16 Nov 2012

Pramugari Egypt Air Mula Pakai Hijab


Kaherah – Semua krew wanita pesawat Egypt Air memakai hijab buat kali pertama sejak syarikat penerbangan nasional itu diasaskan pada 1932.

Egypt Air berkata, etika pemakaian itu perlu dipatuhi selepas menerima saranan daripada ulama.

“Beliau sarankan pemakaian itu dan hukumnya wajib, terutama penerbangan ke Jeddah,” katanya.

Ketika pemerintahan Presiden Hosni Mubarak, hijab dianggap janggal, terutama mereka yang bertugas di stesen televisyen dan syarikat penerbangan nasional.

Namun, selepas beliau diganti dengan Mohamed Mursi, wanita diberi kelonggaran mengenakan hijab. – AFP

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Alhamdullillah!!!!

Mesir telah memulakan langkah pertama mensyurgakan wanita wanita jahil Islam kearah yang disyariatkan dalam Quran dan Sunnah.

Bila pula Malaysia mensyurgakan wanita wanita Islamnya baik di perkhidmatan awam mahupun swasta, dari Air Asia ke MAS.

Sesungguhnya kehidupan di dunia hanya sementara dan seksaan kubur dan alam akhirat adalah permanent.

Tanpa Nama berkata...

Negara islam malaysia bila lagi?

Amuraria berkata...

mesti istri menteri perdana losmah menci menci menci nak naik pesawat egypt ni ;)

Dkna Abza berkata...

Malaysia ermmm.. skirt atas lutut ..

Tanpa Nama berkata...

Mesir da jumpa sinar selepas membuang Mubarak & Co dari kepimpinan. Malaysia blum lagi kerana masih diperintah oleh geng mangkok hayon. kene UBAH dulu

Tanpa Nama berkata...

Malaysia??? Penerbangan membawa jemaah haji aje kot.... jangan ltu pun terpaksa udah le..

Tanpa Nama berkata...

Pak arab ambil masa 80 tahun baru la nak tukar pakai tudung, tu pun entah-entah setengah je, atas tudung bawah skirt kan..kita tukar gomen dulu baru ubah kan.. ingat tuu..

ayba berkata...

Sebenarnya ini bukan arahan kerajaan semata-mata. Pramugari ini sendiri yang berjuang untuk memakai tudung sejak zaman Hosni lagi tapi Hosni tak bagi. Pramugari Malaysia?