16 Okt 2014

Tamrin: "Kenapa Aku Keluar Dari PAS?"


Kecewa cara pemimpin PAS kendali krisis punca Tamrin keluar parti

Kesabaran anak bekas timbalan perdana menteri, Mohd Tamrin Abdul Ghafar sampai ke kemuncak apabila melihat dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS Selangor dikenakan tindakan disiplin semata-mata kerana menyokong Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menjadi calon menteri besar.

Tamrin berkata, tindakan PAS yang menggantung keahlian Adun Hulu Kelang Saari Sungib dan Hasnul Baharuddin (Morib) selama setahun menyebabkan beliau mengambil keputusan nekad menghantar surat letak jawatan ke Ibu Pejabat PAS semalam.

"Pada saya, tindakan PAS itu amat salah. Apa yang mereka (Adun) buat adalah mempertahankan keputusan muktamar PAS, iaitu mesti bersama dengan Pakatan Rakyat (PR).

"Tetapi PAS bertindak sebaliknya. Dua Adun ini mengambil keputusan menentukan PAS bersama PR, itu saja. Jadi apa salahnya?" katanya kepada pemberita selepas pelancaran kempen Gerakan Anti Perkauman (GAP) di Kelab Sunway Lagoon di Petaling Jaya, malam tadi.

Saari dan Hasnul pada 12 Oktober lalu dikenakan tindakan mengikut Fasal 82(6) Perlembagaan PAS kerana melanggar arahan parti.

Sepanjang tempoh penggantungan itu, mereka tidak boleh menyertai sebarang aktiviti parti, namun masih diberi ruang merayu dalam tempoh 15 hari.

Tamrin berkata, bukan saja krisis Selangor tetapi beberapa pandangan mengenai isu lain juga pernah dikemukakannya kepada pemimpin PAS, termasuk Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang, tetapi tidak diambil perhatian.

"Sebelum itu, masalah Pilihan Raya Umum (PRU) begitu juga.

"Ada beberapa perkara yang gagal ditunaikan PAS semasa menabur janji PRU13 lalu. PAS mungkir janji. Itu bukan stail politik saya," katanya.

Beliau berkata, dirinya juga kecewa kerana pemimpin PAS gagal menunjukkan contoh imej sebuah parti Islam yang baik.

"Saya tidak ada masalah dengan PAS. Parti tidak tersasar daripada landasannya, cuma pemimpinnya saja yang lari daripada perjuangan asal.

"Siapa pemimpin itu? Ianya jelas,"
katanya tersenyum.

Katanya, hasrat untuk keluar parti dinyatakan kepada beberapa pemimpin tertinggi PAS, tetapi tidak ada pertemuan empat mata dengan Hadi atau Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Ditanya sama ada tindakannya itu seperti cuba mempengaruhi ahli PAS lain supaya mengikut jejak langkahnya, beliau menafikan.

Katanya, keputusan itu adalah kehendaknya sendiri dan tidak dipengaruhi sesiapa.

"Saya percaya ramai yang tidak gembira dengan apa yang terjadi dalam PAS, ia sangat ketara.

"Mungkin (ramai ahli akan keluar parti) memandangkan ada pemimpin yang membuat ramalan itu tetapi saya tidak mempengaruhi sesiapa, terpulang kepada mereka," katanya yang tidak bercadang kembali semula kepada Umno mahupun parti lain dalam PR.

Sebaliknya, beliau mahu fokus kepada GAP dan memerhatikan perjalanan dunia politik dan bebas bersuara sebagai rakyat awam.

Anak Tun Ghafar Baba itu menghantar surat kepada Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali untuk menarik diri daripada menjadi ahli parti Islam itu berkuatkuasa semalam. Pada 2012, bekas Adun Ayer Molek dan Ahli Parlimen Batu Berendam Umno itu menyerahkan borang keahlian parti kepada Hadi dalam satu majlis di Gombak.

GAP dilancarkan Ahli Parlimen Parit Buntar Dr Mujahid Yusof Rawa yang mensasarkan agenda utama, iaitu menyelamatkan Malaysia daripada kehancuran akibat perkauman demi kesejahteraan generasi akan datang.

