP lebih aula..dari bersama dgn org2 yg nak merosak kan Agama dan bangsa Melayu. dan Ambik ingat bahawa Kelantan adalah negeri yg majoriti Org melayu dan islam..tetapi negeri ini lah siang malam yg di hina ,fitnah dan di pinggirkan,. perjuangan bangsa dan agama apa ini.....?

Tanpa Nama berkata...

kalau dah bahalol, akan tetap bahalol....dulu kini dan selama nya.

harap harap ahli ahli PAS tak buta mata dan hati hingga sanggup di bahalolkan oleh puak yang sudah bahalol.

kulit rupa bahasa mungkin serupa, namun hati dan pemikiran berbeza.

ketahuilah, hanya yang bahalol sanggup bersekongkol dengan kawanan bahalol mereka.

Tanpa Nama berkata...

bubar UMNO, masuk PAS, umat Islam dan Melayu bersatu seperti UMNO mahu, adakah UMNO sanggup?