25 Jan 2013

Awie Semakin Parah, Mahu Buka 3 Lagi Kelab Malam

Ketika tindakan penyanyi dan pelakon Awie membuka kelab malam di Ipoh, Perak dipertikaikan segelintir pihak, vokalis kumpulan Wings itu sebenarnya sudah merancang untuk memperluaskan lagi perniagaannya dengan membuka tiga lagi cawangan baharu.

Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 45, berkata, dia tidak akan mengendahkan kritikan orang sebaliknya mahu mengembangkan kelab malam berkenaan yang dikenali sebagai Malai Rock Station Bistro masing-masing di Kuala Lumpur, Johor dan Kuantan, Pahang tidak lama lagi.

“Jangan melihat perniagaan kelab itu daripada pandangan yang cetek. Ia adalah sebuah perniagaan dan saya telah melabur ratusan ribu untuknya.

“Malah saya juga merancang untuk kembangkan lagi perniagaan itu pada tahun ini selepas mendapat respons baik daripada pengunjung di Ipoh,” katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Rabu.

Awie berkata demikian sebagai mengulas laporan beberapa portal susulan perasaan tidak puas hatinya dengan pihak media yang bertanyakan perkara tersebut semasa malam gala filem Hantu Kak Limah 2: Husin, Mon & Jin Pakai Toncit dekat sini malam Selasa lalu.

Awie menegaskan, masyarakat seharusnya berfikiran terbuka dan tidak mudah menjatuhkan hukum hanya kerana dia berstatus selebriti.

“Saya bergiat dalam bidang hiburan dan tidak tahu cabang perniagaan lain melainkan cabang ini sahaja (membuka kelab malam). Takkan saya hendak jual nasi lemak yang saya tidak tahu caranya?

“Jadi apa salahnya saya jalankan perniagaan berasaskan hiburan? Jangan persoalkan mengenai hukum hakam hanya kerana saya seorang artis?” jelasnya dalam nada kesal.

Tambahnya, perniagaan pusat hiburan bukanlah sesuatu yang baharu dan sudah ramai ahli perniagaan Melayu lain turut menjalankan perniagaan berasaskan hiburan seperti itu.

“Teruk sangat ke buka kelab malam? Apabila saya yang buka, semua mempertikaikan saya? Sedangkan benda ini bukannya baharu.

“Di luar sana, lebih ramai orang Melayu yang berniaga kelab, hotel dan pusat hiburan lain tetapi kenapa tidak dipertikaikan?

“Saya hanya berniaga bagi meneruskan kelangsungan hidup dan mencari rezeki untuk diri dan keluarga, apakah itu salah?”
soalnya yang berharap isu ini tidak diperbesarkan lagi.

Sementara itu, mengenai watak Husin dalam filem sekuel kepada Hantu Kak Limah Balik Rumah yang dilakonkannya itu Awie berkata, komitmen pada kali ini adalah lebih mencabar kerana dia perlu menterjemahkan Husin yang berada dalam kedukaan selepas diisytiharkan muflis.

“Penceritaan filem kali ini lebih bersahaja tetapi berat.

Watak Husin tidak jauh berbeza berbanding filem pertama Hantu Kak Limah Balik Rumah sebelum ini.

“Cuma pada kali ini dia kurang ceria kerana berada dalam keadaan murung dan bersedih selepas diisytiharkan muflis,” katanya yang baharu menamatkan penggambaran filem Zombie Kilang Biskut. -mstar

Ulasan GB

Mencari rezeki dari sumber yang haram untuk diberikan kepada anak isteri. Kerana bergelar "selebriti", tak mahu berniaga nasi lemak (atau setidak-tidaknya belajar caranya untuk berniaga benda yang halal).

Mujurlah Awie tak pilih Pakatan Rakyat, tetapi pilih UMNO... sehati sejiwa dengannya... kata TDM, UMNO parti syaitan yang dikenali...

Tindakan Awie itu mengesahkan kata-kata TDM tersebut.

