1 Juta Ke Grand Finale Himpunan Kebangkitan Rakyat 12 Jan 2013


Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu mensasarkan sejuta orang turun ke Himpunan Kebangkitan Rakyat di Kuala Lumpur, 12 Januari tahun hadapan.

Beliau berkata, bagi mencapai sasaran itu, semua orang harus memainkan peranan menyampaikan maklumat berhubung himpunan yang merupakan kemuncak kepada himpunan-himpunan yang diadakan di setiap negeri.

"Grand finale himpunan kebangkitan rakyat, kita akan bersama-sama turun ke Kuala Lumpur bagi menuntut pilihan raya yang bersih.

"Yang ada depan saya ini, mesti sampaikan perkara ini kepada mereka yang tidak tahu, ajak mereka bersama-sama kita demi pilihan raya yang bersih," kata beliau sewaktu berucap di Himpunan Kebangkitan Rakyat di Parit Salleh Ros, Parit Raja, dekat sini malam ini.

Sebelum itu, Ahli Jawatankuasa Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) menyeru perkara yang sama kerana mendakwa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan terus melakukan penipuan dalam pilihan raya bagi menyelamatkan Umno BN.

"54 tahun Umno menipu kita, tuntutan Bersih tidak dipedulikan. Pilihan raya ini adalah pilihan raya yang akan ditipu.

"Yang rakyat lawan bukan Umno atau BN tapi satu sistem yang dikeluarkan SPR untuk menipu rakyat.

"Selagi SPR yang ada ini wujud, selagi itu pilihan raya akan ditipu," katanya di hadapan lebih 30 ribu hadirin.

Himpunan malam ini merupakan himpunan yang ketiga selepas kali pertama di Seremban dan kali kedua di Kelantan.

7 comments:

View Comments/Post a Comment

7 comments:

oranqtua said...

doakan saja kemusnahan golongan pengkhianat bangsa dan negara dalam spr tu, terutama pengerusi dan timbalannya. dah jenuh kita beri peringatan dan nasihat tapi mereka buat tak endah saja. itu lebih baik dari seluruh negara yang musnah.

Anonymous said...

Ya kali ini saya akan turun lg..insyallah takbir!!!

Anonymous said...

lawan susah tak lawan lagi susah.Jom turun ramai ramai demi generasi akan datang. takbir

Anonymous said...

jommm 12 012013

Anonymous said...

Pengerusi dan timbalan2nya tak terfikir ke gaji dan elaun bulanan yg depa tu terima? Gaji yg diterima dr kerja yg menipu adalah haram. Tak takut ke duit haram jatuh ke anak cucu semua. Tak takut ke hidup anak cucu mereka tak berkat?

Anonymous said...

Org macam tu bukannya fikirkan semua tu. Yang penting kocek dia penuh. Klu malaikat datang jemput baru nak tobat...... dah terlambatlah

Anonymous said...

dgn makhluk laknat mana tahu haram. semuanya halal. kalo hayati haram tentu xbuat. ni depa tahu haram tp buat juga. cuma mkn babi n pegang anjing je depa xbuat, yg ni depa hayati haram tu. yg lain2, hang hujah dgn dalil quran pun depa xtakot. penasihat agama ada 2 ekor, tp 2 ekor tu lgsg xtakot. tu yg reti agama.

Kembali ke Laman Utama




Tajuk-tajuk Terbaru di Kelab GB: