1 Nov 2012

Tuduhan "Creative Accounting" MP Kota Belud Hina Jabatan Audit Negara

DAP: Nak percaya ketua audit atau Rahman Dahlan? Anggota parlimen DAP hari ini menyelar tindakan Majlis Ahli Parlimen BN (BNBBC) yang mendakwa Pakatan Rakyat memanipulasikan perakaunan kreatif dalam Laporan Ketua Audit Negara 2011.

"Mereka mempersoalkan kebijaksanaan dan ketelusan Ketua Audit Negara (Ambrin Buang)," kata wakil rakyat Bukit Bendera Liew Chin Tong (kanan).

Liew berkata, menuduh negeri Pakatan memindah dana akaun amanah bermaksud seolah-olah ketua audit negara dan kakitangannya tidak mampu melakukan semakan menyeluruh dan mengesan amalan yang dipersoalkan.

"Siapa yang kita hendak percaya? MP Kota Belud (Abdul Rahman Dahlan) atau ketua audit negara?" soalnya.

BNBBC semalam mendakwa, Pakatan terlibat dengan perakaunan kreatif untuk menjadikan negeri pimpinan mereka nampak elok dalam Laporan Ketua Audit Negara.

Abdul Rahman sebagai timbalan ketua BNBBC mendakwa, perkara itu dilakukan dengan memindahkan dana daripada akaun amanah negeri kepada akaun yang disatukan dan menjadikannya sebagai hasil.

Tuduhan ‘Creative Accounting’ Di Selangor Tidak Berasas

SHAH ALAM, 31 OKT : Tuduhan bahawa Kerajaan Selangor mengamalkan “creative accounting” adalah melampau dan tidak berasas kerana kesahihannya telah diperakui oleh Laporan Ketua Audit Negara 2011.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Selangor disediakan mengikut Piawaian Perakaunan Kerajaan yang dikeluarkan oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia.

Menurutnya, ia selaras dengan piawaian perakaunan berasaskan “International Public Sector Accounting Standards – Financial Reporting Under Cash Basis Accounting”.

Malah, Laporan Ketua Audit Negara 2011 sebelum ini menyatakan Penyata Kewangan Kerajaan Selangor pada keseluruhannya menunjukkan gambaran yang benar dan saksama tentang kedudukan kewangan Negeri bagi tahun berakhir 31 Disember 2011.

Laporan tersebut juga mengatakan rekod perakaunan Kerajaan Selangor telah diselenggarakan dengan teratur dan dikemas kini.

“Kerajaan Negeri mengambil berat tuduhan bahawa Negeri Selangor mengamalkan “creative accounting” atau mengubah suai akaun kedudukan kewangan negeri yang terkandung dalam Laporan Ketua Audit Negara 2011.

“Tuduhan yang dibuat oleh Kelab Penyokong Barisan Nasional adalah tidak bertanggungjawab dan tidak benar sama sekali.

“Ia juga memperkecilkan keupayaan Ketua Audit Negara dan kakitangan awam yang bekerja keras menyediakan laporan dengan penuh tertib dan profesional.

“Walaupun terdapat isu yang boleh dilaporkan dengan baik terutama isu Tabung Warisan Anak Selangor (Tawas) dan Universiti Selangor (Unisel), Kerajaan Negeri berpendapat keseluruhan laporan tersebut tidak patut dipersoalkan.

” Abdul Khalid berkata demikian dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco, di sini.

Selain itu, katanya, Sistem Perakaunan Berkomputer Standard Kerajaan Negeri (SPEKS) yang digunapakai bagi mengakaunkan semua urusniaga bayaran dan terimaan adalah sistem perakaunan bersepadu yang dibangunkan oleh Jabatan Akauntan Negara.

Tambahnya, Kerajaan Negeri juga sentiasa mengingatkan kakitangan awam supaya mengamalkan ketelusan dan kebertanggungjawaban dalam menjalankan tugas serta berjimat cermat meluluskan perbelanjaan.

“Ini antara faktor yang menjadikan kedudukan kewangan Kerajaan Negeri diklasfikasikan sebagai “baik” oleh Jabatan Audit Negara dengan peningkatan dari segi wang simpanan, hasil, pelaburan dan pengurusan kewangan.

“Kerajaan Negeri berharap tuduhan palsu ini tidak menjejaskan komitmen kakitangan awam untuk membantu menguruskan pentadiran negeri Selangor demi kesejahteraan rakyat,” katanya lagi.
-selangorku



7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

dia nampak tak creatif korup lagi teruk

Tanpa Nama berkata...

cess...dasar tak reti nak manage,rasuah,menipu,xjujur,etc...
nak tuduh org manipulate akaun...
amik iktibar lah, jgn nk tuduh semacam...bicara lain kali pakai akal bukan kepala lutut...

Anak Turun Adam berkata...

Seharusnya pemimpin2 BN mengintrofeksi diri sendiri dari mencari kesalahan orang lain demi kepentingan dan kebajikan Rakyat dan Negara. Ini tidak, asyik..lah menuduh orang lain.

Kota Belud sendiri tidak dapat mentadbir Parlimennya dengan baik seperti rungutan para petani dan juga terlalu banyak kelemahan di dalam Kerajaan BN dalam soal integriti dan akauntabiliti.

Kalau dalam kain sendiri bergelumang najis tidak dibersihkan tetapi menyuruh orang yang tiada najis untuk membersihkan kainnya, adalah suatu tindakan yang bersifat membodohkan diri dan cuba membodohkan Rakyat.

Mereka ini memang benar-benar lupa bahawa yang benar itu benar dan yang bathil itu tetap bathil.

Mudah2an perubahan besar dalam PRU13 nanti dapat membuahkan Kerajaan baru yang lebih adil untuk Rakyat dan Negara.

"Anak Turun Adam"

Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Tanpa Nama berkata...

Pengundi Kota Belud patut beralih angin dengan memilih calon Pakatan Rakyat pula.

Tanpa Nama berkata...

Rahman Dahalan ni malaon mana? Mewakili parti setan mana? Kalau selalu sangat tipu rakyat,dah tak kenal apa itu kebenaran.Orang bercakap benar pun dikatakan tipu sebab dalam kepala otak tu tak ada lain cuma nak menipu aje.

Tanpa Nama berkata...

Budak bahalol bersifat seperti belut. Elok saja dimasak buat kuah assam laksa.