20 Feb 2013

[BERGAMBAR] Tiada Keberkatan: Stadium Terengganu Runtuh Semula


Stadium di T'ganu runtuh kali kedua jadi bahan ketawa

Bumbung Stadium Sultan Mizan di Terengganu yang sedang diperbaiki runtuh sekali lagi dalam satu kejadian yang mencederakan tiga orang pekerja tempatan hari ini.

Laporan The Star Online menyebut, struktur besi untuk bumbung stadium tersebut runtuh dalam kejadian pada kira-kira jam 11.30 pagi ini.

Tiga orang pekerja yang terperangkap di bawah runtuhan tersebut berjaya diselamatkan dan dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah.

Laporan itu juga menyebut, pihak bomba dan pois sedang menjalankan siasatan di lokasi kejadian.

Ia merupakan kejadian kedua selepas bahagian bumbung stadium di Gong Badak, Kuala Terengganu itu runtuh pada Jun 2009.

Gambar yang merakamkan kejadian itu beredar pantas di ruang Internet hari ini dan menjadi bahan jenaka di kalangan pengguna media sosial. -mk


Stadium RM300 juta runtuh lagi, MB T’ganu patut letak jawatan


Stadium Terengganu dengan kos pembinaan RM300 juta yang runtuh buat kali kedua hari ini membuktikan pengurusan kerajaan negeri teruk, kata Pengerusi KEADILAN Terengganu, Azan Ismail.

Katanya, berikutan insiden itu, Menteri Besarnya, Datuk Seri Ahmad Said patut malu dengan meletak jawatan secepat mungkin.

“Kalau di negara luar, hari ini berlaku kejadian seperti itu, hari ini juga menterinya letak jawatan sebab malu. Tapi menteri kita tak tahu malu, walaupun dah dua kali kejadian berulang,” tempelak Azan.

Kira-kira jam 11.30 pagi tadi, bumbung Stadium Sultan Mizan yang sedang diperbaiki runtuh sekali lagi dan mencederakan tiga pekerja tempatan.

Ia merupakan kejadian kedua selepas bahagian bumbung stadium di Gong Badak, Kuala Terengganu itu runtuh pada Jun 2009.

“Pembinaan stadium itu diisytiharkan menggunakan teknologi termahal dan tercanggih. Ia melibatkan kos begitu tinggi tetapi dengan pengurusan yang paling teruk, penyelewengan paling banyak dan tidak mengikut spesifikasi,” tegas Azan ketika dihubungi.

Menurut Azan, kejadian itu menyebabkan keyakinan pelabur asing yang berminat untuk melabur di Terengganu hilang serta-merta kerana tidak percaya dengan pengurusan ekonomi negeri.

“Kejadian itu merosakkan pelan jangka panjang negeri untuk menjadikan Terengganu bandaraya pesisir pantai. Secara langsung ia menyebabkan ketakutan kepada pelabur luar untuk melabur. Mana mungkin pelabur yakin apabila stadium runtuh sampai dua kali?” katanya.

“Salah satu faktor berlaku penyelewengan kerajaan negeri seperti ini berpunca dari sikap rakyat Terengganu sendiri yang tidak pernah mempersoal atau mencabar kredibiliti pemimpin negeri, apa Menteri Besar buat rakyat ikut saja,” kata Azan.

Beliau turut memberi jaminan apabila Pakatan Rakyat berjaya menawan Terengganu pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU 13), sebuah badan bebas akan ditubuhkan khas untuk menyiasat dan memantau sebarang penyelewengan dan salahguna kuasa kerajaan negeri.

“Insiden ini mungkin petanda akhir kepada rakyat Terengganu. Runtuhan stadium itu bermakna keruntuhan Umno juga,” kata Azan.
-KD



Gambar Mangsa Yang Cedera Semasa Bumbung Stadium Sultan Mizan Runtuh Tengahari Tadi Di Bawa Keluar Rakan-Rakannya Dan Dikejarkan Ke Hospital. Bumbung Runtuh Sekali Lagi Ketika Kerja-Kerja Naiktaraf Sedang Dilakukan.

foto ehsan: fb kamiboikotbuletinutamatv3

Ulasan GB

GB sudah ulas beberapa kali mengenai kejadian bangunan runtuh di Terengganu. Petikan:

Bayaran tunai diberikan kepada MB Terengganu yang sebelum ini dengan celuparnya menuduh PAS sebagai Parti Ajaran Sesat.

Stadium runtuh diikuti dengan stadium bergelap menyebabkan perbelanjaan berjuta ringgit seperti mencurah garam ke lautan hasil dari tiada keberkatan.

Hukum Kebenaran & Keadilan: Sesuatu yang tidak berkat itu tidak mampu bertahan lama. Ia pasti hancur binasa kesudahannya


10 ulasan:

din berkata...

agak-agak penulis, siapa arkitek rekabentuknya?

Waris berkata...

Kontrektor ali baba

XUMNO berkata...

Sahih Trengganu Darul Runtuh. Harap2 Umno Trengganu pun turut runtuh dalam PRU13 ini.

kg senduk berkata...

sebab apa boleh runtuh? tanya pemerintah... jgn permainkan duit hak rakyat..

Tanpa Nama berkata...

Betul....TIADA KEBERKATAN.

Tanpa Nama berkata...

sebuah cerita jenaka...
runtuhnya, stadium sultan mizan,
mangsa dirawat di hospital sultanah nur zahirah...

WarFitnah berkata...

Stadium BAPAK punya mahal dan canggih pun runtuh macam kena makan anai2 je, persoalan

- kenapa tiada siasatan dari SPRM ??? betul ke dana yg disalurkan digunakan sepenuhnya utk buat stadium??? @ SPRM pun kena suap jugak dgn MB depa tuu???

- Polis yg pegi sana tuu dok lepak2 aje ke sambil2 pekena nasi berlauk je ke, dah tak reti nak buat keje, tak siasat ke dalang2 kontraktor yg mula2 buat stadium tuu??? baik xpayah datang lagi senangkan, resultnya sama je, makan gaji buta ke???

???why why why ??? listen listen listen !!! korupsi korupsi korupsi !!! rasuah sana sini, pihak berkuasa buat tak peduli aje, agak2nya nak tunggu stadium tuu penuh dgn MAYAT org2 trengganu baru nak buat keje ke??? rakyat bayar cukai korang buat laa keje, BODOH !!!

Tanpa Nama berkata...

terengganu DARUL RUNTUH tepat dan tidak perlu dipertikaikan lagi

Tanpa Nama berkata...

hamba rasa contractor kita kurang kemahiran. terutama kontractor Melayu tempatan..agak nya lah..kebiasaan nya projek2 cam ni orang Melayu kita yang dapat..orang tempatan lagi..kat negeri lain pun apa kurang nya..bangunan runtuh..bumbung bocor..jambatan retak..semua ada hehe

Unknown berkata...

Semua orang membuat orang