Menentang perkauman dan ekstremis agama, ahli jawatankuasa (AJK) PAS Pusat itu bagaimanapun menegaskan perjuangan GAP tidak menolak prinsip Perlembagaan Persekutuan.

"Barah perkauman ini ada dalam semua budaya, dan perjuangan kami adalah agar semua dapat menyatakan ‘Kata Tak Nak Kepada Perkauman’," katanya. -TMI

ULASAN GB

GB tak mahu ulas panjang-panjang. Kenyataan Datuk Tamrin adalah self-explanatory.

Sebelum ini GB telah menyatakan:

GB melihat keputusan PAS Pusat menggantung keahlian kedua-dua ADUN yang dianggap BARUA oleh Presiden parti itu hanyalah satu tindakan untuk menjaga dan menyelamatkan airmuka Presiden sendiri.

Alasan keputusan itu BUKAN didasarkan kepada KEBENARAN. Kalau berhujjah di atas kebenaran maka hujjah Datuk Tamrin itu lebih mendekati kebenaran iaitu:

Apa yang mereka (Adun) buat adalah mempertahankan keputusan muktamar PAS, iaitu mesti bersama dengan Pakatan Rakyat (PR)

Tindakan Presiden dan MSU kerana tindakan mereka menyimpang dan menyalahi keputusan Muktamar sedangkan Muktamar adalah pemegang kuasa tertinggi di dalam parti.

Beberapa perkataan dan tindakan presiden sendiri amat tidak dapat diterima apabila telah acapkali mengeluarkan kenyataan yang berbaur fitnah - iaitu tuduhan tanpa bukti - dan ia amat jauh menyimpang dari akhlak Islamiah dan hukum syariat. Contohnya banyak seperti fitnah pil kuda, komunis, broker dan barua dan sebagainya. Ia mencemarkan PAS, bukan sahaja sebagai sebuah parti politik Islam malah sebagai sebuah jemaah Islam.

Kita tungguh hukum Allah berjalan...









IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





43 ulasan:

semae kuan lang Hatyai berkata...

Terkejut Apa??? Kalau setakat ahli biasa seperti Tamrin keluar parti tak kan sebuah parti besar seperti Pas akan terkejut dan menangis!! Singkat sangat pemikiran admin. Sedangkan President seperti Asri; Timbalan Presiden dan beberapa individu2 yang memegang jawatan2 tinggi keluar Pas, tiada siapa pun hairan, lebih2 lagi Pas inikan pula ahli biasa yang baru dua tiga tahun masuk Pas nak keluar balik. No Problem langsung. Kan negara ini negara demokrasi, masing2 boleh buat pilihan.Lihat saja umno. sedangkan bekas2 presidennya pun keluar parti dari Dato' Onn, Tengku, Hussein Onn malah Mahathir keluar parti, umno tak runtuh pun. Cuma bezanya sesiapa yang dah keluar parti umno, dah bakar jambatan dll dengan mudah boleh join balik dan umno tak rasa apa2, bagi Pas kalau dah keluar nak masuk balik ikut pintu mana2 pun tak semudah macam keluar. Dan biasanya mereka yang keluar atau dikeluarkan dari Pas akan malu sendiri nak mohon masuk semula.Itulah teguhnya Pas berbanding partui2 lain. Jadi selalunya apabila seseorang itu keluar Pas, individu tersebut akan terkedu dan terkejut apabila berada di luar.

air gunung berkata...

GB.
Wala'jgn tak wala'
Tamrin tu bkn ulama' lg faqih..
Dia org kotor cuba nak masuk kt tmpt suci.
Tp taraf x power.itu sbb terpelanting.
hanya yg suci murni lg faqeh jer bley joint Pas.pwndapat yg benar hanya dr msu pas jer.org kain x boley psl bkn warathatul ambiyaa'.nanti rasulullah x tak amik port psl bkn warisnye.so korang tukang komen kena fhm sesgt perkara ni yerr.nanti durhaka...x islamic..msok neraka.

Kedai Acheh Changloon berkata...

President PAS Aruah Asri pernah keluar PAS... Bekas President UMNO Aruah Dato' On dan Dr Mahathir pun pernah Keluar UMNO...tapi PAS tak runtuh n umno pun tak runtuh... kenapa perlu nak rasa ralat... pemimpin boleh datang dan pergi...perjuangan mesti di teruskan... cuma empunya blog yg rugi masa mencari idea n tulisan bg menyokong aliran semasa...sedangkan pengarang akhbar ternama dunia yg berperinsip pun pun bungkus dek kerana dibeli taikun lain

Tanpa Nama berkata...

