20 Feb 2013

Akhirnya Nurul Izzah Berpidato Juga Di UM


Universiti Malaya dalam Sejarah.

Anak kepada Mantan Aktivis Mahasiswa Universiti Malaya (Anwar Ibrahim) Nurul Izzah telah berceramah di dalam Universiti Malaya sewaktu seminar Politik dan PRU 13 siang tadi.

Tahniah dan syabas buat Prof Dato' Dr Mohammad Redzuan Othman ,Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial atas anjuran " SEMINAR POLITIK DAN PILIHAN RAYA MENJELANG PRU KE-13"

Sempat beliau beritahu hadirin:

"Saya diminta untuk membatalkan seminar ini oleh Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Pengajian Tinggi, tapi saya tetap bertegas untuk melaksanakannya. Saya kata siapa anda untuk mengarah saya?" Bagi saya mahasiswa sudah matang dan kalau saya seorang 'bapa' dan sering menghalang anak-anak untuk melakukan itu dan ini maka mereka akan jadi bodoh ! Saya hanya memantau dan takkan menghalang. Satu lagi takkan saya nak buat pertandingan Boria pula? Kita sudah hampir nak PRU. Pendidikan dan kefahaman politik itu penting.

Ucapkan terima kasih juga kepada VC kita, Tan Sri Gauth Jasmon. Beliaulah satu-satunya VC yang lain dari yang lain.

Tidak termakan dengan tekanan pihak Kerajaan. -kachipemas

13 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

syabas warga UM..

errmmm bila laa agaknya UiTM nak berubah?

XUMNO berkata...

WOW! Salut dan tabik kepada Prof.Balikkan integriti UM seperti asalnya.Jangan jadikan menteri2 dan pegawai2 kerajaan yang tak cerdik itu merosakkan pusat kecemerlangan akademik seperti yang berlaku pada setengah2 unversiti di negara ini.

Tanpa Nama berkata...

kadang kadang macam tu la dapat aja panggilan dari pejabat tu pejabat ni ada pihak jabatan kerajaan yang rasa takut sangat nak berhujah dengan si pemanggil terus menggigil tak tentu pasal ini yang pemanggil tu suka
masa dah berubah ubahlah

Tanpa Nama berkata...

uitm .....emel jer..link ni kat vc tu...tengok ada berani ka dia bagi....

kg senduk bukit gantang berkata...

saya hanya seorang pesara yg kelulusan tak seberapa... sy bangga kalau anak2 sy dihantar belajar di UM andaikata ada pendidik yg berfikir terbaik utk kemajuan malaysia.... dan meningkatkan kreativiti minda pelajar utk berfikir.. syabas UM jika begitulah sikap pendidik2 anak2 malaysia akan majukan malaysia... selama ini apa teknologi yg malaysia ada... mana istilah transfer teknologi... apa yg negara kita cipta utk dibeli oleh negara luar... senjata api sekecil pistol pun malaysia tak boleh cipta.... ciptaan enjin kereta pun masih bergantung pd teknologi luar.... machine2 dikilang2 kereta siapa yg cipta... wawasan 2020 dah nak hampir apa kemajuan yg kita ada.... perhatikan teknologi korea... kapal terbesar didunia pun mereka boleh cipta.... org dah ke angkasa... malaysia masih ke laut... kalau nak kan kemajuan..pelajar2 di universiti minda mereka harus dibebaskan dari mainan politik.... bebaskan minda pelajar kita demi kemajuan.. insyaallah malaysia akan maju tapi bukan lah 2020 mungkin 2030

Tanpa Nama berkata...

AKHIR NYA PENCERAHAN BERLAKU, MAHASISWA BUKAN ROBOT DAN JUGA BUKAN PUPPET, MEREKA DTG BELAJAR NAK JADI BERGUNA UNTUK AGAMA DAN MASA DEPAN BANGSA DAN NEGARA,BIARKAN MEREKA MEMBUAT HALATUJU MENGIKUTPEMIKIRAN DAN PANDANGAN MEREKA.KALAU MAHASISWA DI KONGKONG SAMPAI BILA NEGARA NAK MAJU.BIAR MEREKA KREATIF DAN ADA IDEA, TERUSKAN LAH WAHAI DEKAN JUGA PENTADBIR UNIVERSITI2 DI MALAYSIA, REZKI ALLAH YG KURNIA BUKAN NAJIB DAN MUHYIDDIN YG BAGI, 50 TAHUN ORG PAS MENJADI PEMBANGKANG MEREKA HIDUP DAN MENYEKOLAH ANAK2 DAN MENANGGUNG KELUARGA...REZKI TETAP ADA. INSYAALAH.

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE berkata...

Salute seluruh keluarga UM.......
salitye,salute,salute

dekat UUM sintok ianya ...listen,listen,listen

Hansley Arnaz Hawana berkata...

Tahniah! Tindakan ini menunjukkan kematangan yang amat luar biasa. Tiada kata-kata lain yang lebih baik dapat diucapkan selain, tahniah sekali lagi. Semoga tindak ini menyedarkan mereka yang selama ini bertindak menurut arahan Firaun. Ingatlah bahawa Allah SWT telah menyeksa Firaun dan para tenteranya, kedua-dua kumpulan manusia ini dibalas neraka. Pilihlah yang mana lebih baik wahai NC dan para profesor kangkung sekelian.

Tanpa Nama berkata...

Kah! Kah! Kah! TEMBELANG JPM DAN KPT SUDAH PECAH! Kah! Kah! Kah! Woit! JPM DAN KPT ARAH BATAL SEMINAR! Kah! Kah! Kah! BETUL KATA PROFESOR TU, PILIHAN RAYA DAH DEKAT, BIARLAH MAHASISWA DIDEDAHKAN DENGAN REALITI POLITIK SEMASA! Kah! Kah! Kah! BUKAN ASYIK DENGAN PROGRAM REALITI YANG BERBENTUK HIBURAN DAN GLAMOUR! Kah! Kah! Kah! SYABAS PROFESOR! SYABAS!

Tanpa Nama berkata...

Akhirnya BN di putrajaya akan tumbang, insyaallah

Tanpa Nama berkata...

UUM MANA BERANI BUAT, BAPA PENYAMUN MALAYSIA ADA DI KUBANG PASU?

Tanpa Nama berkata...

oleh yg demikian, UM sebagai universiti pertama di negeri ini telah mengorak langkah..bagaimana dengan universiti tempatan lain- awam or swasta...bila mau buat?

perubahan perlu dilakukan bukan setakat kosmetik aje..janji itu, janji ini tapi tiada aoa-apa?
mahasiswa/i bukanlah pelajar sekolah yg hanya patuk itu dan ini- perlu kemahiran befikir, synthesis, analysis, and antithesis yg membina bagi membangunkan negara tidak kira bangsa, agama dan pendirian politik- kita semua rakyat malaysia bukan bangla, nepal, vietnam, philipine yg d bagi IC haram untuk mengundi parti SARKIS ITU!!!

Tanpa Nama berkata...

Sebagai bekas pelajar UM, barulah aku rasa sggh bangga dengan U aku nie....shabassss...moga ramai lagi dekan2 yg berani mcm prof kita ni. Yg penakut & rela dijadikan lembu ameno, sila blah dr UM dan masuk kandang UBN!