14 Dis 2012

Utusan Kalah Lagi, Diperintah Bayar RM50K Kepada Karpal Kerana Fitnah

Mahkamah dapati artikel Utusan ‘berniat jahat’, Karpal terima RM50,000

KUALA LUMPUR, 14 Dis — Mahkamah Tinggi hari ini menganugerahkan RM50,000 kepada Karpal Singh dalam bentuk ganti rugi setelah mendapati Utusan Malaysia memfitnah beliau dalam artikel pada tahun 2008 dimana akhbar tersebut mengatakan pengerusi DAP itu menolak Islam.

Hakim Nik Hasmat Nik Mohamad, semasa membaca hujah penghakimannya berkata, walaupun akhbar berbahasa Melayu itu sudah menarik balik dan memohon maaf dalam tempoh 24 jam selepas penerbitan, artikel itu menimbulkan rasa benci orang ramai kepada Karpal.

Beliau berkata, tarikh penerbitan artikel tersebut pada 25 Ogos, 2008 — sehari sebelum pilihan raya kecil Permatang Pauh, dan disiarkan oleh media arus perdana itu menunjukkan ia “berniat jahat”.

“Pada pandangan plaintif, sebagai pemimpin dalam Pakatan Rakyat (PR), dan pada masa artikel itu diterbitkan, ia dilihat sebagai cuba merosakkan peluang kemenangan,” kata hakim tersebut.

Karpal memfailkan saman RM10 juta kepada Utusan Malaysia pada 2008, dengan berkata kenyataan beliau disalah tafsir dalam artikel yang ditulis oleh pengarang berita Zulkifli Jalil.

Dalam artikel “DAP diingat jangan bakar perasaan Melayu” berdasarkan kepada ucapan Karpal pada Konvenyen Nasional DAP ke 15 pada tahun itu dimana Zulkifli sengaja mengatakan ahli politik tersebut menolak Islam sebagai agama Persekutuan. -TMI

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Hukuman Allah telah dijatuhkan ke atas "Utusan Menipu" lagi. Padan muka kau!!! Inilah akibatnya kalau nak sangat jadi "Penyebar Fitnah Dajal yang bertopengkan Penyebar Fikiran Rakyat". Elok gulung tikar saja drpd hidup dengan duit haram.

Tanpa Nama berkata...

KAPOK KUE UTUSAN

Tanpa Nama berkata...

tak serik lagi tu

Osama berkata...

ko Be End Be End ko
ko ko
ko utusan merapu.
ko ko
umno ko

Tanpa Nama berkata...

Utusan Melayu tak takut bayar saman asalkan fitnah dapat disebarkan.Siapa di belakang mereka? Jika tak UM dah lama bankrap.

Tanpa Nama berkata...

bukankah fitnah itu umpama memanan daging saudaranya sendiri...