Wan Ji Dipanggil Polis Diatas Dakwaan Hina Sultan

Seorang penceramah bebas, Wan Ji Wan Husein dipanggil polis untuk memberi keterengan ekoran dakwaan menghina Sultan Selangor baru-baru ini.

Wan Ji ketika dihubungi berkata, beliau berada di Balai Polis Shah Alam kira-kira tiga jam untuk memberi keterangan mengenai 'posting' beliau di laman sosial Facebook bulan lalu.

Katanya, "ada pihak yang membuat aduan mengenai posting saya."

"Saya memberi penerangan apa maksud kebebasan kepada anggota polis, yang siasat saya mengenai komen saya ke atas titah Sultan Selangor," kata beliau ketika dihubungi.

Wan Ji berkata, beliau telah diminta menyerahkan telefon yang digunakan untuk memuat naik komennya.

"Saya akan serahkan telefon saya esok," katanya lagi.

Wan Ji menulis di FB berkenaan dengan isu kebebasan bersuara.

"Saya juga ada memberitahu pihak polis bahawa saya juga bersedia untuk menghadap Sultan Selangor untuk memberi penjelasan jika diberi perkenan," katanya yang hadir di balai polis seorang diri tanpa ditemani peguam -SH.

1 comments:

View Comments/Post a Comment




Tajuk-tajuk Terbaru di Kelab GB: