13 Jan 2013

Najib, UMNO BN & SYABAS Akan Tetap Binasa Jika Terus Guna Isu Air Ugut Rakyat Selangor


Sekumpulan penduduk Ampang dan Cheras yang terjejas dengan krisis air di kawasan tersebut meminta satu siasatan terperinci dilakukan bagi mengesahkan tiada unsur sabotaj berhubung krisis bekalan air di kawasan tersebut.

Pengerusi NGO Hak Air Untuk Rakyat (HAYAT) Arshad Ahamad yang mewakili kumpulan penduduk berkenaan berkata, siasatan itu perlu dilakukan pihak polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serta Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).

"Kegagalan demi kegagalan pada sistem SYABAS (Syarikat Bekalan Air Selangor) dalam tempoh beberapa hari sahaja menimbulkan pelbagai tanda tanya.

"Oleh yang demikian kami mahu siasatan terperinci untuk mengesahkan kejadian-kejadian itu bukan satu sabotaj yang dilakukan oleh mereka yang berniat memburukkan kerajaan negeri Selagor," katanya yang membacakan satu memorandum.

Beliau bersama lebih 40 penduduk lain berhimpun di hadapan Wisma Rozali, yang menempatkan pejabat SYABAS di Shah Alam bagi menyerahkan memorandum tuntutan berkenaan.

Kumpulan penduduk itu hadir ke ibu pejabat syarikat berkenaan susulan kenyataan SYABAS pada Selasa lalu yang menafikan bahawa perkara itu merupakan unsur sabotaj yang sengaja dilakukan pihaknya.

Kumpulan berkenaan turut melaungkan slogan "Hidup rakyat. Hancur SYABAS" dan membawa kain rentang yang antara lainnya dengan tulisan: "Nak selesaikan masalah booster pam pecah Wangsa Maju pun ambil masa lebih 14 hari. Memang tak boleh harap punya SYABAS".

Memorandum berkenaan diserahkan oleh Arshad yang ditemani empat lagi wakil penduduk kepada pengarah eksekutif SYABAS Ismail Hashim.

Ismail semasa menerima memorandum tersebut berkata beliau akan membawa perkara itu kepada pihak pengurusan.

Penduduk di sekitar Ampang dan Wangsa Maju mengalami masalah gangguan air sejak 29 Disember lalu, yang dikatakan berpunca daripada paip di rumah pam Wangsa Maju dan Pudu Hulu mengalami kerosakan.

Dalam sidang media selepas menyerahkan memorandum tersebut, Arshad berkata, pihaknya akan turut mempertimbangkan untuk mengemukakan saman kepada SYABAS sekiranya masalah air tidak selesai.

Katanya, perkara itu akan dibuat dalam masa terdekat sekiranya tiada apa-apa tindak balas daripada SYABAS selepas memorandum itu diserahkan.

"Kita akan mempertimbang untuk saman SYABAS. Insya Allah akan bincang dengan pihak peguam untuk ambil tindakan dalam masa terdekat," katanya lagi.

Ulasan GB

Najib, UMNO BN dan SYABAS akan hancur binasa kerana menjadikan "isu air" sebagai bahan ugutan terhadap penduduk Selangor supaya mengundi BN.

Air adalah hak asasi rakyat,dan sebarang usaha untuk mempolitikkannya akan hanya menyebabkan rakyat menjadi mangsa.

Hukum kebenaran dan keadilan akan mengambil tempatnya kelak! Ketiga-tiga pihak itu akan tetap mendapat balasannya sepertimana janji Allah :


Sambil bersikap sombong di bumi dan berusaha merancangkan rencana jahat, dan tidak ditimpakan dengan rancangan yang jahat itu melainkan orang yang merencanakannya sendiri. Maka tiada yang mereka tunggu melainkan seperti berlakunya kebinasaan ke atas orang yang telah lalu. Kerana engkau tidak akan mendapati perubahan bagi sunnatullah, dan engkau tidak akan mendapati Sunnatullah itu menyimpang. [Fatir: 43]

10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

I baru terlihat berita tv 3 semasa makan di restoran. Isu air ini still hangat diaorang mainkan dan beberapa berita lain saya rasa saya nak komen sikit.

