SSenator Australia, Nick Xenophon hari ini hadir ke Balai Polis Travers, Kuala Lumpur membuat laporan terhadap akhbar Berita Harian (BH), News Straits Times (NST) dan Utusan Malaysia kerana melabelkannya sebagai anti-Islam dan penyokong kumpulan pasangan sejenis.
Senator bebas itu yang tiba di Malaysia sejak semalam membuat laporan polis kira-kira 11 pagi tadi menyifatkan laporan terbabit sebagai palsu, tidak benar, dan mencemarkan reputasinya sebagai seorang senator sehingga menimbulkan ketakutan sekiranya menjadi mangsa keadaan.
“Senator Nick mahu pihak berkuasa menyiasat kes ini di bawah undang-undang jenayah Seksyen 499 Kanun Keseksaan kerana menyebarkan fitnah,” kata wakil peguam Amer Hamzah Arshad ketika dihubungi.
Menurut Amer, Nick kini berada di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi bagi memberikan keterangan kes terhadap laporan polisnya pagi tadi.
Nick dijemput oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi salah satu anggota badan pemerhati luar bagi memantau Perhimpunan Bersih 3.0 bagi menuntut pilihan raya adil dan bersih pada 28 April lalu.
Utusan dalam laporannya 1 Mei lalu mendakwa Nick mengecam Islam sebagai sebuah organisasi jenayah yang berselindung disebalik kepercayaan agama.
Dakwaan itu dipetik Utusan melalui satu ucapan Nick pada 17 November 2009.
Manakala NST menyiarkan kenyataan Ahli Parlimen Bebas-Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim yang turut menyifatkan Nick sebagai peyokong kumpulan LGBT.
Namun NST kemudiannya menarik balik laporan tersebut dan memohon maaf 3 Mei lalu.
Melampau batas
Walaupun pengakuan dan permohonan maaf dikemukakan NST, namun Amer menegaskan isu itu melampau batas kerana menjejaskan nama baik Nick sebagai seorang wakil rakyat.
“Nick sibuk menjalankan tugasnya di Australia. Baru sekarang berkesempatan untuk datang ke Malaysia dan membuat laporan polis walaupun artikel itu disiarkan Mei lalu,” katanya.
Nick dijangka pulang ke tanah air pada Ahad ini bagi menghadiri sidang Parlimen Australia Isnin minggu depan.
Sementara itu, Amer berkata pihaknya akan meneruskan niat untuk mengambil tindakan saman terhadap akhbar berkenaan dalam masa terdekat. -FMT

Senator Australia membuat laporan polis
terhadap tiga akhbar kerana menfitnah
Xenophon bersama Amir Hamzah di luar balai polis Jalan Travers 16 November, 2012
KUALA LUMPUR, 16 Nov — Senator Australia, Nicholas Xenophon pada hari ini membuat satu laporan polis atas dakwaan fitnah jenayah oleh tiga akhbar pro-kerajaan yang menuduh beliau sebagai “anti Islam” pada Mei lalu di balai polis Jalan Travers.
Tiga akhbar tersebut ialah Utusan Malaysia, New Straits Times dan Berita Harian yang dalam laporannya mengatakan Xenophon menyamakan Islam tersebut sebagai “organisasi jenayah” dalam satu ucapannya di Parlimen Australia pada 2009.
“Hari ini, saya telah membuat satu laporan polis ke atas tiga akhbar atas tuduhan fitnah jenayah dibawah Seksyen 499 Penal Kod,” kata Xenophon yang ditemui hari ini.
“Dalam laporan itu, pihak polis akan membuat siasatan ke atas berita yang berniat jahat dan bertujuan mencemarkan nama saya dikalangan masyarakat Islam serta diperingkat antarabangsa,” tambah beliau.
Dalam pada itu, Amer Hamzah Arshad, peguam yang mewakili Xenophon berkata surat tuntutan kepada ketiga-tiga akhbar tersebut telahpun dihantar sebelum ini.
“Surat tuntutan telah dihantar kepada ketiga-kita akhbar tersebut. Tapi laporan polis pada hari ini adalah langkah susulan untuk membawa perkara ini ke mahkamah,” kata Amer yang tidak menolak akan mengambil tindakan saman ke atas ketiga-tiga akhbar tersebut.
Pada Mei lalu, ketiga-tiga akhbar pro-kerajaan tersebut telah mengeluarkan satu artikel mengatakan bahawa senator tersebut sebagai anti Islam tetapi telah menarik balik serta meminta maaf kepada senator Australia tersebut.
Xenophon yang ditanya wartawan mengapa beliau menunggu begitu lama untuk membuat laporan polis menjelaskan faktor komitmen kerja dan masalah kesihatan sebagai punca baru hari ini laporan tersebut dibuat.
“Komitmen kerja di Parlimen dan juga masalah kesihatan memaksa saya sukar datang ke Malaysia.
“Pada bulan Jun lalu saya telah dirawat di hospital kerana masalah pendengaran,” jelas beliau.
Di bawah Seksyen 499, menerangkan “Barang siapa, sama ada dengan perkataan yang dituturkan atau yang dimaksudkan untuk dibaca atau dengan isyarat, atau dengan pernyataan zahir, membuat atau menyiarkan apa-apa tohmahan mengenai seseorang, dengan maksud hendak merosakkan, atau dengan mengetahui atau dengan ada sebab mempercayai bahawa tohmahan itu akan merosakkan nama baik orang itu, adalah dikatakan, kecuali dalam hal-hal yang dikecualikan kemudian daripada ini, memfitnahkan orang itu”.
Sekiranya disabitkan bersalah, ia boleh dikenakan hukuman dua tahun penjara atau denda, atau kedua-duanya sekali.
Xenophon, sebelum ini, mengkritik laporan berat sebelah media arus perdana terhadap Bersih 3.0 kerana mementingkan wajah perdana menteri (PM), Datuk Seri Najib Razak di Sabah daripada perhimpunan terbesar di Malaysia.
“Media perdana memihak dan tidak adil,” katanya yang kemudian dipetik media Australia menyatakan: “Saya terkejut ada yang pergi hingga sebegitu rendah.”
Dalam pada itu, kenyataan bertulis Hansard yang dikeluarkan di Parlimen Australia menunjukkan perbezaan sama sekali dengan artikel yang disiarkan oleh NST dan Utusan, malahan senator tersebut yang mempunyai hubungan rapat dengan ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hanya menggunakan kata-katanya itu untuk mengkritik “Scientology”. -TMI
4 ulasan:
Kredibiliti akhbar di Malaysia ini sudah ditimpa tahi lembu Kak Shah... Amat memalukan.
Hi, Nick don't just make a report, sue them. They always cheated the malaysian people with manipulate every story to gain extra political milage.
Well Done!
Sykadeer.
Selama 31 tahun aku hidup..akhbar utusan lah akhbar paling bangang sbb banyak sgt kena saaman...x pnh lagi aku jumpa akhbar bangang mcm ni..blh masuk malaysia book of records..dah la byk kena saman..kalah lak tu...bangang bebal baghal bodoh tolol semua complete set utk utusan..nasib baik aku dgn saudara mara x de kje kat utusan..klu x mana la nk letak muka..
Tak ape!
Orang ramai orang kampung n orang Felda tak tau pun hal-hal kena saman & kalah tu
Catat Ulasan