Bukan saja tindakan awie, malah media massa arus perdana seperti Utusan dan kumpulan NST, RTM dan Media Prima kesemuanya terlibat menyiarkan perkara-perkara fitnah yang merupakan resipi harian mereka untuk rakyat. Kesemuanya pendonkong UMNO. Begitu juga para blogger pencacainya, mencarut, memaki, menyiarkan gambar2 seks dan lucah... pekerjaan-pekerjaan apakah itu kalau bukan syaitaniah?

Bagaimana tuan-tuan mufti dan para agamawan dalam UMNO? Setuju bahaw parti tuan-tuan adalah parti syaitan yang dikenali?

25 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ko fikir bukak kelab malam utk berpesta dan berunsuru maksiat tu Allah tak nampak ker Awie? Malaikat tak tulis ke amalan ko?

ko nak kejar dunia sampai ke mana Awie?
seboleh2 nya kita yg dah berumur menjangkau ke tua, lbh byk buat amalan baik dan sedaya upaya hindarkan benda2 berunsur maksiat.cuba ko panggil mufti Harussani baca tahlil merasmikan kelab malam ko tuh....lantak ka laa

Tanpa Nama berkata...

As Salam,
Awei,ko ni agama apa?Klu Islam rujuklah dgn
Al-Quran dan bertaubatlah sebelum maut dtg menjemput Bro....
Wasalam.

Tanpa Nama berkata...

ayahanda awie woii.. cite ko ni boley bikin umno bungkus..! kelab malam tokey melayu yg jd customer cuma org melayu sendiri. org cina india x kan dtg punye.. lantaklah ko selebriti ka apa ka..! usahalah cari biznes lain yg x melalaikan bangsa melayu. Jgn jd pemalas bro..

Tanpa Nama berkata...

Umnooo boleh heeeeee.dunia tak ingat hari kematian

Tanpa Nama berkata...

Mamat nih bila bercakap macam tak pakai otak...maaf cakaplah dia ni belajar pun tak tinggi, mengaji agama Islam pun belum tahu takat mana, ada juga Persatuan dakwah Islamiah Perak angkat mamat ni jadi ikon...nauzubillah minzalikh...Dunia akhir zaman nih..macam-macam..Sebagai rakyat Perak, wa nak beritahu kat mamat nih...kami rakyat Perak tak sior kehadiran kamu yang menyesatkan anak muda kami dengan hiburan dan benda-benda lara...nak buat-buat le kat tempat kamu kat KG Baru atau kat tempat tinggal kamu...mengaku aje Melayu Islam tapi keperibadian tak mencerminkan seorang Islam pun...

Tanpa Nama berkata...

ilang respect aku. . . sedar ke tak Awie dengan kenyataannya. . . Tergamam aku . . .

Tanpa Nama berkata...

Bro Awie.. You ni poyo

Cucu Tok Ali berkata...

Kesian, itulah saja yang dapat kita katakan kepada Awie. Kesian kerana ceteknya ilmu agama dan lebih memandang dunia dari akhirat. Semoga Allah memberi hidayahNya kepada Awie. Semoga Awie nampak jalan yang lebih terang berbanding dengan jalan maksiat melalui kelab malamnya. Amin!

suahati berkata...

dah dapat lesen dari kerajaan utk bukanya.....kira sah tuuuuu pinta dia minta tanda cop HALAL lapulak dari JAKIM.......hehehehe

Tanpa Nama berkata...

Minta fatul bari ulas

Tanpa Nama berkata...

Gitaris Search Din & Kid elok je buka bisnes yg bukan hiburan. Mcm Din search buka kedai bundle, Kid Search buka kedai kopitiam bangi.

Bro Awie ni x betul la klu bro kata x tau nk buat bisnes lain..

Tanpa Nama berkata...

hhahahahah mamat ni kan ayahnda perkida hahahahh mcm ni ke kita nak respect org perkida kata dlm wadah perjuangan tolong anak bangsa sendiri malah merosakkan bangsa sendiri adalah hahahahahah hang pukui sana hang pukui sini hampeh perkida duk bernaung bwh Umno skrg wooooo.......

Tanpa Nama berkata...

Sebab itu dia tak nak jadi ahli PAS.