Komenter no 1 diatas.. Sindrom penafian ..penyakit wala MEMBABI buta.. pengikut setia ulama barua pas.

amrin ahmad berkata...

Apabil Tamrin bercerita pasal perjuangan, integriti dan jati diri/harga diri.....ianya sesuatu yang perlu difikirkan. Melayu sekarang terlalu banyak berpolitik, ada antaranya yang menjahanamkan bangsa, agama dan negara. Bersatulah semua jangan biarkan kita diperbodohkan oleh pihak lain yang berkepentingan...

Jeman berkata...

iye btol.. tp jd la parti Pas jumud.. org yg bkn ustaz x dialu2kan, diperlekeh, dihina sesuka hati.. Ini ke program dakwah yg nak di banggakan sgt tu.. Pas gagal dakwah terbaik sesama muslim.. sikap terkini Pas juga gagal dakwah kt non-muslim!!

Tanpa Nama berkata...

Tiada beza, parti barua tetap parti barua, dengan president buat fitnah barua Secara terbuka. Dia lar sendiri ketua barua

Tanpa Nama berkata...

ramai dah makin meluat dgn PAS.agama dijual utk kepentingan peribadi..menantu hadi pakai kereta mewah pun blh sandarkan hadis...
syurga neraka dijual konon hadi yg punya.....

Tanpa Nama berkata...

Ddlm Quran ALLAH bfirman..
"Syirik-sesat-murtad-BAHALLOLkan lah anak2 Adam itu dgn harta(RASUAH) & anak2(KUASA).."

Ayat itu disarankan oleh ALLAH kpd Iblis..dan yg sgt2 JELAS harta.. harta.. harta.. harta.. harta aka RASUAH adalah asbab PERTAMA-UTAMA mnjd PUNCAnya!

LIHAT kpd "priority" ayat kat atas itu bhw HARTA disebut dahulu sblum
KUASA(anak2)..

Smoga ALLAH akan terus mmbuka "rahsia" aka PUNCA itu mnjd lebih jls & lebih TERANG BENDERANG..
Yg kecil2 dah pon barai..
-itu ESOS 500,000?
-itu 7siri BMW?
-itu GAJI brp?

INGAT
INGAT & INGATlah..
Punca TIDAK AMANAH
Punca KHIANAT & FITNAH
Punca2 itu semua adalah krn mndpt umpan-HARTA dgn sgt2 MUDAH yg dipggil RASUAH!!!

Apalah makna 'HUDUD' klu dah berNANAH dgn bangkai2 RASUAH!!!!!?

akibatnya, pandai2lah brMADAH brsilat LIDAH gunakan hadis & SIRAH semata2 utk menutup bangkai GAJAH demi mnegak benang yg BASAH..
ayoooh! saksikanlah...
-

Tanpa Nama berkata...

TUAN TUAN
PAS BELUM TERGELINCIR TAPI PRESIDEN PAS HAJI HADI YANG LEMAH KEPIMPINAN WALAU KUAT DIA BERAGAMA. ISU PIL KUDA MASIH SEGAR DALAM INGATAN. BEGINI KE CARA PRESIDEN BERSAHABAT DALAM PR. GAGAL BERHIKMAH DALAM MEMBUDAYA PAS FOR ALL. ZAMAN PAS FOR LEBAI DAH 30 TAHUN KEBELAKANG. LEBAI UNDI LEBAI TAK KEMANA, PAS PERLUKAN UNDI SEMUA DARI PELBAGAI KAUM
JIKA TIDAK PAS MCM DULU-DULU LA SETAKAT ADA 3-4 KERAT DALAM PARLIMEN. BAGI LEBAI JAGA TERENGANU SEMUSIN JER, BAGI KEDAH SEMUSIM JER. SIAPA SALAH TANYALAH HADI, KELANTAN PUN TUNGGU MASA JER.
oleh
Banjaries Tengok La

Tanpa Nama berkata...

