12 Feb 2013

BN ‘Tunggu Mati’ Di Perak: Analisis Buktikan PR Bakal Menang 40 Dari 59 Kerusi

SSejarah bakal berulang, analisis yang diperolehi daripada pelbagai sumber mengatakan Pakatan Rakyat (PR) mampu memenangi sekurang-kurangnya 40 daripada 59 kerusi Dewan Undangan Negeri Perak pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) nanti. kata Naib Pengerusi DAP Perak, V Sivakumar.

Katanya, rakyat negeri Perak tidak pernah lupa bagaimana mandat yang diberi kepada PR secara demokratik akhirnya dirampas Barisan Nasional (BN) dengan cara yang paling tidak bertamadun.

Beliau berkata, tertubuhnya kerajaan haram Perak yang disusuli krisis perlembagaan membuka mata ramai pihak betapa tamak dan jahatnya tindakan BN dan sejarah hitam itu akan terus berparut dalam sanubari setiap rakyat yang cintakan keamanan dan menjunjung tinggi prinsip Perlembagaan.

“Tambah menyedihkan, niat BN merampas negeri itu dilihat semata-mata untuk membolot kekayaan negeri itu.

“Sebagai bukti, pendedahan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Perak yang lalu menyebut lebih 68,000 ekar tanah di seluruh Perak diberi kepada kroni UMNO-BN dengan harga premium tanah yang terlalu murah,”
katanya dalam satu kenyataan.

Sivakumar juga berkata, terdapat banyak usaha yang diambil kerajaan haram BN Perak untuk mengalih perhatian rakyat daripada isu ini tetapi menemui kegagalan.

“Rakyat Perak sedar bahawa kerajaan negeri hari ini tidak sah atau ‘haram’ di sisi undang-undang dan mereka tidak akan membenarkan keadaan itu berterusan.

“Negeri Perak memerlukan satu kerajaan sah melalui mandat rakyat. BN telah melakukan satu kesilapan besar,” ujar beliau.


Sambil menyifatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membuat perhitungan meleset apabila menganggap ‘rakyat Malaysia mudah lupa’, beliau turut berkata, ia diperkuat lagi dengan bukti bahawa BN tidak berjaya membawa apa-apa perubahan nyata di Perak.

“Banyak slogan retorik seperti ‘Perak Aman Jaya’, ‘Tiada Yang Tertinggal, Tiada Yang Terpinggir’ sekadar omong-omong kosong saja.

“Rakyat dapat menilai, membuat pertimbangan rasional dan membandingkan pemerintahan PR selama 11 bulan dengan BN selepas empat rampasan kuasa.

Rakyat tidak boleh lagi ditipu dengan janji manis yang tidak dilaksanakan,” ujar Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh itu.

Menurutnya, masa yang ditunggu-tunggu rakyat Perak semakin hampir kerana Parlimen dan DUN Perak akan dibubarkan tidak lama lagi.

“PR Perak akan terus berusaha keras untuk menambah bilangan kerusi pada PRU-13.

Pemimpin PR negeri ini yakin bahawa rakyat Perak akan memberi mandat yang lebih besar pada PRU-13 nanti,” tambahnya. -Roketkini

12 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bukan hanya Perak, Putrajaya insyaallah Pakatan Rakyat yang punya

Tanpa Nama berkata...

Semua kerusi Parlimen perlu diberi kepada Pakatan Rakyat untuk mudah ke Putrajaya

Tanpa Nama berkata...

K setuju

kg senduk bg berkata...

mari lah kita sama2 doakan PR memerintah.... setelah PRU 13 neee.... moga2 penuh penjara2 dgn kaum kerabat mereka.... kepada pemimpin pakatan rakyat gerak kerja menjaga peti undi perlu di utamakan dari sekarang... pilih mereka yg tak terima rasuah insyaallah kita akan berjaya

Tanpa Nama berkata...

Dalam masa yang sama,kita jangan terlalu yakin.waspada dan tingkatkan gerak kerja yang patut diutama.Mungkin BN ada strategi walaupun haram disisi undang-undang.Mereka akan lakukan apa saja demi mengekalkan kuasa.Mungkin juga mereka melewatkan PRU 13 kerana sesuatu hal yang belum selesai.

Jesteru dalam senario ini,penyokong PR perlu perbanyakkan solat hajat berdoa kepada Allah taala supaya perancangan mereka tidak berjaya

Tanpa Nama berkata...

Jangan risau Pakatan Rakyat pasti mampu beli semua kerusi yang terdapat di Malaysia. Banyak Dana, banyak wang, banyak segala-galanya.

Hebat Pukatan Rokyat PRU13

Bosan berkata...

Harap pas tidak lupa pepatah melayu yang dikejar tak dapat yang dikendung berciciran
Setelah 3 pru aku juga akan berubah..kalau pru12 ahli umno protes paklah rasanya tak salah kalau ahli pas buat perkara yang sama pada pru13..

BaDiN berkata...

Kain Kapan,Keranda,Lori Jenazah dan Cangkul dah sedia Hanya tunggu nak Isinya saja.Wahai BN jangan takut teruskan keegoan mu Nanti tiada yg nak Talkinkan Kamu.

Tanpa Nama berkata...

Aku yakin PR menang dgn sokongan sahabat di Sabah & Sarawak. Insyallah kita ke Putrajaya. Bangkit rakyat kita bangun untuk robohkan yg korup.

Osama berkata...

Anon 8:28 PM
ABU.. X 100%
Asal Bangang Umno!
Asal Bengong Umno!
Asal Bodek Umno!
Asal Bodoh Umno!
Asal Bengap Umno!
Akhlak Burok Umno!
Asal Bani UMNO?
tu lah Umat Melayu No Otak!
samalah Anon 8:28 Budak Umno

Tanpa Nama berkata...

ahli PAS masuk UMNO dalam TV3 sebenarnya memang ahli UMNO, kalau nak tipu ambillah PSY masuk UMNO baru orang percaya????

Tanpa Nama berkata...

yang sokong UMNO kebanyakkannya penyamun wang rakyat termasuk kebanyakkan JKKKP