Tanpa Nama berkata...

pakai nama rezeki?...macam lahnat!
samerla mcm drama pkai tagline terima kasih Allah..dlm drama skit aurat pun tak tutup...why malaysian u became like this?

Tanpa Nama berkata...

Kelab malam ni jual teh tarik ke...atau....???

rosihan berkata...

anak didik umno

Budak longkang berkata...

Tak per bro.kn kte skrang zaman transformasi.so jdik je mcm transformer tuh.carenyer ginie.mudah hamat keh keh keh.mule2 transform dr rumah fesyen ke keberet.melalalak,tunggang tbalik,tonggeng sebtol 2,pape jenis hntam sajer.jnji ade rasa air kencing umno huargh3.lps trnsform jd plakon lucah,tatam sana sini,monggolia pun bley hehehe,ader org bn suke sgt tuh smpai thp hncur lunyai ditaramnye,perghh,lps tu transfrm lak jd bruce lee,ge sepak anakbini,then trnsform lak jdik imam mude or tue ke,pape lah n go to the masjid coz dah time makbul doa utk qiamullail keh keh.kn waktu dah dkt nak subuh.itulah agaknyer islam had-hari.ade had n hari.kn najib dlu pnasehatnyer.kahkahkah.ini namenye islam transformer,kpi,one malaysia.tak caye tnyer dalil kat putu bari yg bru pasang tayar baru tu.wakakakaka.so ni peraduan mereka cogankata utk mazhab kat atas.sape bley reke ngn baik dpt vcd rosmah bollywood.pnyertaan terhad taw.cpat.kah kah kah kiokkkkkk

Tanpa Nama berkata...

Masya ALLAH !

Mohon Allah beri kan hidayah balik ke pangkal jalan ikuti Sunnah dan Quran.

Roza berkata...

Dalam sebuah hadith Rasulullah s.a.w. bersabda :
Bermaksud: "Akan datang suatu zaman ke atas umatku di mana seseorang itu tidak peduli dari usaha apakah harta yang dimilikinya itu sama ada secara halal atau pun haram".
Allah SWT tidak akan melepaskan hamba-Nya daripada siksaan di hari akhirat kelak sekiranya harta benda yang dimilikinya ketika di dunia diusahakan daripada pekerjaan yang tidak halal. Oleh kerana itu, sebagai seorang yang beriman kita tidak seharusnya melakukan pekerjaan di premis-premis arak, judi, pelacuran dan sebagainya yang salah di sisi syariat. Bekerja di premis-premis seperti ini hanya akan mendatangkan sumber pendapatan yang tidak mendapat keberkatan di sisi Allah SWT. Hasil usaha yang tiada keberkatannya ini sudah pasti akan memberikan banyak kesan buruk di dalam kehidupan kita sama ada di dunia ini mahupun di akhirat nanti. Rasulullah s.a.w. bersabda ;
Maksudnya; "Setiap daging yang tumbuh dari pekerjaan yang haram, maka neraka itu lebih utama baginya". (Riwayat Tarmizi)

Tanpa Nama berkata...

mudahan saudara awie diberi petunjuk, taufik dan hidayah untuk kembali ke pangkal jalan, masih banyak perniagaan lain yang halal dan memberi manfaat kepada masyarakat.

gengster melayu alaf baru. berkata...

Mana majlis fatwa?takkan bersih untuk tuntut keadilan dr spr itu haram dan kelab mlm yg bnar2 haram tak kluar fatwa....ini hasil pmerintahan umno d mana mahathir cakap ratu cantik tdk haram...

muzium padi gunung kheyang berkata...

bangsa umngok mana fikir halal haram,
dari presiden sampai ke macai!

iajh berkata...

Tokwan aku pesan, kalau kita tak cerdik tak apa tetapi jangan sampai orang panggil kita bangang !
( Kesian emak yang mengandungkan kau )

Tanpa Nama berkata...

Kelab mlm dia ada nasyid kot..ha ha,cian cri mkn cara begini..lalaikn org melayu islam dgn hiburan haram,fikir bro jgn poyo sgt..

Tanpa Nama berkata...

org bina masjid,ko bina kelab mlm.pegi jahanam la dgn dunia ko 2