10 Apr 2015

PAS Kena Main Lagi, RUU Persendirian Tak Dibentangkan Sesi Ini...


Rang undang-undang persendirian Hadi tidak dibentang sesi ini

Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, bagi meminda Akta 355 yang membolehkan pelaksanaan hukum hudud di Kelantan, tidak akan dibentangkan pada sesi sidang Dewan Rakyat kali ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim memberitahu Dewan Rakyat hari ini, ia akan dibawa ke sesi akan datang yang dijadualkan bermula 18 Mei depan.

Katanya, sidang Dewan Rakyat sesi sekarang berakhir hari ini dan hanya membentangkan RUU daripada menteri dalam negeri membabitkan RUU Hasutan (Pindaan) 2015 serta usul dibawa Menteri Kewangan.

Ditemui di luar Dewan, Shahidan menafikan yang penangguhan RUU itu mempunyai kaitan dengan tiadanya pengumuman mengenai pendirian rasmi kerajaan Barisan Nasional atau Datuk Seri Najib Razak berhubung undang-undang Islam itu.

Beliau memberitahu The Malaysian Insider, perdana menteri tidak seharusnya dikaitkan dengan pelaksanaan hudud oleh PAS di Kelantan itu kerana sokongan yang ditunjukkan Umno Kelantan terhadap enakmen jenayah Syariah negeri itu sudah memadai.

"Bila Umno kelantan menyokong hudud, apa maknanya? Adakah Umno Kelantan itu Umno persendirian? (Ahli) Umno Kelantan adalah (ahli) Umno Pusat, Umno Malaysia. Ia yang akan beri keputusan dan pandangan.

"Kenapa mahu dirujuk pada Najib? Hal Umno dirujuk pada Umno, dengan bermesyuarat. Apa kena mengena hudud dengan Najib?" soalnya sampai mengakui kenyataannya itu merupakan pandangan peribadinya.

Ahli Parlimen Arau itu berkata, kuasa untuk memutuskan sama ada sesuatu RUU dapat dibahaskan di Parlimen atau tidak, diputuskan sepenuhnya oleh Speaker.

"Speaker akan benarkan RUU dibentang mengikut keutamaan dan melihat siapa yang perlu didahulukan.

"Dan, ia bukan sahaja mengenai RUU kerajaan, tapi juga RUU persendirian yang dibawa lebih awal.

"Kita tidak cukup masa, kerana itu RUU harus dihantar lebih awal kepada Speaker," katanya kepada The Malaysian Insider di lobi Parlimen.

Isu hudud timbul selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan meluluskan pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) pada 19 Mac lalu dan Hadi menghantar notis pemberitahuan memohon membentangkan rang undang-undang persendirian di Parlimen pada sidang kali ini.

Pindaan tersebut diluluskan DUN dengan majoriti sebulat suara apabila turut mendapat sokongan pembangkang di Kelantan, iaitu wakil rakyat Umno.

Namun, langkah Hadi itu dikecam hebat khususnya pemimpin DAP, malah PKR juga tidak menyatakan sokongan terhadap keputusan Hadi itu yang dikatakan dibuat membelakangi majlis pimpinan Pakatan Rakyat. -TMI

ULASAN GB

Memang sudah dijangka, RUU Persendirian Presiden PAS tidak akan dapat dibentangkan pada sesi ini walaupun Presiden PAS mmerasa yakin ianya dapat dibentangkan.

Rupa-rupanya RUU Persendirian disenaraikan untuk sesi ini hanyalah untuk mengaburi PAS dan untuk menipu Haji Hadi.

Tak sedar lagikah dan buka mata lagikah perangai UMNO, wahai pemimpin PAS? Berapa kali mahu terjelepuk ke dalam lubang biawak?

44 ulasan:

Wan Rosli berkata...

Sbb tu TGHH ni bijak orgnya.. lihat lah betapa umno sendiri sudah jd serba salah.. sokong kena x sokong lagi la kena..
Terbaek TGHH..

Tanpa Nama berkata...

UMNO dan PM sudah bukti kan pada semua Rakyat yang PAS betul betul bodoh tak ter hingga

Hudud yang di kejar tak pun naik Parlimen

Hadi hancur kan kepercayaan DAP PKR dan orang Cina India hanya tuk nama hasil Hudud


Bahalol punya orang!

Tanpa Nama berkata...

hadi tipu pakatan konon nak bentangkan pindaan dlm mesyuarat. tup2 hadi mohon nak bentang kat parlimen. penipu punya ulama sedunia no. 2. skrg kena tipu dgn umno.

Tanpa Nama berkata...

Bro, are you sure presideng pas ulama tersuci termulia ilmu tertingg "di tipu"?

Tanpa Nama berkata...

