4 Nov 2012

Isu TGHH Bertanding Di Pekan: TGNA Beri Lampu Hijau, Harun Taib Mahu Beliau Kekal Di Marang

Ketua Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Harun Taib menyifatkan kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk bertanding di Parlimen Pekan tidak lebih menggambarkan beliau seorang yang setia kepada parti.

Harun berkata, apa dinyatakan Abdul Hadi itu menunjukkan dia akur bertanding mana-mana tempat diputuskan parti, namun beliau tidak terfikir Abdul Hadi akan bertanding di Parlimen Pekan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan datang.

Bagaimanapun, beliau memberitahu tidak mengetahui maklumat sebenar mengenai perkara itu dan belum berjumpa Abdul Hadi untuk dapatkan kesahihannya.

“Saya tidak jumpa lagi dengan beliau sama ada sungguh atau tidak (mahu tanding di Parlimen Pekan), tetapi apa yang boleh dikatakan, ia bermakna kesetiaan beliau terhadap parti,” katanya, semalam.

Harun mengulas laporan berhubung kesediaan Abdul Hadi untuk bertanding di Parlimen Pekan, sekali gus menunjukkan kesediaan beliau melawan kerusi yang disandang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Abdul Hadi ketika ini penyandang kerusi Parlimen Marang dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Rhu Rendang.

Harun berkata, Pas sudah tentu akan beri kerusi ‘sesuai dan munasabah’ kepada Abdul Hadi.

Menurutnya, parti akan buat keputusan bijaksana sesuai dengan jawatannya dalam usaha membawa hala tuju parti selepas pilihan raya umum akan datang.

Mengulas lanjut Harun berkata, hanya kerusi Parlimen Marang dilihat sesuai untuk Abdul Hadi.

“Buat masa ini (Abdul Hadi sesuai) di Parlimen Marang, bukan Maran,” katanya.

Mengenai sama ada Abdul Hadi masih bertanding dua kerusi sebagaimana pilihan raya sebelumnya, Harun menegaskan urusan calon terpulang kepada parti. -SH

Nik Aziz beri lampu hijau Hadi tanding Pekan
KOTA BHARU - Hasrat Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mahu bertanding di Parlimen Pekan, Pahang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) disambut baik dan direstui Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Nik Abdul Aziz semalam memberi 'lampu hijau’ kepada Ahli Parlimen Marang itu dan menyokong kenyataannya bertanding PRU13 menentang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Dia (Abdul Hadi) adalah presiden parti, jadi apa (hasrat) yang dicakapkan kita akan turut dan sokong demi kebaikan parti serta perjuangan Islam.

“Saya sangat menyokong sekiranya Abdul Hadi benar- benar mahu bertanding di Pekan pada pilihan raya akan datang untuk menentang mereka yang mengagun-gagungkan perjuangan kebangsaan daripada memilih agama,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di rumahnya, semalam.

Nik Aziz yang juga Pengerusi Majlis Syura Ulama Pas tidak terkejut dengan pengumuman Abdul Hadi yang ingin berhijrah ke Pahang walaupun tidak dapat memberi jaminan sepenuhnya sama ada kemenangan memihak kepada parti mahupun pihak lawan.

“Sekarang ini menang atau kalah itu lain hal, apa yang penting adalah sokongan kepada beliau setelah menunjukkan keberanian untuk bertanding di kerusi disandang Perdana Menteri,” katanya.

Tanpa menunjukkan kebimbangan terhadap kerusi Parlimen Marang sekiranya dilepaskan Abdul Hadi nanti dengan penghijrahannya ke Pekan, Nik Aziz mengharapkan perjuangan tersebut disokong penuh.

Nik Aziz juga Menteri Besar Kelantan turut menyuarakan kebimbangan sekiranya pilihan raya yang berlangsung di Pekan tidak dilaksanakan dengan adil.

“Saya minta ketika pilihan raya nanti tidak ada pengundi- pengundi hantu yang mempengaruhi keputusannya,” katanya.

Dalam masa sama, Nik Aziz juga turut memuji keberanian Abdul Hadi itu untuk melawan mana-mana calon yang dilihat menolak kepada perjuangan Islam
-SH



8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ianya bermula apabila Tuk Guru Haji Hadi menjawab soalan wartawan,

“Saya ikut keputusan parti. Saya serah kepada parti dan partilah yang akan buat keputusan. Parti hendak suruh bertanding Marang ke… atau Pekan, termasuklah, jika parti suruh saya bertanding di Pekan, saya bertanding di Pekan,”

Mengapa ianya menjadi kecoh?

Segalanya keputusan parti walaupun sebagai Presiden, nak mengambarkan bahawa dalam PAS bukan seorang yang buat keputusan tetapi parti yang memutuskan.

Parti akan memutuskan strategi bagi mencapai kemenangan dalam PRU nanti.




B

Tanpa Nama berkata...

Cadangan tempat bertanding pemimpin Pas

1. Ustaz Harun Taib - Jerlun atau Kubang Pasu

2. Ustaz Dr Harun Din - Jelebu atau Masjid Tanah

3. Ustaz Nasaruddin Hasan Tantawi - Kemaman atau Setiu

4. Datuk Mustafa Ali - Larut atau lenggong

5. Dato Seri TGHH - Pekan

6. Ustaz Dato Tuan Ibrahim Tuan Man - Besut atau Kuala Nerus

Tanpa Nama berkata...

Tak mustahil Najib akan lari bertanding di Putrajaya.

Tanpa Nama berkata...

Apa kata kalau TGHH x nak ke Pekan, kita ganti dgn DSAI? Kita tgk Najib nak ke mana? Dah la berdebat x nak,jika bertanding dgn DSAI pun x nak, memang bacul la jawabnya

Tanpa Nama berkata...

Semua komen2 you all....tak nampak ke apabila TGDSHAHA sebut jika parti nak beliau tanding di Pekan.....beliau akan akur. Tak nampak ke: sebaliknya Tok Jib berani tak datang tanding di Marang? Inilah diistilahkan sbg 'keberanian politik' TGDSHAHA namanya...

opisboi berkata...

telor najib hilang trus bila dapat tahu tok guru nak tanding kat pekan, bukan itu saja pencacai2 pon mengigil macam kene deman tapioca(kata sudin)kah3x..ajak debat pon teloq tak dak?

Tanpa Nama berkata...

Physics Lect...apa kata kalo Tuan Guru Hj Hadi bertanding ke Pekan, nanti mesti najib akan lari ke putrajaya yg mana govement staff wajib kene undi dia kalo tak nanti kene tukar tempat keje sabah serawak.. so if that the case, letak je DSAI kt putrajaya..mana tahu boleh manang, confirm nama najib akan pupus selama-lamanya dimuka bumi ini.. ini cadangan jer tau...jgn marah ok.. hidup PR!

Tanpa Nama berkata...

Belum apa-apa.Baru cakap-cakap.Baru borak-borak kosong,Harun Taib dah gelabah,mahukan TGHH masih bertanding diMarang(belakang rumah).Inilah mentaliti pemimpin PAS Trengganu.Dulu ada yang bertanding dikampong sendiri pun tewas sebab orang kamnpong sendiri pun meluat dengan calon tersebut.Kira-kira nak cari kerusi selamat aje.