Kerajaan Selangor akan menyaman akhbar Utusan Malaysia dan Timbalan Ketua Pengarangnya ekoran satu artikel tidak benar dan berunsur jahat berkenaan status pemilikan lima aset Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).
Artikel tersebut bertajuk “Jual aset PKNS : Sultan Selangor murka?” diterbitkan hari ini dan ditulis timbalan ketua pengarang Datuk Zaini Hassan.
Pengumuman saman itu dibuat Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam satu sidang media sejurus selesai mempengerusikan Mesyuarat Exco di Bangunan SUK di sini petang tadi.
“Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri kesal dengan artikel yang disiarkan Utusan Malaysia hari ini.
“Justeru, Kerajaan Negeri mewajarkan satu tindakan tegas diambil kerana artikel tersebut ternyata palsu dan menjejaskan nama baik Menteri Besar,” tegasnya yang turut ditemani Ahli Exco Negeri, Dr.
Ahmad Yunus Hairi dan Ronnie Liu.
Sehubungan itu juga, Kerajaan Negeri mengarahkan peguam menghantar surat tuntutan maaf kepada Utusan Malaysia dan Zaini selain mengarahkan PKNS mengambil tindakan sama.
“Walaupun kita menghormati kebebasan media, namun media tidak boleh menyalahgunakan kebebasan itu.
“Apalagi untuk melaporkan berita berunsur fitnah, palsu dan mengelirukan,” tambah beliau.
Laporan akhbar berkenaan menyebut Kerajaan Negeri akan menjual lima aset PKNS iaitu Kompleks PKNS Shah Alam dengan harga RM 85 juta, Menara PKNS Petaling Jaya (RM90 juta), Shah Alam Convention Centre (RM97 juta), Kompleks PKNS Bangi (RM42 juta) dan Wisma Yakin (RM7 juta).
FITNAH UTUSAN:

7 ulasan:
salam mmg dr since dsai d jatohkan saya xprnah beli utusan meloya....jijik snggoh..xingat MATI kot?? Pemfitnah2 wrtawan meloya ni...
saman jer....suka sangat nganggu pentadbiran pr...buat fitnah lak tu...
kalau org yang cerah hati dan waras, secara semulajadi akan berasa sangsi dan ragu2 bila membaca utusan. aku dulu selalu baca. tp rasa loya bila baca penulisan astora jabat. walaupon masa tu aku sekolah menengah dan ilmu agama x seberapa, aku tetap x bole terima kebanyakan hasil tulisannya. terlalu mengampu BN walaupun isu yg bercanggah dgn Islam. kalu kelentong dan spin bab politik mmg aku pecaya mase tu. mentaliti budak sekolah kan. tp jgn bab agama.bila pengisian yg mengelirukan bole dibenarkan tersiar pada umum, kat situ aku da mula nampak ada yg x kena pada kerajaan BN ni.
Sudah tiada etika serta kejujuran di bidang kewartawanan khususnya akhbar2 perdana di Malaysia ini. Apakah wartawan2 yang beragama Islam itu, dah tak ingat halal-haram , pahala-dosa dan syurga-neraka????? Apakah mereka tak kan mati ....... Tak tahulah apa lagi yang hendak dikatakan , bagi makan minum anak isteri guna duit tak tentu hala datangnya, setiap masa terus melakukan perkara2 yang dilarang.
utk maklumat saya haramkan anak saya membeli akhbar ini kerana terlalu tak betul melapur. kalau tak takkan kena saman.
Makan minum yang haram bukan setakat makan babi dan minum arak. Makan gaji dengan cara memfitnah dan melaga-lagakan orang lain tetap juga haram hukumnya.
Ahh korang ni...x abes2 nk kutuk Utusan MALAYSIA...padahal itulah akhbar PALING TULUS dan BENAR,info dlm akhbar tu adalah dari hati yg suci ikhlas dan hasil pemikiran melayu yg berjaya tau...x caye korang tgk waktu solat die...kompem tepat n betul....yg lain jgn tgk la, yg tu mmg sampah2 sumenye
Catat Ulasan