TIPU menipu

MAIN & kena main

PUTAR belit u-turn

BOROS mewah tanpa audit

PONTENG tiada amanah

KHIANAT langgar janji

BELIT samar mngelirukan

FITNAH songlap rasuah



SEMUA ciri2 busuk-jahat-JIJIK-keji diatas itu bermula dari NIAT jahat dlm hati yg sgt GELAP..

..hanya ddlm SYSTEM yg gelap shj sgl tipu-songlap-FITNAH-&-RASUAH mrk itu tidak dpt diHUKUM @ di"hudud" dan ditangkap!

ISLAM
Sbnar2 ISLAM
Sbnr2 ISLAM itu CAHAYA..

ISLAM,
Sbnr2 CAHAYA yg terang drp TUHAN dgn sgt2 MUDAH dpt mnyuloh sgl kgelapan HATTA kdlm NIAT-GELAP mrk itu..mrk ssekali tidak akan dpt lari w.pon mrk cuba mnipu diri mrk sendiri..

..dgn BERBELIT2/brdolak-daliknya hujjah-fakta2-PALSU yg keluar drp MULUT mrk itu sendiri betapa TUHAN tlh mnunjuk kan kbodohan mrk dgn TERANG sprt mata kail ditelan ikan @ ibarat "senjata-dah-MAKAN-tuan"!?

Tanpa Nama berkata...

Lawak la lu, ikut giliran aturan mmg xsmpat. Cerdik la sikit...

Tanpa Nama berkata...

bukan tak tau nak ditipu ka atau tidak yang penting usaha ke arah itu giat dijalankan
jangan undur
dah lama kita lengah dengan hukum hukum Allah

Malaysiabaru berkata...

Apa nk d tunggu lagi

dipersilakan ayoh hadi ping letak jawatang

bagi lah presideng kpd ahli yang ada karisma dan menepati janji... org muda...

lepaskang jawatang mung hadi !

Tanpa Nama berkata...

Bazir bayar elaun MP saja

Semua pun duit Rakyat

Macam mana boleh jadi orang ; menipu kerja nya saja !!!!!

yen uchop berkata...

Aku org biasapun dah ada instinct kata hadi ni nak dapatkan political mileage supaya dia masih dapat retian power presideng nya yg dipegang secara maksum pas.

Tanpa Nama berkata...

Wan Rosli tulis Hj Hadi bijak. Kalau bijak bagaimana beliau blh buat kenyataan dia yakin dpt bentang RUU Hudud pada sesi ini? Bukankah itu bangang namanya?

Dah kena tipu dgn UMNO berkali2 pun kata bijak lagi? Memang sah ulamak yg ada x kayak memimpin PAS lagi. Bodoh spjg masa.

Anonymous berkata...

inilah hebatnya political game seorang ulama. Bukan setakat umno kena jerat....dap dan pkr pun terjerat sama. Yg penting hukum Allah menuju ke arah perlaksanaannya. Takbir!!

Tanpa Nama berkata...

Salah satu sifat nabi ialah Fatanah

Tanpa Nama berkata...

apa2 pun ..hadi dh selamat menjalankan tugas nye...tolak ke xtolak ke..xterima ke...sendiri jawab la kalau mati kang...kapir dh tentu..yg islam ni sape2 yg ragu2 ..bertangguh2..serupa la mcm solat yg ditangguh bila msuk waktu..ttiba kong..lu org ingat bole excuse ke ( sori lah malekat..ambo ingat nk lewatkan sikit solat..sbb peserta last ni maharaja lawak)...

Tanpa Nama berkata...

Simpan untuk jadi senjata masa muktamar

Tanpa Nama berkata...

PAS kena main?... Bro dah lupa ayat Allah... mereka merancang & Allah merancang..sesungguhnya perancangan Allah yg terbaik...

biarlah kena main kat dunia...

janji tak jadi mcm PKR... keluar UMNO hanya disebabkan Anwar... dan kalau mereka memerentah.. Islam hanya seperti UMNO... hukum sekular tetap menjadi tuhan mereka....

Tanpa Nama berkata...

Kalau Hj Hadi bijak dia sepatutnya tahu bila boleh di bentang Jangan terburu buru DUN luluskan bulan Mac jadi aturkan lah untuk masuk Parlimen bulan Mei

Walaupun telah disokong oleh UMNO Kelantan jangan lah nak bentang jugak sekarang Bulan Mei pun bukan lama sangat

Mungkin pro Ulamak tak tahu jadual yang telah ditetapkan untuk parlimen bersidang



Tanpa Nama berkata...

Akal orang biasa pun yakin RUU Hj Hadi tak akan di bentang pada persidangan kali ini !

Kalau UMNO serious mohon lah supaya Tuan Speaker lanjutkan persidangan selama dua hari

Bukan apa pun cuma nak tambah hukuman lebih sikit

Wan Rosli berkata...

