4 Nov 2012

PKR Lancar ‘Pakatan Harapan Rakyat’


PKR selangkah lagi menuju Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU) apabila melancarkan kempen bertemakan ‘Pakatan Harapan Rakyat’ sebagai medium menyahkan fitnah politik BN.

Menurut Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, PKR menjadi parti politik pertama yang menjalankan kempen ini.

Katanya, kempen tersebut mengetengahkan idea,harapan dan wajah rakyat untuk memberi kelainan kepada Malaysia.

“PRU kali ini akan jadi medan BN untuk menghambur segala caci nista kepada keadilan (PKR) “Sebab itu PRU-13 ini kita tidak mahu dirosakkan dengan cacian mereka. Makanya kempen poster dan papan tanda gergasi ini adalah pendekatan kita untuk menolak kempen berbaur fitnah yang akan dimainkan oleh BN,” katanya ditemui selepas perasmian kempen itu di Ibu Pejabat PKR pagi tadi.

Beliau turut menafikan bahawa kempen ini bukan untuk propaganda namun membawa mesej,warna dan harapan rakyat.

“Tsunami politik 2008 telah membawa perubahan termasuk pembentukan Pakatan sebagai wadah reformasi yang menjadi wadah baru kepada rakyat,” katanya.

Jelas beliau, fasa pertama sebanyak 10 bilboard akan dipasang, dan fasa kedua kempen secara online akan dilakukan.

Turut hadir dalam perasmian itu termasuklah Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan pimpinan parti.

KEADILAN lancar poster kempen PRU 13 tema ‘Pakatan Harapan Rakyat’

KUALA LUMPUR 2 Nov: KEADILAN menjadi parti politik pertama di Malaysia melancarkan poster dan billboard kempen pilihan raya umum (PRU) ke-13 dengan tema ‘Pakatan Harapan Rakyat’ Disempurnakan Presiden, Datuk Seri Dr Wan AzizahIsmail hari ini, kempen itu sarat dengan mesej rakyat warna rakyat dan harapan yang diketengahkan KEADILAN.

“Kita tak mahu PRU 13 dirosakkan dengan fitnah politik dan cacian Barisan Nasional. KEADILAN mahu mewarnai kempen dengan idea, harapan, wajah-wajah rakyat, semangat dan keyakinan bahawa Malaysia berhak menjadi lebih baik.

“Kempen ini menolak pendekatan kotor berbaur fitnah politik yang akan dimainkan BN,” katanya pada pelancaran di ibu pejabat parti, pagi ini.

Turut hadir, Pengarah Strategi, Rafizi Ramli; Pengarah Komunikasi, Nik Nazmi Nik Ahmad; Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh dan Exco Selangor, Rodziah Ismail.

Sejak 2008, Wan Azizah berkata, KEADILAN dan Pakatan Rakyat membawa isu rakyat, antaranya kenaikan harga barangan, pendidikan percuma, pembelaan terhadap wanita.

“Inilah isu rakyat. Mereka letakkan harapan tinggi agar persoalan asas ini dapat dirungkai. Perjuangan Pakatan tidak boleh dipisahkan dari harapan rakyat.

“Keadilan akan terus memegang amanah sebagai parti tunjang dalam Pakatan,” katanya.

Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution pula, berkata 10 bilboard diperkenal bagi fasa pertama kempen manakala fasa seterusnya diperkenal menjelang PRU-13.

“Segala urusan termasuk kelulusan dari pihak berkuasa tempatan (PBT) diuruskan sebuah pasukan khas,” katanya yang menyatakan kempen itu turut diperluas melalui media.

“Setakat ini, sebanyak 13 tajuk risalah disebar luas sejak empat bulan lalu,” katanya.














3 ulasan:

din siam berkata...

EH EH EH..... TUU DIAA, HAMPA MAU APA LAGI ?

Tanpa Nama berkata...

Tahniah!

Pakatan Rakyat mendapat undi saya !!!!!

Pakatan Rakyat berwawasan maju dan bersatu ke hadapan kearah negara sejahtera, selamat dan aman.

BN? Hanyalah sejarah zaman batu yang harus dilupakan dalam penghidupan akan datang.

Tanpa Nama berkata...

diharapkan umno/bn akan menerima nasib seperti dinosour, biarkan dimamah zaman dan tak perlu dikenang-kenang menjadi pengkhianat sepanjang berkuasa laksana firaun di zaman Musa, keujudan umno hanya merosak dan memporakperandakan sistem dan undang-undang negara. apa telah terjadi kepada kehakiman, peguam negara, spr, sprm, pdrm? pembangunan dilakukan kerana ada habuan disebaliknya untuk memenuhkan tembolok, perut, kocek, kantong, bagi pemimpin, keluarga dan kroni mereka sahaja.