Meskipun laporan media menyebut Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin telah mencapai penyelesaian kes fitnah RM100 juta semalam, 'perang' membabitkan kedua-dua mereka berterusan di dunia siber.
Kedua-dua Anwar dan Khairy berbalas mesej menerusi Twitter semalam bagi mengatakan kenyataan dan pendirian masing-masing.
Susulan kepada kenyataan pagi semalam, Anwar sekali lagi menegaskan Khairy telah menerima balik kenyataan berbaur fitnah, yang didakwa dibuat lima tahun yang lalu.
"Khairy tarik (balik) fitnah; saya tak teruskan saman," kata Anwar menjawab soalan beberapa pengikutnya yang bertanya apa sebenarnya berlaku ekoran kenyataan yang berbeza.
Tengah hari semalam, Anwar yang juga Ketua Umum PKR berkata, "sila baca kenyataan penyelesaian, bukan Utusan; secara efektif, ia satu tindakan menarik balik (kenyataan)."
Blog Anwar malam tadi menyebut, berikutan kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh Khairy bertentangan dengan keputusan dicapai di mahkamah, satu sidang media akan diadakan pagi ini di ibu pejabat PKR.
Sidang media yang dijangka diadakan oleh Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali antara lain menyentuh kes saman fitnah yang difailkan oleh Anwar dan penyelesaian direkodkan oleh mahkamah semalam.
Dalam pada itu, bekas koordinator media Anwar pula menulis menerusi Twitter, "@Khairykj Tipu. Anwar tidak tarik saman. Ia satu penyelesaian. Terima penyelesaian bukti anda yang tarik balik kenyataan."
Khairy dalam mesejnya menyebut bahawa "beliau saman saya. Beliau menarik balik kes."
Laporan media menyebut kes saman fitnah RM100 juta yang difail Anwar terhadap Khairy pada September 2007 diselesaikan selepas kedua-dua pihak mencapai persetujuan.
Penyelesaian itu direkod Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Su Geok Yiam semasa kes disebut di hadapan beliau.
Peguam Gobind Singh Deo, yang mewakili Anwar memberitahu mahkamah kes itu diselesai memandangkan defendan (Khairy) bersedia untuk mengatakan beliau tidak mengeluarkan perkataan yang menyinggung perasaan.
"Tiada perintah untuk kos," katanya.
Hakim Su turut berterima kasih kepada kedua-dua pihak kerana menjimatkan masa mahkamah. -SH
Anwar dalam samannya mendakwa Khairy, yang ketika itu Timbalan Ketua Pemuda Umno, mengeluarkan kenyataan fitnah terhadapnya pada satu majlis politik di Kuala Kangsar pada Ogos 2007, yang disiar media cetak dan elektronik pada 3 Ogos tahun sama.
Ulasan GB
Ibarat anjing tersepit yang dilepaskan. Kalau dah mengaku kenyataannya itu palsu dan tidak tepat, bererti sudah enggan untuk masuk ke gelanggang, bererti, sudah KO terlebih awal. Selepas itu tuduh pihak lawan yang enggan bertempur. Bangang!

11 ulasan:
bodo dan memperbodokan orang lain...dasar jahannam...
mana dia hitam putih penyelesaian? mana dokumen yg ditandatangani?
mana bukti?
dicadangkan kepada peguam anwar ibrahim agar khairi mestlah membuat kenyataan sebenar di akhbar2 perdana dan media eletronik kerajaan supaya penarikanbalik kes tersebut diketahui umum . Masukkan sekali syarat ini didalam perintah mahkamah semalam .
Biasa lah.
Anjing... di Vietnam, daging Anjing di masak satay dan di makan.
Nama pun Anjing.
Ini sama lah dengan peristiwa peperangan jamal antara Sydna Ali dan Muawiyah juga (didokong oleh Ayisah bagi pehak muawiyah) yang memerentah Syam ketika itu dimana muawiyah yang hampir kalah dalam pertempuran itu telah melakukan muslihat dengan menjunjung Quran dihujung tombak tentera2nya untuk membuat gencatan senjata dimana pendukung sydina Ali telah terpengaruh dengan muslihat itu yang mana akhirnya tentera Ali telah dapat dikalahkan walaupun Ali telah mendesak supaya tidak terpedaya dengan muslihat itu.SAngat elok kalau kita dapat mengkaji peristiwa ini dan kalifah2 sebelumnya atau di blog-blog sejarah yang bagus untuk diteliti.
patutnya anuar terus saja saman kj.baru dia tau.orang macam kj bukan boleh berlembut.
Anjing juga ada masalah
kedua pihak..tak cerdik sebenarnya..selesai..tapi tadak kos..tiada term penyelesaian..apa punya..hal tu?
Inilah masalahnya apabila terlalu baik dengan anjing liar, bila terlepas dari bahaya dia akan gigit kita balik.
KJ adalah satu - satu manusia yang suka nak cari pasal dengan orang. Contoh terbaik orang muda hatinya sudah rosak tak boleh diubati melainkan bertaubat kepada Allah S.W.T. Jadi orang muda yang bijak jangan jadi orang muda macam KJ ini, orang muda yang hatinya sudahpun lebih keras macam batu sepertinya dalam kitab Al - Quran.
Memang jelas KJ ni seorang yang arrogant (bongkak). Itu belum jadi menteri dan PM sebagaimana yang diidamkan.
Catat Ulasan