X payah memaki hamun kalau kita rasa kuat.. juga x payah nk suruh letak jawatan kalau berwibawa.. jom lawan la secara sihat.. kenapa malaysiabaru dah rasa x yakin ke dgn husam..

Tanpa Nama berkata...

UMNO yang menang

Sekarang masyarakat melihat UMNO tak tolak hudud dan dalam masa yang sama di negeri lain UMNO akan kata hudud tak sesuai

PAS Selangor kata hudud pun tak sesuai lagi di Selangor mengukuhkan kedudukan UMNO dalam isu hudud

Bgi PAS pula yang menang ia lah Hj Hadi dan yang kalah ialah PAS

Malaysiabaru berkata...

Wan rosli.

Tok guru hadi Ping Besut nak dpt sokongan menteri umno pun susah..

Apatah lg 1juta dan 5 juta ahli pasumno.

Hadi takde karisma... Dari kecik sampai besar kelentong orang...

Umno pun tak percaya janji kosong hadi Ping marang

Tanpa Nama berkata...

Membiarkan orang mempermainkan hudud lagi berdosa daripada orang yang tak tahu mempersoalkan hudud

Dalam PAS sendiri seperti Selangor kata tak sesuai Sepatutnya sesuai ke tidak buat je Terus terang kata sokong hudud Kelantan jangan cakap pasal nak buat hudud di Selangor

UMNO Trengganu pun patut kata mereka sokong hudud Kelantan

PM kita bukan orang Islam ke ? Najib kena dulu kan agama dari kepentingan politik tapi Hj Hadi buat tak tahu je kali ini

Yang bahalol nya ada pulak berita Hj Hadi dengan seorang lagi pemimpin PAS nak jumpa Najib Dapat 10 minit pun jadilah Bila hal macam ini di bawa masuk dalam kelambu boleh percaya ke?


Tanpa Nama berkata...

Kalau nak bentang hudud ini kena buat dengan seriuos lah Tak boleh kata tolak ke tak tolak ke Tak terima ke janji dia dah terselamat

Macam tu jugak orang yang solat masa peserta akhir maharaja lawak sebab masuk waktu Belum habis iklan untuk peserta akhir seterus nya dah selesai solat Semasa mengerjakan solat janji dah buat Tuhan terima ke tidak tanggung jawab dah lepas

Dalam Islam tekan kan tertib ! Hudud Hj Hadi tak ikut tertib !

Nostalgia abkk berkata...

Almarhum TGNA is damn right about UmNO...

Tanpa Nama berkata...

Setiap kita akan di tanya ... apa usaha kita utk menegakkan agama Allah .... berjaya atau tidak ... itu urusan Allah ... urusan kita ... usaha kan semampu kita.
Wallahualam.

Tanpa Nama berkata...

Yang mana satu?

Orang yang menjadi amanah dan baik kerana ikut@adanya hukum dan peraturan

Bagi jugak lah contoh sebab ada tanda had laju 60 km maka si pemandu pun bawak kereta pada kelajuan 60 km

Orang yang amanah dan baik yang 'menjadikan' hukum dan peraturan Contoh Walaupun tidak ada tanda had laju tetapi kerana selalu berlaku kemalangan si pemandu pun bawak pada kelajuan 60 km Atau yang lebih releven dengan topik walaupun dia tahu jika dia berbohong orang tak akan tahu tapi dia tidak mengambil kesempatan untuk berbohong

Aliyya Najihah berkata...

Yang dikejar tak dapat,yang dikendong berciciran.Sifat Bijaksana Nabi S.A.W tak de langsung.Apakah ulamak Mesia setanding ulamak saudi yg sokong As sisi?

Aliyya Najihah berkata...

Hadi tak de sifat Bijaksana.

Tanpa Nama berkata...

Husam kalah ke menang

Kewibawaan dan kredibiliti Hj Hadi dah tercemar !

Ulamak Nombor dua boleh kena berlawan pulak kali ini

Tanpa Nama berkata...

Hj Hadi merancang bawa hudud bulan April

UMNO merancang melenggahkan hudud supaya di bawa ke bulan Mei dan supaya PAS nampak kena dipermainkan

Hj Hadi merancang UMNO pun merancang Sesungguhnya perancabgan UMNO lebih baik dari Hj Hadi

Tanpa Nama berkata...

KENAPA KORANG TAK PINDA PERLEMBAGAAN DULU? CUBALAH PAS DAN UMNO BERGABUNG DAN DAPATKAN 2/3 MAJOEITY MP MENYOKONG DAN PINDA. BARU BOLEH. KALAU TIDAK SEMUA LALAK DAN LOLONG KORANG MEMBAZIR AJER!

Tanpa Nama berkata...

Dah banyak kali kita katakan, bukan sekadar 'SEMAMPU MUNGKIN", tetapi juga "SEBIJAK MUNGKIN".

