14 Dis 2012

Mahathir Sindir Rosmah, Ingatkan Kedudukan Najib


Akibat menonjol melebihi suaminya, Datin Seri Rosmah Mansor menjadi bahan sindiran mantan Perdana Menteri (PM), Tun Dr Mahathir Mohamad.

Terbaru, isteri Datuk Seri Najib Razak itu sekali lagi mengejutkan rakyat dengan penghasilan buku biografinya yang dikatakan ‘menjawab secara telus’ isu dakwaan kononnya fitnah ke atasnya.

Mahathir dilapor berkata, isteri PM itu berhak untuk menonjol setinggi mana sekalipun.

Beliau ditanya mengenai pandangan sama ada profil Rosmah menjadi tinggi berbanding isteri PM sebelum ini.

“Tidak ada format standard untuk dipenuhi sekiranya anda menjadi isteri kepada Perdana Menteri. Anda boleh menonjol semahunya,” kata Mahathir dipetik.

Mengulas isu ini, Ketua Srikandi KEADILAN, Siti Aisyah Shaik Ismail berkata, kenyataan Mahathir yang memberikan ‘lampu hijau’ untuk Rosmah menonjol semahunya adalah sindiran jelas dan peringatan kepada Najib.

“Mahathir sebenarnya mahu ingatkan Najib bahawa tidak ada isteri PM yang lebih menonjol daripada Rosmah,” kata Aisyah ketika dihubungi.

“Semua rakyat tahu kedudukan Rosmah seperti PM. Tapi perkara ini dipandang sepi oleh Umno. Sebab itu Mahathir ‘membenarkan’ Rosmah ke depan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau mengingatkan Rosmah supaya sedar siapa dirinya sebelum rakyat menghukum kesombongannya.

“Kalau ikutkan, Rosmah baru sahaja beberapa tahun jadi isteri PM. Isteri Mahathir, (Tun) Siti Hasmah (Mohd Ali) pun tidak sepertinya yang lebih lama menjadi isteri PM.

“Akibat keangkuhan itu, rakyat akan hukum Najib yang akhirnya kalah pada pilihan raya akan datang,” ujar Aisyah. -KD

Dr M: Rosmah berhak menonjol semahunya

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor berhak untuk menonjol setinggi mana sekalipun.

Mantan perdana menteri itu ditanya mengenai pandangan sama ada profil Rosmah menjadi tinggi berbanding dengan isteri perdana menteri sebelum ini.

"Tidak ada format standard untuk dipenuhi sekiranya anda menjadi isteri kepada perdana menteri. Anda boleh menonjol semahunya," katanya selepas satu majlis di Malaysian Petroleum Club di ibu negara hari ini.

Dr Mahathir juga berkata Rosmah mempunyai hak untuk menepis dakwaan terhadapnya melalui buku biografi yang dijangka akan diterbitkan bulan depan.

Dalam majlis pra-pelancarannya semalam, buku setebal 164 halaman itu dipromosi sebagai penerbitan yang "bakal menjawab secara telus" isu serta dakwaan fitnah yang dikaitkan dengan isteri perdana menteri itu.
-mk

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

bukan saja menonjol tapi dah terjojolsikit lagi kojol5

Tanpa Nama berkata...

Antara faktor bertambah2 gua tak mau sokong UMNO, dia ni le.

Tanpa Nama berkata...

bukan salah rosmah ajer...salah kita yang tak ada keberanian untuk menjatuhkannya di luar pilihan raya... mengapa dia diberi air time di TV? di media lama dan baru?? di mana2 saja...??? jawapannya: tukang kipas terlalu ramai... takut kedudukan terancam maka sentiasa mengipas dan menjilat...rakyat marhain menunggu org paling layak dan berani menolak rosmah ni...bila ye?

Tanpa Nama berkata...

Tunggu dgn sabarrrrr.

Tanpa Nama berkata...

sesape yg waras pun tau tindak tanduk si rosmah ni sebenarnye menyusahkan najib dan umno. tapi bile najib sendiri diam, yg lain pon pakat diam jugak kononnya menyokong ketua mereka. padahal nak membodek dan jaga kepentingan..puiii

bagus2, teruskan kah kah kah

Osama berkata...

menonjol, terjojol, benjol & ko Be End Be End ko umno ko ko kojol