Ahli keluar masuk parti adalah perkara biasa....telah berlaku sebelum ini, malah bukan ahli biasa, bahkan yang berjawatan tinggi pun pernah keluar parti. 

Walau bagaimanapun diucapkan terima kasih kepada beliau yg sudi memilih PAS sebagai partinya sebelum ini dan sudah tentu dalam tempoh itu sedikit sebanyak ditumpahkan jasanya pada PAS.

PAS sesekali tidak akan sama dasarnya dengan Umno, mahupun PKR, apatah lagi DAP.

Sesiapa pun yang menerajui PAS, dasar parti tetap sama, yang berbeza hanyalah pendekatan.

Kalau ahli yang sudah lama berada di dalam PAS merasakan sudah sampai masanya PAS men'campak-buang', meng'humban'kan dasarnya ke dalam 'tong'  yang menyerupai 'tong Umno atau PKR atau DAP', maka apalah bezanya nanti di antara PAS dengan Umno, dengan PKR mahupun DAP?

ex army berkata...

Setuju dgn ...lang hatyai.... Kalau tamrin keluar PAS ... tak hairan pun... ingat senang ka nak pengaruhi ahli PAS yg lain... 1 keluar PAS 100 yg akan masuk... kami yg dah berpuluh tahun masuk PAS tak pernah pun nak tulis surat pd pemimpin PAS .... selagi pemimpin PAS boleh bawa... jemaah kearah kebaikan... apa lah salahnya... Kalau tamrin boleh jadi imam dan bawa majlis qiamullai.. terasa jugalah kehilangan... Kalau sembahyang berdiri selari dgn kami yg kelulusan SPM.. lebih baik duduk dgr kuliah2 ... Kalau kita rasa dah tua.. eloklah jadikan... surau dan masjid... rumah no 1 kita... bukan mudah nak jadi pemimpin.... Jgn syok sendiri sj nak jadi no1.... di akhirat nanti jenuh pemimpin nak jwb di hadapan ALLAHtaala... ingat sama Mcmna keadaan keluarga kita... entah solat atau tak? Itu baru soal solat belum yg lain lg...

patani berkata...

Apa nak hairan bekas org umno... umno adalah parti warisan penjajah

Amuraria berkata...

lu pikir la sendiri bila kepala pemimpin parti islam keluar kata kesat menunjukkan taraf ulamak tu sendiri? ABU !

Ahmad Basri berkata...

Pas menolak kah hakikat benar?
Semua manusia adalah keturunan nabi?

Anti Fitnah berkata...

Rupa-rupanya tiada beza mentaliti antara ahli PAS dengan ahli UMNO.
Setelah lama aku amati perbezaan antara orang Islam (terutama Melayu) dengan orang bukan Islam (terutama Cina, Jepun, Korea, Amerika, ... yang dah maju). Orang Islam (Melayu) anggap depa suci lagi menyucikan. Yang hairan ialah depa (Melayu) boleh menerima pemimpin yang korup dengan alasan yang tidak Islamik iaitu Islam (Melayu) akan hilang kuasa kalau pemimpin korup diturunkan.
Bagi orang bukan Islam pulak, depa memang tak suci malahan depa mengakuinya tapi depa mahu pemimpin depa tu BERSIH. Bukan sahaja bersih dalam hati (hanya Allah swt shj yang tahu) malahan NAMPAK BERSIH.
Pemimpin Islam (Melayu) suka menggunakan konsep "depa" dan tak pernah "aku" dalam soal pertanggungjawaban. Pemimpin Islam (Melayu) akan menyalahkan orang lain (depa) daripada bertanggungjawab ke atasnya. Ini sangat berbeza dengan pemimpin orang bukan Islam. Mereka akan bertanggungjawab atas apa saja kesilapan yang berlaku walaupun kesilapan tu di luar kawalan mereka.
Itu bezanya antara pemimpin Islam (Melayu) dan Pemimpin Bukan Islam. Kita nampak sifat iblis pada pemimpin Islam (Melayu) dan kita sifat (malaikat) pada pemimpin bukan Islam.
Ulama pun manusia juga. Memang ulama digelar pewaris nabi. Yang jadi masalah ialah adakah depa mewarisi sifat dan peribadi nabi? Nabi tak pernah meminta umatnya wala pada baginda malahan baginda pun pernah ditegur oleh umatnya. Islam penting atau Melayu tu penting? AKU, Melayu tu tak penting. Yang penting ialah Islam sebab aku tak sanggup MATI dalam keMelayuan. Jadi jika aku ingin mati dalam keIslaman, apakah semasa hidupnya, aku perlu perjuangkan Islam atau Melayu? Ini bukan soal minum kopi gano atau ... 2 in 1?

