1 Dis 2012

Rakyat Bentong Bangkit Untuk Pastikan Telinga Adnan Dipotong!


Rakyat Bentong bangkit dan berarak ke seluruh kawasan parlimen sebagai tindakbalas kepada kenyataan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob yang "mempertaruhkan" telinganya jika DAP menang di Bentong.

Di dalam satu jawapan yang cukup dasyat Adnan Yaakob berkata:

"... DAP tidak boleh menang di Bentong. Tidak boleh menang. Jika DAP menang di Bentong, anda potong teliga saya, saya terjun Sungai Pahang. (DAP) tidak boleh menang," katanya.

Malah beliau dengan sombong dan angkuhnya berkata bahawa sekalipun Lim Guan Eng bertanding di Bentong, beliau akan kalah.

Berikut ialah laporan dan video mengenainya:

MB: 'Potong telinga saya jika DAP menang Bentong'

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob percaya loji Lynas merupakan isu di Kuantan sahaja dan tidak akan menjejaskan peluang BN di Pahang dalam pilihan raya umum akan datang.

Beliau memberi contoh kawasannya di Bentong yang menurutnya tidak boleh dimenangi DAP.

"... DAP tidak boleh menang di Bentong. Tidak boleh menang. Jika DAP menang di Bentong, anda potong teliga saya, saya terjun Sungai Pahang. (DAP) tidak boleh menang," katanya.

Adnan adalah ADUN Pelangai - satu lagi kerusi DUN dalam Parlimen Bentong.

Ditanya sama ada referendum mengenai Lynas itu hanya terhadap di Kuantan, Adnan menjawab: "...jika kita menang di Kuantan, selesai. Lynas bukan isu lagi.

" Adnan yang juga pengerusi BN dan Umno Pahang menegaskan demikian ketika ditemui pemberita di perhimpunan agung Umno di PWTC hari ini.

Ditanya mengenai tahap keyakinannya dalam pilihan raya umum akan datang, Adnan berkata:

"Sangat, sangat yakin. (Kalau Lim) Guan Eng datang pun dia akan kalah. Betul. Jika MCA kalah di Bentong, MCA mesti tutup kedai.

"MCA adalah perimeter di Pahang, jika MCA kalah kepada DAP, lebih baik tutup kedai. Tapi jika MCA menang, DAP kena tutup kedai di Pahang," tegasnya.


17 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

gimik saja weh. nanti kalau DAP menang keluar tok mufti buat kenyataan tak wajib potong telinga.

Sementara ini mufti-muti yg ramai berbelas orang dan majlis fatwa diam membisu.

tanda soal berkata...

semoga seekor orang pahang yg bodoh sombong akan x dak telinga!

Tanpa Nama berkata...

dasar org sombong bodoh..gitulah

Tanpa Nama berkata...

Sombong. angkuh,bongkak, takabur. Aku mohon doa semuga DAP menang di Bentong.

Tanpa Nama berkata...

Natang ni bkn org Pahang tp sejenis spesis beruk dr Pahang...

Tanpa Nama berkata...

DAP dan Pakatan Rakyat memang boleh menang Bentong dengan mudah; itu tiada masalah.

Yang perlu dirisaukan ialah apabila sudah menang, kemana pula si empunya Telinga ada duduk; duduk menunggu telinga dipotong ke ataupun chabut ke Kazakstan naik sampan sungai pahang?

Kalau tiada menjaga si bahalol sombong, habis lah ceritanya....kena potong telinga lembu agaknya.

Tanpa Nama berkata...

mamat takbur n bodo ni mana reti ugama...semoga dia kalah n sedar diri seblum mati...

aku pon percaya yg tok2 peti umno akan beri patwa x leh ubahsuai kejadian Allah, x leh mudaratkan diri etc. bila mamat parti haramjadah ni ko nanti...

Tanpa Nama berkata...

Perlu mendapat penjelasan dari Adnan Yaakob...... telinga kanan atau telinga kiri? Kalau tidak akan menjadi isu perundangan nanti.

Pisau Cukur

Tanpa Nama berkata...

MB Malaysia pertama yang akan sukarela menjalan hukum hudud potong telinga kerana telinga dia selalu mendengar bisikan syaitan yang tidak pernah mahu mengangku hakikat kekalahan sedang menunggu saatnya.

Pakcu Rantau Panjang berkata...

Pakcu bukan nak kata apa...menangkalah dalam PRU 13 bergantung kepada majoriti ...dan sebelum sesuatu pilihanraya dibuat perlulah di buat analisis majoriti kaum di tempat tersebut...berapa peratus Melayu, Cina ,India dan Kaum lain.

Setahu Pakcu kawasan tersebut ramai kaum Cina jadi cakap-cakap macam ni kadang-kadang boleh bawa kesan apa lagi kaum Cina memang solid pangkah orang dia..jadi tentu DAP akan tersenyum sumbing.....

Ngah Phg asal Melaka berkata...

InsyaAllah calon PR akan menang diBentong utk membantutkan perangai `bongkak` dan sombongnya dia tu..

Tanpa Nama berkata...

Ko tunggu la adnan.., kau adnan jgn dok main dgn mulut celuparmu buruk padahnya..ko kalah nanti dgn sendirinya ko lemas Kat sungai Pahang tu...kecewa punya pasal ko bawa kereta dgn kuasa Tuhan nak tunjuk, ko terbabas masuk sungai Pahang mati katak kau adnan..

Tanpa Nama berkata...

bodoh tak mahu belajar...cerdik tak leh di ikut..

Tanpa Nama berkata...

Riak sgguh..mcm dia tuhan,ape yg bagus sgt bn smpi xbole klh kt bentong..

Tanpa Nama berkata...

Pengundi Bentong akan ajar Adnan dalam PRU 13 nanti.

Sebab pulut santan binasa, sebab mulut Adnan binasa.

Tanpa Nama berkata...

berambus la ko adnan lynas.. dh makan juta-juta dr lynas, dh jdkn Pahang negeri termiskin di Malaysia, masih berlagak lagi.. hidup menyusahkan org..

Tanpa Nama berkata...

Tu la pasal...
Cakap dulu..pikir kemudian..
Akai ada ka?...Buat malu orang Bentong je.
Malu aku wei..
Kut ye pun nak "control" yakin...tak perlu "over".
Sapa la pilih dia ni jadi MB dulu ni.?
Karektor camni pun boleh jadi MB?
Adoiiii..malu betul anak jati Pahang dan bentong Khasnya.