Pakatan Rakyat (PR) akan mengheret ke mahkamah mana-mana individu atau pemimpin Umno-BN yang pernah terlibat dengan rasuah sekiranya diberi peluang menerajui kerajaan.
Mereka yang terlibat dengan perbuatan tidak bermoral akan dihadapkan ke mahkamah untuk dibicarakan demi memastikan keadilan dapat ditegakkan.
Demikian ujar Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ucapannya di program Himpunan Kebangkitan Rakyat yang diadakan di Seremban Jaya malam tadi.
Menurut Anwar lagi, tindakan pemimpin Umno-BN menyalahguna kuasa dan kedudukan mereka ketika berkuasa telah mengakibatkan kerugian yang besar kepada rakyat dan negara ini.
“Saudara, kita tak nak ganggu dia, tetapi yang dia kata kalau kita menang, kita akan jadi alat dan pencacai kepada DAP (tetapi) sebenarnya yang mereka takut adalah harta yang mereka rampas daripada rakyat.
“Anak Perdana Menteri, anak bekas Perdana Menteri, kerjanya, bilion ringgit dia ambik, apa kamu ingat duit ini bapa kamu punya ke atau rakyat punya.
“Syarikat petroleum bilion ringgit bila untung beli syarikat arak dan ustaz Umno pun kata hidup Melayu,” sindir Anwar.
Sebelum itu, Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang pula sekali lagi memberi jaminan bahawa DAP tidak pernah berhasrat menghapuskan keistimewaan orang Melayu.
Beliau turut mengajak rakyat Malaysia menjadikan Najib sebagai Perdana Menteri terakhir dari Umno-BN.
“Najib Razak pecah rekod sebagai Perdana Menteri yang memiliki penggal terpanjang sebelum pilihan raya, tetapi kalau dia tak bubar, maka pada 23 April 2013 Parlimen akan terbubar secara automatik.
“Kita boleh bagi dia peluang untuk cipta satu lagi rekod iaitu Perdana Menteri terakhir Umno-BN,” ujar Kit Siang.
Kit Siang turut menyentuh skandal RM40 juta ‘Aman gate’, kenderaan SUV mewah, Hummer, milik Micheal Chia tetapi digunakan oleh anak kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri. -selangorku
8 ulasan:
Alhamdullilla !!!!
Tegakkan keadilan dan penjaralah silaknat yang rakus mencuri harta rakyat.
NOK TENGOK SAPA YANG AKAN MASUK GOK(BAHASA ORG TRG)(PENJARA)ATAS SKANDAL RUNTUHAN STADIUM TRG.
DOK SABOR RASENYE NOK JADI PENGIRING HTR KE LOKAP.
Alhamdulillah....
Kami rakyat Malaysia bukan sahaja menyokong sepenuhnya tindakan untuk membawa mana-mana pemimpin UMNO/BN yang telah menyalahgunakan kedudukan, kuasa dan kewangan negara ke muka pengadilan, malah kami juga menyarankan mana-mana anggota perkhidmatan Kerajaan yang korup sama ada Ketua Jabatan atau kakitangan bawahan yang korup juga dibawa kemuka pengadilan termasuklah anggota-anggota angkatan bersenjata (Polis, Tentera, termasuk Kastam dan sebagainya) juga tokey-tokey besar yang menjadi 'jutawan' yang memberi rasuah......
Pemimpin keadilan mestilah meneria hakikat yang keadilan ini bukan harga minyak turun,bukan hapus PTPTN,bukan Turun harga Gula.Benda benda ini wajib utk Rakyat.Agenda yang utama ialah mesti bersih dan menghukum sapa yang bersalah daalam pentadbiran negara.Jangan jadi mesir sekor aje yang kena yang lain bebas.Jadi dia buat macam mana pun keadilan tidak akan timbul.Yang bersalah selama berpuluh yahun patut dihukum diDataran Merdeka.Baru negara boleh maju.kalau diselindungkan persalah ini tak guna repormasi.
Salam GB...bukan setakat pemimpin2 umno yg terlibat rasuah je kita bicara dan penjarakan....malah blogger2 umno yg bnyk memfitnah kita sumbatkan sekali...Takbir..ABU.
kami nak perasuah umno dan lain2 dibawa kemahkamah diadilikan..kerana ketamakan umno dgn kroni2nya menyebabkan rakyat hidup dgn sempitnya..kemenangan PR dgn undi2 kami..membelakan kami....please
Pada prinsip keadilan: Yang salah akan dihukum secara adil.
Nampak gaya Penjara Pudu kena di buka semula khas untuk puak2 BN..
Catat Ulasan