Tanpa Nama berkata...

Hadi Awang, Mustafa Ali dan MSU tu benar-benar ulama ke? Orang macam Nik Aziz dan arwah Fadhil Noor nampak jelas ketokohan ulama serta layak diberikan gelaran itu, berbanding dgn mereka yg disebutkan dipermulaan tadi.

Tanpa Nama berkata...

Isu Tamrin keluar PAS bukannya disebabkan tidak bersetuju dgn dasar PAS itu sendiri, tetapi lebih menjurus kpd cara barisan kepimpinan atasan yg merosakkan pelaksanaan dasar parti. Syabas Tamarin kerana tidak mahu terus bersama bersekongkol dgn kebobrokan manusia ulama(?) yg memesongkan kiblat perjuangan.

Tanpa Nama berkata...

Parti Pas tetap kukuh tapi yg barua Hadi dicucuk hidung oleh geng UG sampai terpelanting kerana apa ???? Geng ularmak yg outspoken kalau boleh ni pi peluk Umnu , biar Pas di pimpin oleh ahli yg jujur.Sendiri makan cabai merasa pedas . Bodoh punya ularmak buat rosak pejuangan Pakatan

Tanpa Nama berkata...

Hang la rugi. Buat pa masuk blog fevret aku ni. Dah pi main jauh2.

Tanpa Nama berkata...

AKU KALAU ADA KUASA AKU PECAT!!!

Tanpa Nama berkata...

dari keluar Pas ramai-ramai baik keluarkan TGHH dan UG beberapa orang saja

Tanpa Nama berkata...

kami sayang Pas tapi benci The Ug

Tanpa Nama berkata...

Senua betul ..presiden pernah keluar..apa bezanya kali ini..group ulama dan group bukan ulama...jika group bukan ulama dinyah keluar ..pimpinan pas hanya dari sekolah agama sahaja.anak muda yang bukan dari sekolah agama akan jauhi pas.pas jadi oarti ekslusif untuk orang keluaran sekolah arab sahaja.kesannya pas jadi kuat..semua pimpinan bersatu..semua wala'.cuma pengundi saja tak wala'.ahli pas ..ahli pkr dan dap tak seramai mana .yang ramai adalah rakyat biasa penyokong pakatan..pas akan kalah ..malah hilang wang pertaruhan sama seperti masamasa lalu .maka jika pas nak buang golongan bukan ulqmak ..digalakkan pas keluarlah pakatan dan gabunglah dengan umno supaya senang kami pengundi pakatan buat pilihan bn atau pakatan..dulu pas jadi kuat kerana kami anak muda masa tu sokong kepimpinan ulama.kali ni kami golongan yang dah jadi golongan umur pertengahan..pun tak sokong lagi orang yang dulu kami sokong..apatahlagi anak anak kami yang kini anak muda.so..apa pilihan ...kembali kepangkal jalan kepimpinan dalam islam bukan hanya untuk BA saja aLBsc. .Md ..malah spm pun boleh yang oenting .konsep kepimpinan islam zaman keagungan islam ialah ulamak menasihat umarak.jika ulamak dah jadi umarak siapa nak kritik?..

Tanpa Nama berkata...

Eloklah Tamrin keluar... ceramah oleh Pas skrg ni pun dah takda org nak ambik pot lagi...komen2 dari puak Pas ug lagi buat org menyampah... blog harakahdaily pun dah di delete dari senarai bookmarks...puiiii...
Harambejadah punya geng ug... x pasal2 org benci pada Pas...

Tanpa Nama berkata...

Untuk memperkasakan PAS puak UG mesti membuat keputusan secara kolektif dgn semua termasuklah dgn yg bukan UG. Sebaliknya jika keputusan itu dibuat secara selektif, maka masa depan PAS bukan lagi kabur tetapi gelap.

Tanpa Nama berkata...