1)Peguam Negara cakap dalam berita TV 3 Undang - undang negara kita ini diiktiraf oleh dunia. Saya betul sikit bukan dunia tapi zionis sebenarnya. Sebab mana ada negara mengamalkan undang - undang menindas rakyat kecuali Zionis.

2)TV 3 mengeluarkan isu mesir dan menghina pemerintahan Hosni Mubarak yang konon dia ni tak pandai menguruskan ekonomi dan beberapa berita negatif. Ini mengesahkan lagi berita TV 3 kerja dengan Yahudi.

Isu air dan penghinaaan pemerintahan Hosni Mubarak ini (berita baru - baru ini) betul - betul menunjukkan UMNO tidak hormat dengan rakyat dan menghina perjuagan umat Islam. pastikan UMNO KO pada PRU akan datang.

muzium padi gunung kheyang berkata...

insyaALLAH, kebinasaan BeEnd akan terjadi,masa akan menentukanya.

Asmah berkata...

Jangan tunggu2 lagi... saman je SYABAS ni bersama Rozali .... minta pampasan dan ganti rugi sekali ...

Tanpa Nama berkata...

ya allah ya tuhanku kau lakhanatkan rozali ni bersama keluarganya termasuk kuncu kuncu yang telah mrngkhianat rakyat negeri selangor dalam isu air ini.wahai rakyat negeri selangor bangkitlah bangunlah marilah kita tangkap pengkhianat yang bernama rozali ini bersama keluarganya .kita seret kedataran merdeka kita hukum rejam keatas semua mereka ini.

Tanpa Nama berkata...

Salam perjuangan

Marilah kita doakan agar Pemerintahn yang zalim ini dibinasakan Allah

Ya Allah Engkaulah Mahazalim dari yang zalim, Engkaulah Maha Perkasa Dari yng perkasa Engkaulah yang Maha Sombong dari mereka yang sombong, Dengarilah dari hambamu rakyat yang dizalimi ini Engkau gantikanlah kepimpinan yang zalim dinegaraku ini YaAllah dengan Kepimpinan dari Kalangan orang yang beriman dan mematuhiSayriatmu amin Ya Rabbal Alamin.

Tanpa Nama berkata...

Amin..Amin...Amin.. mengiringi doa semua di atas demi kebaikan umat, negara dan agama.

Osama berkata...

Ya Allah ya tuhan ku yg Maha memiliki alam semesta ciptaan Mu ini! Jika ada walau sedikit pun amal demi menegakan Kalimah Mu dri hamba2 Mu yg sedang merintih kerna di zalimi, Kau makbulkanlah doa2 mereka kerna Kau lah Maha Pemakbul Pengasih Pemurah lagi Maha Penyayang!
Kau berilah balasan yang setimpal kpd hamba2 Mu yg menzalimi hamba2 Mu juga sedangkan Kau tidak berlaku zalim walhal Kau lah jua Maha zalim kpd hamba2 Mu yg menzalimi diri mereka sendiri!
Amin3 ya Robalalamin..

Tanpa Nama berkata...

Amin ya Rabbalalamin..

Tanpa Nama berkata...

Alhamdullillah!

Kehancuran puak puak munafik dalam negara ini akan menjadi nyata.

Sesungguhnya penganiayaan terhadap orang orang yang tidak berdosa amat di benci ALLAH SWT.

Alhamdullillah!

Tanpa Nama berkata...

Air adalah sumber anugerah Allah untuk manusia. Ttpi BN mengambil kesempatan unt berniaga dengan rakyat apalagi membayar gaji yg tak munasabah kpd pengerusi SYABAS.