22 Nov 2012

Koleksi Gambar-gambar Cantik UAI


Seperti yang kita tahu, Ustaz Azhar Idrus atau UAI adalah seorang ulamak yang terkenal dengan gaya penyampaian kuliah ilmu yang bukan sahaja menarik, malah disampaikan dengan berani dan diselang-seli dengan lawak.

Beliau tidak gentar untuk menegur sesiapa pun termasuk menteri jika dirasakan sesuatu yang dibuat itu tidak tepat.

Dan sebagai seorang yang benar-benar memahami ajaran agama, UAI juga tidak pernahlah mendoakan kehancuran sesama umat Islam.

Kepandaian beliau menggunakan media sosial seperti Youtube menjadikan beliau bukan sahaja terkenal di kalangan golongan tua tetapi turut diminati golongan muda.

Satu yang berbeza dengan UAI berbanding dengan sebahagian ilmuwan Islam yang lain ialah beliau bukan sekadar bercakap mengenai Islam siang dan malam.

Seperti manusia lain, beliau ada minat dan hobi kepada perkara lain.

Satu contoh yang sepatutnya menjadi ikutan ilmuwan yang lain.

Hobi UAI yang paling diketahui ramai ialah minat beliau kepada bidang fotografi.

Kalau melihat kepada gambar yang diambil beliau, kita kena angkat topi tabik ustaz seorang ini yang nyata memiliki ketajaman dalam menentukan fokus dan sudut yang terbaik.

Lihat beberapa keping hasil kerja beliau di bawah:

UAI 2 300x300 Koleksi Gambar gambar Cantik UAI

UAI 3 300x300 Koleksi Gambar gambar Cantik UAI

UAI 4 300x300 Koleksi Gambar gambar Cantik UAI

UAI 5 300x300 Koleksi Gambar gambar Cantik UAI

UAI 6 300x300 Koleksi Gambar gambar Cantik UAI

UAI 7 300x300 Koleksi Gambar gambar Cantik UAI

UAI 8 300x300 Koleksi Gambar gambar Cantik UAI

UAI 9 300x300 Koleksi Gambar gambar Cantik UAI


sumber: -mynewshub

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Biasalah tu bagi seorang Ulama mempunyai hobi kerana Ulama itu manusia juga bukannya malaikat yang tidak mempunyai nafsu. Hobi yang baik itu sahaja yang boleh dikatakan.

Tanpa Nama berkata...

Alhamdullillah!

Hobby UAI sangat menarik dan tidak mengilai harta duniawi baik dari segi pangkat darjah maupun dari segi wang ringgit dollar ataupun euro.

Harapan ramai lagi Ustaz2 tidak mengejar harta dunia dan wang ringgit dengan menjual agama.

Tanpa Nama berkata...

ulamak zaman moden hobi pun moden