VVeteran Umno digesa bersedia bantu parti menangi PRU 13
KUALA TERENGGANU, 10 Nov — Anggota Veteran Umno Malaysia harus sentiasa berada dalam keadaan bersedia untuk membantu parti menghadapi pilihan raya umum ke-13 yang akan diadakan pada bila-bila masa. Pemangku Pengerusi Veteran Umno Malaysia Datuk Mohd Zahid Sirat berkata ini kerana pilihan raya umum akan datang bukan sahaja menentukan ‘hidup mati’ Umno tetapi juga hala tuju bangsa Melayu.
“Pembangkang yang diterajui DAP beria-ia untuk menumbangkan kerajaan BN dan merampas Putrajaya seterusnya mengambil alih pemerintahan di negara ini. “Kalau ini berlaku, segala yang dinikmati kaum pribumi selama ini dikhuatiri akan terjejas dan terhapus sama sekali,” katanya ketika menyampaikan ucapan dasar pada Perhimpunan Agung Tahunan Veteran Umno Malaysia ke-5, di sini hari ini.
Untuk itu katanya, seluruh anggota veteran perlu bersatu dan memperkuatkan barisan bagi menghadapi satu pemilihan yang paling getir bagi Umno dan Barisan Nasional.
“Matlamat kita untuk membantu pucuk pimpinan bagi memartabatkan bangsa Melayu dan mencapai kejayaan cemerlang di dalam dan luar negara,” katanya.
Mohd Zahid juga berkata bangsa Melayu akan terus teguh dan digeruni jika bersatu padu walaupun berbeza ideologi dan perjuangan.
“Melayu dan bumiputera mesti bersatu dengan mengenepikan segala fahaman atau ideologi demi mengekalkan pemerintahan dan ketuanan Melayu, mendukung tonggak kedaulatan raja-raja serta mempertahankan kesucian agama Islam,” katanya. Beliau turut meluahkan rasa bimbang dengan pelbagai gejala negatif termasuk tindakan cuba menodai kesucian agama Islam oleh pihak tertentu.
Sebanyak 545 anggota Veteran Umno dari seluruh negara menghadiri perhimpunan tersebut yang berakhir hari ini. — Bernama

6 ulasan:
Mati pun takpe. Roh dia orang boleh keluar mengundi jugak.
Mohd Zahid juga berkata bangsa Melayu akan terus teguh dan digeruni jika bersatu padu walaupun berbeza ideologi dan perjuangan.
Bersatu padu macamana yang dimaksudkan simalaun ni? Sampai bila lagi Melayu nak diperbodohkan? Memang Melayu ni BODOH mentalitinya. Tiada pemikiran logikal apatah lagi pemikiran secara Islamiah. Selagi Melayu percaya pada UMNO dengan dakyah DAP akan meminggirkan Melayu. AKU PASTI KATA PADAN MUKA DENGAN MELAYU TU SENDIRI. SENDIRI GALI KUBUR SENDIRI TAPI DOK SALAHKAN ORANG LAIN.
Tak bolehkah Melayu bersatu di bawah panji PAS? Kenapa harus bersatu di bawah panji UMNO? Setelah begitu banyak kemungkaran dilakukan UMNO, masih lagi kita nak letak masa kita pada bahu depa?
Sekarang UMNO sedang membawa kita ke lembah yang paling hina ... menuju kebangkrapan NEGARA. Jangan kita katakan disebabkan Pembangkanglah, negara kita berhutang dengan begitu banyak. Jangan kita kata kerana DAP lah, Melayu jatuh papa kedana. Yang AKU risau sekali ialah sekiranga Melayu masih bergantung harap pada UMNO yang pada akhirnya Melayu akan jadi seperti kisah Pak Kadok. "Menang Sorak Kampong Tergadai". Sesal dahulu berpendapatan, sesal kemudian makan tahi lah kau orang. HARAMJADAH. HARAMJADAH. HARAMJADAH...... Melayu Paria.
Orang tua gini memang x boleh diubah dah. Dia ingat sekarang tahun 1940 an lg agaknya. Wahai Atuk, sekarang ni dah tahun 2012 la. Zaman internet, jgn nak membohong la dgn kami.
yang penting singkir depa dari tampok
dah lama pun eloklah yang baru
Cakap macam orang tak berilmu kenapa teruk sangat seolahx mempermainkan kekuasaan Allah. Bertaubatlahhhhh
Tinggal orang tua kampung yg mengharapkan sumber berita tv3suku dan utusan meloya je la talian hayat umNO. Orang tua dibandar pun dah mula celik tau sangat dakyah jahat HARAMJADAH umNO nie. Depan melayu pekik terlolong perjuang melayu dengan tokey cina depa yamseng sekali gadai hak orang melayu.
Catat Ulasan