Isu Nasha tidak rugikan parti
Tindakan Majlis Syura menggugurkan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa dilihat tidak merugikan parti walaupun ada pemimpin bimbang dengan keputusan itu, sebaliknya dilihat usaha terbaik untuk mengelak tindak tanduknya diikuti pemimpin Pas yang lain.
Adun Bukit Tuku, Abdul Fatah Harun berkata, tindakan tersebut juga dianggap tepat pada masanya, melihatkan kepada banyak tindakan Nasharudin yang dianggap mengguris hati pemimpin parti itu.
Katanya, beliau melihat keputusan ini tidak akan menjejaskan parti menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) tidak lama lagi, memandangkan perbincangan sudah dibuat berhubung kesan tindakan ke atas pemimpin tersebut.
Menurutnya, Majlis Syura Ulama telah mengambil kira perkara itu, kerana jika dibiarkan lebih banyak perkara bakal dilakukan Nasharudin seperti mengiringi kepimpinan parti pembangkang ke luar negara tanpa memaklumkan kepada kepimpinan parti.
“Sepatutnya sudah lama beliau dipecat disebabkan tindakan yang dilakukannya selama ini mampu merugikan parti.
“Sebagai contohnya, kita tidak mengalang beliau untuk mengiringi pemimpin parti lain ke luar negara, tetapi beliau perlu terlebih dahulu memaklumkan perkara itu kepada kepimpinan parti untuk mengelak timbulnya fitnah.
“Tindakan itu hanya disedari pemimpin parti Pas, setelah melihatnya gambar beliau bersama pemimpin berkenaan,” katanya, semalam.
Abdul Fatah berkata, Nasarudin agak rapat dengan pemimpin Umno dan itu dianggap bahaya kerana bimbang segala ‘mesyuarat rahsia’ akan dibocorkan kepada mereka.
Menurutnya, Majlis Syura tidak beremosi dalam membuat keputusan, malah dilaksanakan secara matang bagi mengelak dianggap membuat keputusan mengikut perasaan.
Ketika ditanya Sinar Harian kemungkinan Nasharudin akan menukar parti berikutan keputusan tersebut Abdul Fatah berkata, itu tidak mustahil kerana baginya segala kemungkinan boleh terjadi terutama menjelang musim pilihan raya.
Menurutnya, kemungkinan tersebut bukan akan berlaku terhadap Nasharudin sahaja, sebaliknya pemimpin yang tidak berpuas hati dengan kepimpinan parti kebiasaannya menggunakan waktu sebegini untuk menunjukkan perasaan sebenar mereka.
“Pada ketika ini mereka ‘berharga mahal’ semuanya bernilai, apatah lagi jika seseorang itu berjawatan tinggi dalam parti.
“Ketika ini tidak mustahil mereka akan lompat parti kerana akan diterima parti pembangkang, termasuk Nasharudin sudah semestinya Umno akan menerimanya jika berbuat demikian,” katanya.
Abdul Fatah berkata, Nasharudin akan diterima Umno kerana dia tidak lantang bersuara seperti Presiden Jati, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali yang dianggapnya sukar diterima Umno berikutan kelantangan beliau.
Semalam, Setiausaha Majlis Syura, Datuk Nik Zawawi Nik Salleh mengesahkan keputusan pengguguran Nasharudin dari Majlis Syura dan memaklumkan keputusan itu diambil pada mesyuarat 13 Januari lalu yang dipengerusikan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat
10 ulasan:
Tahniah Majlis Syura.pemecatan Nasha dari ahli majlis memang tepat sekali.kalau dibiarkan orang begini dalam majlis,byk masalah akan timbul.
Kepada saya pengguran Nasa kurang tepat pada masa kerana sepatutnya telah lama beliau tolak keluar dari jemaah. Saya memerhatikan susuk Nasa ini sejak bertahun yang lalu dan jauh dilubuk hati, saya kurang senang terhadap firasat saya yang merumuskan bahawa orang ini terlalu bercita-cita tinggi untuk menduduki hiraki teratas.
