4 Nov 2012

[BERGAMBAR] 1103 BERSIH: Puluhan Ribu Rakyat Berhimpun Biarpun Hujan Rahmat Mencurah Turun


Seremban: Biarpun hujan lebat turun tidak berhenti-henti sejak jam 5 petang tadi, namun ianya tidak menghalang ribuan rakyat hadir ke pelancaran Himpunan Kebangkitan Rakyat di Taman Seremban Jaya di sini malam ini.

Dianggarkan sehingga jam 9.30 malam, 10,000 orang dari pelbagai kaum memenuhi ruang padang dihadapan pentas dan jumlahnya semakin bertambah menjelang ucapan pemimpin utama Pakatan Rakyat di penghujung program malam ini.

Mereka tetap hadir walaupun terpaksa berpayung, berbaju hujan dan berada dalam becak di tengah padang, semata-mata mahu mendengar amanat dari pimpinan mereka. (Angka meningkat kepada 30,000 pada jam 10.30 mlm - GB)

Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Penasihat DAP Lim Kit Siang dijangka akan menyampaikan amanat khas malam ini.

Tirai program malam ini dimulakan dengan ucapan wakil-wakil NGO rakyat termasuk NGO 'R' yang memperjuangkan tuntutan royalti, NGO Anti-Lynas, NGO Anak yang memperjuangkan nasib peneroka, NGO Bersih yang memperjuangkan tuntutan pilihan raya bersih dan adil serta wakil NGO Kase yang membantah saman ekor termasuk penggunaan AES.

Sesuai dengan nama Himpunan Kebangkitan Rakyat, warna tema pada himpunan kali ini juga mewakili warna tema NGO-NGO tersebut.

Empat warna tema malam ini adalah warna kuning sebagai menyokong perjuangan Bersih, Oren untuk Anak, merah untuk Royalti dan hijau untuk Anti-Lynas.

Turut berucap diawal program malam ini termasuk Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan Taufek Ghani, Pengerusi DAP Negeri Sembilan Lok Seiw Fok, serta Pengerusi PKR Negeri Datuk Kamarul Bahrin Abas.

Ketika ini antara pemimpin Pakatan Rakyat yang duduk di pentas utama termasuk Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, Timbalan Presiden PKR Azmin Ali serta Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar dan Ketua Dewan Muslimat PAS Siti Zailah Mohd Yusof.

Selain itu, turut kelihatan pemimpin ketiga-tiga parti Negeri Sembilan, pemimpin pakatan rakyat di segenap peringkat serta Sasterawan Negara Datuk A Samad Said.

Ucapan oleh pemimpin utama dijangka bermula jam 10 malam ini.

Ketika ini kelihatan Bas Merdeka Rakyat yang membawa ketiga-tiga ketua pemimpin parti, Anwar, Kit Siang dan TG Abdul Hadi tiba di tapak program. -HD











9 ulasan:

Unknown berkata...

A'kum

Adakah semua yang hadir dari N9?
Kalau begini adalah menjadi alamat yang baik..

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulillah, sungguhpun tidak dibayar tetapi mereka tetap berduyun2 secara ikhlad ingin turut menyumbang jiwa raga demi keadilan, keamanan, kesejahteraan dan kesinambungan kemakmuran generasi masa depan negara. Allahu Akbar.

The Didi Butter berkata...

Harap yang datang tu bukan orang luar & bukan muka yg sama.

Tanpa Nama berkata...

mana mejar pencen yang kata akan mengangkat senjata dan berlaku pertumpahan darah..mungkin dia pun senasib dengan berahing ali...malam tadi hujan,bini tak bagi keluar rumah,takut demam,,yang ada bini tolong tumpahkan kauh supp..

Tanpa Nama berkata...

Habis, kali ini memang habis bagi BN. Rakyat sudah bangkit dan sudah tiba masanya unutk mengkuburkan BN.

Tanpa Nama berkata...

Budak budak Barisan Nasional baca dan tengok gambar N9 mesti nampak pucat terkencit. Sudah nampak kain putih kain kapan RM50 untuk membalut bungkus harta mereka ke sampan sampan dan bot bot Selat Melaka bersiap sedia lari ke Sri Lanka.....

Scorpene tak boleh menyelam akan dilanggar kapal tongkah Laksamana Cheng Ho.

Si Bacul sudah kecut teloq !

acop Melaka/Phg berkata...

sy terharu dgn kwn2 pakatan yg hadir disitu..penting sgt kita berikan isyarat kpd spr..pdrm..sprm dan pelbagai jabatan apa yg rakyat ndakkan..laksanakan pilihanraya dgn bersih utk mendapatkan pemerintah dr YB2 yg seeloknya utk kami. Pemerintah skrg yg penuh dgn rasuah..kronism dan menyokongkan kemaksiatan...perlu sgt ditumbangkan

Tanpa Nama berkata...

bila nak buat Himpunan Bantah AES di Dataran Merdeka???

Tanpa Nama berkata...

Semoga Allah menghadiahkan kemenangan kepada PR dan menumbangkan kedurjanaan BN di negara tercinta ini.