Maaf?…, tiada maaf bagi mu UMNO-BN, kerana kesalahan yang kamu (UMNO-BN) lakukan bukan sekali malah banyak kali sejak 55 tahun memerintah.
Kalau rakyat masih boleh memaafkan UMNO-BN, bermakna rakyat tidak sensitif atau merelakan apa saja kesalahan yang dilakukan pemimpin UMNO-BN sebelum ini.
Boleh dikatakan hampir setiap kali dalam 12 kali pilihan raya umum pelbagai penyelewengan, salah guna kuasa dan rasuah yang dilakukan pemimpin UMNO-BN, tetapi rakyat masih ‘merelakan’ UMNO-BN memerintah negara ini.
Ia jauh berbanding sikap rakyat dan pemimpin negara lain, mereka akan tukar kerajaan atau pemimpin meletakkan jawatan jika berlaku dan melakukan penyelewengan, salah guna kuasa atau rasuah.
Hanya pada PRU-12, hasil kerjasama tiga parti dalam Pakatan Rakyat (PR) iaitu PKR, DAP dan PAS, menampakkan rakyat semakin sedar dan mahu menukar kerajaan sebab itu UMNO-BN kehilangan dua pertiga majoriti.
Kalau tidak lama dulu, UMNO-BN dihantui isu BMF di Hong Kong, kini banyak lagi penyelewengan yang didedahkan menjelang PRU-13 tidak lama lagi, termasuk isu pembelian kapal selam Scorpene, projek ternak lembu NFC (National Feedlot Corporation) dan PKFZ yang membazirkan ribuan juta wang rakyat.
Mungkin rakyat maafkan UMNO-BN kerana mereka tidak faham bahawa duit yang diseleweng atau ‘disonglap’ pemimpin UMNO-BN itu duit mereka sebab itu UMNO-BN masih dipilih memerintah negara.
Rakyat baru bangkit dari tidur
Bagaimanapun pada PRU-13 nanti mungkin berlainan, rakyat sudah sedar dan faham, mereka dilihat mula bangkit daripada ‘tidur’ tidak lagi akan mengizinkan wang rakyat dibelanjakan diselewengkan sewenangnya walaupun UMNO-BN mengumpan mereka dengan pelbagai habuan termasuk BR1M, baucer buku 1Malaysia, bantuan RM100 kepada pelajar sekolah dan Skim Tayar 1Malaysia untuk pemandu teksi.
Mereka mula yakin kepada Pakatan Rakyat apabila kerajaan negeri yang diperintah PR membuktikan pemimpin mereka bersih, tidak menyeleweng dan rasuah seperti yang diperakui menerusi laporan Ketua Audit Negara terhadap prestasi kewangan negeri Pulau Pinang, Selangor, Kedah dan Kelantan.
UMNO-BN lemas, Najib sanggup bersumpah
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib nampak semakin ‘lemas’ sebab itu merayu supaya rakyat memaafkan mereka sekali lagi pada PRU-13 nanti untuk membolehkan UMNO-BN membaiki kesilapan atau terus sebaliknya terus melakukan kesalahan yang sama.
Rayuan Najib itu bukan pertama kali, malah sudah acap kali dilafazkan termasuk ketika melakukan lawatan rasmi ke Kelantan, Kedah dan Selangor sebelum ini.
Pemimpin PR juga sudah berjanji akan memerintah negara lebih baik daripada UMNO-BN sebagaimana yang dibuktikan di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan dan jika mereka gagal rakyat boleh menumbangnya semula pada PRU-14.
Sekarang rakyat juga sedar, mereka kini dibebani dengan pelbagai masalah termasuk harga barang mahal, minyak mahal, gaji rendah dan pelbagai hutang, tidak termasuk terpaksa membayar cukai, kompaun saman polis, JPJ dan yang termasuk menerusi Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang diharamkan di negeri yang diperintah PR.
Jauh panggang daripada api berhubung dakwaan UMNO yang mereka membela bangsa Melayu, agama dan negara kerana Kelantan yang diperintah Melayu juga dizalimi, mengutuk pari yang memperjuangkan Islam dan menjahanamkan negara menjadikan wang rakyat macam wangnya sendiri.
UMNO-BN cukup takut kalah PRU-13
Atas alasan itulah menyebabkan UMNO-BN cukup takut akan tewas pada PRU-13 nanti sebab itu mereka bertekad akan melakukan apa saja untuk kekal memerintah negara.