Saya terhidu bahawa perjuangan beliau adalah untuk diri sendiri dan tidak pasti apa tindakan yang akan beliau lakukan jika kehilangan kuasa.
Akhirnya jelas kepada kita bahawa Nasa bukanlah Khalid Ibn Walid yang terus berjuang walaupun dilucutkan dari menjadi Panglima Perang. Susuk ini, lebih mementingkan jawatan dan sanggup melakukan apa saja demi kedudukan tinggi. Eloklah dia memasuki jemaah UMNO dan karam bersama kumpulan itu.
Setuju sangat sangat, Sebagai pengajaran dan hukuman kepada Ahli parti dan juga Kepimpinan serta bekas pemimpin yang membelakangi kepentingan Jamaah.Kepada yang lain ambillah kes sebegini sebagai Iktibar ,Jangan berlagak dan lebih sudu dari kuah.
Kerana Nila Setitik Rosak Santan Sebelanga.
Kerana Mulut,Badan Binasa.
Berhati hatilah dilain kali wahai En Nasha janganlah pula kamu terpecat dari jamaah pula.jika diteruskan lagi tidak mustahil selepas Pru nasib mu akan senasib dengan En Hasan a/l Ali.
Pada kamu sipendek ni senang aje. kamu ajak jawa selangor seko tu dan lagi satu aku nak sebut pun geli rasanya diperak tu faham faham udah le dan lagi SEKO mamat gila puki filipina tu,kamu tubuh parti baru.aku cadangkan PARTI ANGKATAN AHLI NERAKA.PAAN KAAAAAAA
NASHA BOLEH MASUK UMNO DAN JADIKAN ROSMAH IDOLANYA DALAM NAK MENEGAKKAN ISLAM?
Nak tahu sifat kawan kita, kita kena lihat kawan rapat dia siapa. Memandangkan Ustaz Nasha terlalu rapat dengan Najib yang boleh dikatakan sebagai kawan dia, sudah tentu sifat munafik ada pada ustaz Nasha memandangkan kawan rapat dia tu memang jelas adalah munafik. Ustaz Nasha, pemecetan oleh majlis Syura tetapi tidak gugurkan keahlian PAS adalah memberi peluang kepada anda untuk bermuhasabah diri dan bertaubat kepada Allah S.W.T. kerana bersongkonkol dengan golongan munafik. Kalau itu pun anda tak faham saya saran anda (Ustaz Nasha) untuk keluar PAS dan join UMNO senang cerita kerana anda sudah jadi sebahagian daripada diaorang.
bukan tepat tapi dah terlambat!
munafikun dalam PAS pun jangan di kasi muka!
Setuju dengan Majlis Syura PAS. Ustaz Nashar sejak kebelakangan ini semakin berani menunjukkan keberaniannya bersekongkol dengan kerajaan durjana yang memerintah negara ini, iaitu menjalin hubungan rapat dengan Najib @ pemimpin sekular yang zalim & merampas hak rakyat, sama seperti Israel yang menindas Palestin. Dia sepatutnya bersama PAS dalam perjuangan menegakkan agama Allah, bukannya mengeratkan hubungan dengan pemimpin yang menunjukkan sifat kufur. Kalau dia masih tidak berubah, elok pecat saja ustaz ni.
Amat setuju dengan Anon 6.11. Kenapa berkawan rapat dengan individu yang penuh dengan skandal. Tokoh Munafik tepat sekali sebagai gelaran bagi dia. Hairan jugak kenapa ramai yang masih puja dia, ramai sangatkah munafik didalam Parti PAS?
Bayangkan bagaimana pandangan kaum bukan Islam terhadap Islam dan PAS. Tokoh sebegitu kuat dengan Ajaran Islam masih boleh...... kira dibeli dan dirasuah?
Alhamdullillah !
Tidak sehat membiarkan NANAH dalam tuboh badan.
Catat Ulasan