Mengusulkan hudud tatkala rakyat belum faham mengenainya adalah tanda ketidak-bijaksanaan ulamak-ulamak PAS.

Ketua Ulama no.1 dunia pun, Syeikh Yusof Al-Qardhawi menyatakan kebajikan itu patut leboh diutamakan daripada hudud.

Tanpa Nama berkata...

Allah berfirman dalam Surah Ar-Rahman ayat 33:

Wahai jamaah jin dan manusia, jika kamu sanggup menembus dan melintasi penjuru langit dan bumi, maka tembus dan lintasilah! Kamu tidak akan dapat menembus dan melintasinya kecuali dengan kekuatan (ilmu & kebijaksanaan).

Pengajarannya, nak buat apa pun apatah lagi nak perjuangkan syariat Islam mesti utamakan ilmu dan kebjiaksaan bukan membuta-tuli.

Malaysiabaru berkata...

Kenyatan kami bukan makian. Kalau Tuan rasa makian kami minta maaf.

Husam akan di halang untuk bertanding... Tengok apa jadi kpd MP kuala krai di bakar kereta dan bekas MP KS di tampar sampai terbarai muka anugerah ilahi.

Inilah extremist melayu islam yg masih tidak d tangkap polis ...

Tanpa Nama berkata...

kenapa Pas xnak keluar PR wahal dari dulu lagi semasa BA kini PR pkr& dap tolak hudud..mengapa dulu boleh duduk satu meja kini tidak boleh? siapa penghalang hudud pkr& dap atau kerajaan malaysia Bn..kuasa pon xdak sudah kecoh nak ubah perlembagaan malysia,dapatkan kuasa dulu, jikalau sudah dapat putrajaya dap& pkr tolak hudud bergasak lah tingalkan pakatan,kini kuasa pon xd, melalak lebih dan khianati PR...lu pikirlah sendiri..nanti aku di chop murtad tolak hudud,wahal aku tolak pemimpin pas yg menari bersama umngok bab hudud!

Tanpa Nama berkata...

Kesian hj hadi sekiaya ramai lagi pengikut seperti Wan rosli sebab berfikir menggunakan kepala lutut.

Tanpa Nama berkata...

Wan Rosli cubalah fikir dengan matang.cuba bagi tahu menegapa sekarang Hj Hadi di hina sedemikan rupa ,kalau dulu takda pun dicacai .mengapa sekarang jadi macam ni,?.cuba bagi tahu juga ,siapa yang berkata BARUA kepada sesama ahli Pas,.Siapa tuduh calun PKR jual pil kuda,siapa yang jarang hadir mesyuarat,cakap ye tuan Wan Rosli yang wala'

Ritchie Blackmore berkata...

Yaaa...orang2 pas adalah ahli syurga kerana mrk tahu Allah akan bertanya ttg hudud kepada pengkomen2 yg tidak setuju dgn hudud yg ada di sini.Inilah kelebihan orang pas yg tak ada pada orang lain.Marilah kita semua sertai pas kerana hanya pas yg menjamin syurga utk kita.Syeikh Hadi pernah bersabda tidak akan membawa ahli pas ke neraka jahanam semasa krisis Mb selangor.Pas beerti Pengikut Ahli Syurga.Yang lain semuanya neraka jahanam.....

Tanpa Nama berkata...

Ni lah tahap pemikiran org ganu
Bodoh sombong
Jilat hadi awe sapa sut
Patut la sepenggal je perintah ganu
bangang ruponyo ore ganu ni...

Tanpa Nama berkata...

Yang ramai tidak tahu terutamanya puak UG ialah ia tunda untuk sidang parlimen sebelum PRU14. Ketika itu isu ini akan ditimbulkan kembali untuk melemahkan Pakatan Rakyat apabila perpecahan makin melebar.

Tanpa Nama berkata...

Ini adalah stategi memaksa pas tidak menyokong pkr dlm pilihanraya permatang pauh

Wan Rosli berkata...

Saya sokong tok guru.. kita tgk nnti pkr melutut mintak pas bantu dlm pilihanraya permatang pauh.. you are a real strategist tok guru.. kami ahli majoriti pas sokong TGHH terus memimpin kami. Kami x peduli pun golongan minoriti yg nak tn guru berundur.. kami perlukan tok guru.. pasma perlukan husam..

Tanpa Nama berkata...

Ini dah jadi ulamak tiga suku (species baru). Umno dok dolak dalil. Si ulamak ni dah kena tipu. Yang ulamak ni pula hidung tak mancung pipi tersorong-sorong. Umno main politik. Ulamak ni tak nampak semua ni.

Ulamak species apa ni?

Tanpa Nama berkata...

kita lebih mempercayai UMNO, kerana UMNO pun ramai ulama berbanding Pas