Sebab itu juga mereka mula memainkan sentimen agama, perkauman dan mengugut rakyat supaya takut memilih PR pada PRU-13 nanti.
Sebagai rakyat Malaysia, pencapaian kewangan negara dengan hutang yang begitu banyak tidak langsung membolehkan ia dibanggakan berbanding pencapaian beberapa negara jiran, termasuk Singapura yang tidak mempunyai banyak hasil tetapi sudah begitu jauh meninggalkan Malaysia.
Pada saat genting setelah tahu UMNO-BN akan kalah pada PRU-13, barulah Presiden UMNO sanggup bersumpah dengan nama Allah dan Rasul berjanji terus mendahulukan kesejahteraan rakyat, memartabat rumpun Melayu, membenteng akidah umat dan memelihara agama Islam.
Bagaimanapun, rakyat diharap tidak termakan dengan janji manis UMNO-BN itu, malah membuka pintu hati untuk memberi peluang PR menterjemahkan amanah rakyat dengan lebih baik, termasuk menurunkan harga petroleum, membayar royalti minyak sehingga 20 peratus kepada negeri pengeluar minyak, hapus PTPTN yakni pendidikan percuma, gaji minimum RM1,200 sebulan, harga kereta lebih murah dan hapuskan tol. – Roketkini
17 ulasan:
Kita sesama Islam maaf memaaf adalah tuntutan agama kita, TAPI undi tetap PR.
Kamupun Najib udah tak ada suara selepas PRU 13 nanti, mahu diganti dengan Muhidin pula jd Ketua Pembangkang.
TUMBANGKAN UMNO/BN.
Selamat melangkah ke gerbang kekalahan buat UMNO-BN. Allah telah memilih anda untuk memerintah bumi Malaysia ini selama bertahun-tahun supaya anda dapat memacu negara ini menjadi sebuah negara yang aman, makmur, merdeka dari segi minda dan perasaan serta diperintah oleh undang-undang ciptaanNya, tapi apa yang anda telah lakukan? Anda telah menolak Islam sebagai jalan hidup, memancing rakyat dengan pelbagai janji manis yang kemudiannya dilupakan, menyalahgunakan hasil kekayaan negara untuk kepentingan diri dan kroni, menyalahgunakan media untuk memfitnah PR dan melembukan rakyat, dan sangat banyak lagi. Jika benar anda tunbang menyembah bumi, sudah tentu ia menjadi peristiwa bersejarah di bumi Malaysia & ia mesti dimuatkan dalam buku subjek Sejarah untuk diajar di sekolah.
Maaf orang beriman, bila minta maaf dia tidak akan buat kesalahan lagi dan kesalahan yang telah dibuat akan diperbetulkan. Ini sudah banyak kali minta maaf. Bila diberi peluang, masih buat kesalahan yang sama malah lebih teruk lagi.
Dosa kpd Allah sudah pasti Allah mengampuninya jk bertaubat..tp jk dosa thadap manusia dgn memakan hak2 rakyat tentu kamu dlm masalah yg besar.. Kemaafan yg kamu pinta bagaimana caranya utk dimaafkan? Kamu membayar balik semua penyelewengan? Bagaimana mrk yg teraniaya oleh tindakan kamu? Apa tindakan kamu seiring dgn pmohonan maaf itu? Tunggulah kami semua hamba rakyatmu di padang mahsyar nnt..kelak kita tahulah apa nasib kamu dan kita semua pd ketika itu...
Rakyat seharusnya memberi pula peluang kepada PR untuk mentadbir urus negara ini. Sudah 55 tahun UMNO/BN memerintah kita melihat pelbagai kesukaran ditanggung oleh rakyat.Jadi apalah salah kita positifkan minda kpd PR.Penjawat2 awam dan swasta KEKAL cuma pengurus yg bermasalah yg nak digantikan.
Memang PM ni keturunan PARIA @ MUNAFIKUN. Mulut dok ucap TOLAK FITNAH TETAPI waktu dok ucap, dok fitnah DSAI. Haramjadah punya PM. Lidah Biawak, bercabang dua.
Minta maaf???? Haramjadah ni mana ada insaf. Orang yang insaf tidak akan berbuat fitnah terhadap orang lain. Kalaulah Melayu masih menaruh kepercayaan pada haramjadah ni, memang benarlah bahawa Melayu ni mudah lupa atau lain perkataan, BODOH DAN BANGANG.