Hadi tu maksum ke sampai tak boleh persoalkan tindak tanduknya.....apa yang aku nampak golongan agama dalam pas pandang rendah golongan lain. tak pela kita tunggu GE nanti....Kekalkanlah perangai sekarang ...patutlah terengganu dan kelantan dapat 1 term sahaja

Tanpa Nama berkata...

Elok barua2 UG aje berambus ....... mereka2 ni yang mencetuskan ketegangan dlm parti....

Tanpa Nama berkata...

Tuan

Cerita UG dalam PAS sebenarnya cerita mudah.

Barisan pemimpin asal UG yang masih ada ialah Mustafa Ali, Ust Nik Zawawi, Dr Khairudin Aman Razali At takiri. TGHH bukan pemimlin UG. Dia hanya digunakan oleh UG sahaja kebetulan UG boleh menjadi platform untuk agenda dia/menantu. Menantu orang UG. Dato Haron Din pun bukan group asal UG. Dato Haron Din dan UG hanya mempunyai tujuan yang sama, nak bawa PAS kepada UMNO untuk disembelihkan. Begitu juga Ahmad Yaakob dan Nik Amar. UG hanya platform untuk agenda mereka.Keduanya tidak bahaya dan mudah dineutralkan jika keadaan berubah.

Tantawi, Nik Abduh hanya macai-macai sahaja. Jadi kesimpulan UG ni adalah geng PAS Terengganu je. Kekuatan mereka hanya di Terengganu sahaja. Dan kita tahu sejauh mana kehebatan PAS Terengganu - dok rok cetong langsung.

Sebab puak UG dan penyokong mereka ini adalah golongan kecil dan minoriti di dalam PAS sebab itu kita lihat apa yang kita lihat sekarang. Mereka cuba tunjuk mereka kuat dengan aksi-aksi samseng dan bukan Islamik. Melakukan sabotaj secara terang-terangan seperti kenyataan-kenyataan dangkal Nik Abduh dan Tantawi. Cara mereka adalah cara yang kita biasa lihat oleh mana-mana kumpulan minoriti yang cuba menonjolkan diri untuk dikenali. Bukan unik dalam PAS. Kalau mereka kumpulan majoriti mereka tak buat s3mua kerja bodoh dan dangkal ini. Pakar-pakar saikologi pun kata macam ni pulak. Kata orang putih -they are trying to show tat the exist and what a better way to attract the attention of the people than by sensationalising issues tat controversial and stupid.

Agenda UG dan sepihannya didalam PAS sudah jelas - nak bawa PAS kepada UMNO untuk disembelihkan. Juga kita tahu mereka ini beberapa kerat je.

Jadi terpulanglah kepada ahli-ahli PAS yang majoriti tidak menyokong UG untuk bertindak keatas golongan minoriti ini. Macamana? Banyak cara tetapi golongan majoriti ini tidak boleh berdiam diri dan membiarkan g9longan minoriti ini terus melakukan sabotaj bergerusan kerana kemusnahan yang terjadi agak sukar untuk dibaiki. Yang penting difahami, puak-puak UG dengan sengaja telah menguasai jawatan-jawatan penting berprofill tinggi dalam PAS, MSU dan DUPP. Tanpa jawatan dan penguasaan keatas MSU dan DUPP, mereka tidak mempunyai ruang untuk melakukan sabotaj.

Mungkin dalam pemilihan tahun depan, puak UG, serpihan dan p3nyokong mereka perlu disingkirkan dari jawatan mereka. MSU dan DUPP disusun semula.

Ritchie Blackmore berkata...

Aku pung keluar pas jgk pd 2008 slps Pr menang diKedah sebab menyampah dgn tok ketua pas tempat aku.Kendian aku joint PKR sampailah skrg aku sikit pung tak rasa ralat bahkan BANGGA dgn parti baru aku yg progresif dan dinamik bukan mcm pas yg statik dn jumud!!!

Tanpa Nama berkata...

Aku dah nekad, pada pilihanraya akan dtg aku tidak akan undi lagi calon PAS jika ianya berjenama UG... so, PAS kalau taknak merudum dlm pilihanraya akan dtg, tolong lantik calon yg bukan berjenama UG...ini serius, bukan main2...kalau tak percaya nanti kita sama2 tengok hasilnya insyaAllah...

