13 Jan 2013

[VIDEO] Bukan Orang Melayu, Cina & India, Tetapi UMNO BN Yang Habis Jika PR Menang!

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng memberi jaminan, rakyat yang akan menang dengan kejatuhan Umno dan Barisan Nasional.

"Kita nak bagi tahu, jika Pakatan menang bukan Melayu, Cina atau India yang habis tetapi jika Pakatan menang, Umno dan BN yang habis," kata Lim Guan Eng.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Himpunan Kebangkitan Rakyat HKR112 di Stadium Merdeka hari ini.

Menurut Lim Guan Eng, pemimpin Umno dan MCA dalam BN sentiasa menipu rakyat dengan permainan perkauman mereka.

"Di depan Melayu, mereka kata, bila Pakatan menang, Melayu akan habis.

"Di depan Cina pula, bila Pakatan menang, mereka kata Cina yang habis.

"Yang sebenarnya, jika Pakatan menang, Umno dan BN yang habis," kata Lim Guan Eng.

Dalam ucapan itu juga, Lim Guan Eng memberikan jaminan, Pakatan akan menyediakan Wifi percuma kepada rakyat dengan menyediakannya di tempat-tempat awam jika Pakatan menang.

2 ulasan:

BaDiN berkata...

Parti Cap Keris Telanjang(Lambang Mafia) & Kumpulan kepala Lanun(Dacing)bermata satu(Lambang Dajjal)hayatnya sudah tamat tempoh(exp) & tak perlu di Tatang lagi.Biar mampus tak bertanda.

paktehku berkata...

'Himpunan Shamsidar' yang di sebut dalam berita utama TV di malaysia semasa #HKR112 di Stadium Merdeka ...

Ayuh rakyat Malaysia yang bernama Shamsidar, anda boleh mengemukakan surat bantahan dan menyaman penerbit berita kerana menggunakan dan memburuk-burukkan nama anda....