Ya, Allah swt, jauhilah kami dari sifat munafik dan lindungilah kami dari puak munafikun ni. Hancur dan Jahanamkan mereka ni demi menjaga MARUAH ISLAM, iaitu agamaMU, ya Allah swt. Kami tahu kami tidak perlu berbuat sedemikian kerana yang berkuasa sepenuhnya ialah Mu, Ya Allah swt.
Kami maafkan UMNO slps jadik pembangkang..tq. Pilih saja 'RESORT' mana lu org nak bercuti.. sungai buluh, pulau jerjak.. cakap saja..
btl x kwn2..kita sponsor mkn apa,sewa free.
Tukar shj
Kesian kat mak cik FELDA yang masih tidur, dan MELAYU yang akan hilang kuasa.... sudah tu sudah la....cuba tengok Selangor,Penang,Kedah dan Kelantan, berubahlah... selalu guna serbuk cuci BN, dah tak elok dah, cuba pula guna serbuk cuci PR.... try dulu.... depa puak PR buat karut,...5 tahun nanti kita kalih parti cap ayam ka cap Lembu ka....sebagaimana kata Tn Hj Mat Sabu
kalau sekadar mohon maaf, tapi tindas rakyat dengan PTPTN, AES, pengangguran siswazah IPT.... tak guna sokong BN
kalau pemimpin Jepun minta maaf bagaimana???
boleh nak maafkan, tapi pulangkan dulu duit dan segala yg kamu rompak sebelum ini, segala hasil bumi spt balak, minyak, tanah2 rizab org melayu yg kamu gadaikan utk mengkayakan kroni, projek gajah putih yg rugi bilion2, padang2 golf dan litar lumba yg hanya golongan elit dpt jejak kami, pulangkan semuanya, kami rakyat marhaen nak balik.
tu sorang mamak ex-ketua kamu yg kamu masih buat penasihat, yg hina Rasullullah SAW sampai sanggup kata nabi taruh janggut pasai tak ada pisau cukur gillete, hina AlQuran kata AlQuran perlu ditafsir semula, hina hukum Allah kata jika hukum hudud dilaksana, habis semua org kudung tgn. aaahh banyak sgt tak larat nak tulis.
jadi org melayu jgn jadi bodoh, jgn jadi melayu yg mudah lupa!
Lagu untuk UMNO
Bila Izrail datang memanggil
Jasad terbujur di pembaringan
( 2X )
Seluruh tubuh akan menggigil
Terbujur badan dan kedinginan
( 2X )
( 2 )
Tak ada lagi gunanya harta
Kawan karib sanak saudara
( 2X )
Jikalau ada amal di dunia
Itulah hanya pembela diri
( 2X )
Janganlah mahu dikenang-kenang
Engkau digelar manusia agung
( 2X )
Sedarlah diri tahu diuntung
Sebelum masa keranda diusung
( 2X )
maafkan tu boleh, tapi jangan harap la nak halalkan duit yang diorang amik. duit bonus pun lenyap sebabkan UMNO.
Najib, berundurlah dengan hormat dan buburkan sahaja parlimen. Kerana kau buat PRU pada bila - bila masa pun resultnya tetap sama sahaja iaitu rakyat M'sia mahu UMNO tumbang pada PRU 13.
Jangan sekali-kali percaya "minta maaf" Najib ni.Dan jangan percaya depa akan "berubah" itu semua gimik PRU.Semua dah "kenyang" dan buncit perut baru nak minta maaf - Tiada Maaf Bagi mu.
Tidak salah untuk sesiapapun berhimpun dan bermuzakarah tentang prestasi keahlian semua yang diatas juga ahli biasa.Keadaan sedia-ada nyata memperlihatkan masyarakat kita menuju kearah jurang perbezaan daya membeli harian keluarga ditahap agak membimbangkan.Ini adalah disebabkan tiada menteri kewangan yang bukannya PM tetapi seorang yang bertanggung jawab melahirkan individu tertentu secara diamanahkan mahupun konglomerat persendirian.Saya sebagai seorang individu melayu Islam memang tidak sanggup melihat insan lain menderita akibat penderaan ekonomi secara langsung atau tidak yang rata-ratanya buruh kasar yang masih berhak ianya insan pilihan Allah.
Catat Ulasan