Kuala Lumpur: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memutuskan penangkapan terhadap dua Naib Presiden pas, Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub pada hari Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu adalah salah. Gambar fail
Sehubungan itu mahkamah mengarahkan kerajaan membayar gantirugi kepada kedua-dua mereka masing-masing RM70,000.
Mahfuz dan Salahudin sebelum ini memfailkan saman malu terhadap empat pihak ekoran penangkapan salah terhadap mereka itu.
Saman itu difailkan terhadap Kerajaan Malaysia, Ketua Polis Negara, Ketua Polis Daerah Brickfields dan seorang anggota polis, Inspektor Mohd Zaid.
Mereka menuntut ganti rugi am, ganti rugi teruk dan gantirugi teladan, kos serta lain-lain relif atau perintah yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.
Pada 9 Julai lalu, mereka ditahan di Stesen Sentral Kuala Lumpur ketika perhimpunan Bersih 2.0.
Penahanan tersebut adalah di luar kawasan yang diwartakan polis sebagai kawasan larangan untuk dimasuki oleh beberapa individu termasuk mereka.
Mereka ditangkap kira-kira pukul 11.50 pagi sebelum ditahan hampir 10 jam di lokap polis di Balai Polis Jinjang. -HD

2 MP PAS berjaya tuntut gantirugi kes BERSIH 2.0
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memutuskan penahanan dua Naib Presiden PAS Salahudin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar sewaktu perhimpunan BERSIH 2.
0 dilakukan secara salah.
Hakim Dr Prasad Sandosham Abraham juga memutuskan supaya kerajaan dan Polis DiRaja Malaysia supaya membayar RM70,000 setiap seorang daripada mereka.
Keputusan itu dibaca di Mahkamah Tinggi Shah Alam memandang Dr Prasad kini ditugaskan di mahkamah tersebut.
Peguam Zulhazmi Shariff ketika dihubungi Malaysiakini berkata kedua-dua pemimpin PAS itu memfailkan tuntutan sivil meminta gantirugi kepada Kerajaan Malaysia dan PDRM ke atas penahanan salah terhadap mereka sewaktu perhimpunan itu.
Tuntutan itu difailkan pada 8 Ogos 2011 di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. -mk
4 ulasan:
Secara halusnya, Polis berjaya kenakan Menteri BODO tuuu kerana tangkapan tuuu diluar kawasan yang diwartakan.
UMNO BODO "Dulu, Kini & Selamanya"
Harap mahkamah mempercepatkan kes2 saman pemimpin2 Pakatan terhadap kerajaan UMNOBN, Utusan, Berita Harian, The Star, TV3/4. Kita memang menanti2 puak2 yang baik hati ni "menderma" untuk belanja wang pertaruhan calon2 Pakatan pada PRU13 nanti.
TAHNIAH MAHFUZ REZEKI DIBERI OLEH ALLAH BUKAN UMNO....
Alhamdulillah dan tahniah. Banyak dah kes yg membuktikan salahguna kuasa KERAjaan umnoapco Be eNd. Namun rakyat terbanyak masih belum sedar . Moga ALlah kurniakan kebaranian dan kekuatan kepada rakyat Malaysia utk menguburkan umnoapco be end selamanya dlm PRU 13 ini nanti dan rakyat mendatang akan mennenang mereka sebaris dgn Firaun, Haman, Namrut, Mubarak dan penzalim-penzalim yg lain, insya ALlah, amien!
Catat Ulasan