Tanpa Nama berkata...

3 kali TGHH dan UG buat hal
1) selepas PRU 2008 nak bentuk kerajaan perpaduan dengan UMNO
2) semasa PRU13 letak calon Pas dikawasan untuk calon PKR
3)Krisis MB selangor

Tanpa Nama berkata...

tunggu PRU 14 jika TGHH tak disingkir, lebih banyak onar lagi

Tanpa Nama berkata...

Di negara kita kan banyak parti politik.Sertai je mana-mana yang berkenan di hati. Kalau tak setuju dengan kepimpinan PAS, pilih je kepimpinan daripada parti lain. Tak pun, tubuh je parti baru, dengan dasar perjuangan yang difikirkan lebih baik daripada kepimpinan mana-mana parti sedia ada (masuk bertanding dlm PRU akan datang).

bat8 berkata...

Anon 2:43

Masaalah didalam PAS adalah masaalah segelintir pemimpin PAS yang mahu memporakperandakan parti. Apakah kita kena terus akur kepada kepimpinan beberapa orang ini sedangkan majoriti kepimpinan masih menjunjung perjuangan PAS? Ini isunya.

Mengikut logik sdra, parti itu milek peribadi pemimpin-pemimpinlah macam kita mileki rumah,kereta dsb. Dalam PAS, hanya beberpa orang pemimpin termasuk TGHH yang bermasaalah. Jadi, semua pemimpin2 lain dan ahli-ahli yang tidak bersetuju dengan kumpulan TGHH yang kecil ini kena meninggalkan PAS atau menubuh parti sendiri?

Biaq betul logik sdra!

Selalunya kumpulan kecil dan minoriti yang tidak setuju dengan dasar parti yang keluar dari parti dan menubuhkan parti sendiri mengikut ideologi mereka yang ditolak oleh majoriti ahli.

Sdra mencadangkan majoriti pemimpin dan ahli PAS yang masih berpegang dasar-dasar parti supaya keluar beramai-ramai dan menubuhkan parti baru -dan menyerahkan parti PAS kepada TGHH dan puak UG yang ternyata beberapa kerat sahaja!

Ini logik biol ke logik datang dari mana nih?

abrarmujahideen berkata...

Betollah campurtangan CIA kata Nik Abduh sbb Hadi Awang pemimpin yg berwibawa yg memimpin ummah ke jalan HAQ bukan jalan yg dimurkai dan sesat. ( tipudaya kristian zionis aglo american hahahahaha). Kerajaan langit sesat dari negeri mana???? Kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

Jawapannya adalah LOGIK BIOLLLL....hahahaaa...ada ke patut dia minoriti dia suruh majoriti keluar parti, patutnya dialah yg kena perambat...betul2 biol daaa...ingat parti ni hak milik peribadi Hj Hadi ke...

Tanpa Nama berkata...

Seruan kepada ahli pas yang majoriti bersama PR. Cepat berpikir untuk jatuhkan geng2 ulamak UG ni termasuk tuang presideng.. Jangan sampai bagi rakyat berpikir takut2 hilang banyak kerusi. Sayang lah..

Tanpa Nama berkata...

Singkir seorang dua pemimpin UG lebih baik dari ramai keluar Pas

Tanpa Nama berkata...

Pas bukan kepunyaan mak bapak TGHH atau otang terengganu

Tanpa Nama berkata...

Kumpulan UG mula berani menonjolkan diri dlm isu MB Sgor

Kalau lah dua Adun PAS tidak memgambil keputusan memihak kpd PR kita akan dpt melihat kehuduhan indv UG satu persatu perangai UG Lagi teruk dr perangai mereka skg ini

Bukan setakat DAP dan PKR di barua tapi dgn Khalid Mat Sabu Hanipa di baruakan Lagi teruk lah dr yg dpt di bayangkan

Tanpa Nama berkata...

Kesimpulan dari semua2 komen di atas adalah...
PAS kalau nak relevan semula dlm arena politik negara ini, maka Geng UG perlu disingkirkan dan Tuan Presiden wajib digantikan...kalau tidak kita semua akan terus kekal bernaung di bawah umngok dulu, kini dan selamanya...

Tanpa Nama berkata...

3 jer????? Are you sure ?