Mahathir: Taktik pembangkang tuduh kerajaan tipu PRU13
KUALA LUMPUR - Malaysia tidak lagi bebas jika pihak luar dibiar campur tangan dalam menentukan kerajaan yang memerintah, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Bercakap kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Persidangan Riba Dunia Ketiga hari ini, Dr Mahathir mendakwa hasrat pembangkang menjemput pemerhati luar untuk memantau pilihan raya umum ke-13 sebenarnya bertujuan menuduh kerajaan menipu dalam pilihan raya.
"Tujuan satu sahaja, dia (pembangkang) kalah dia nak buat demonstrasi tentang penipuan dalam pilihan raya.
Kerajaan tipu sebab itu parti kerajaan menang. Itu sahaja.
"(Pembangkang) Nak buat rusuhan macam di negeri Arab supaya dapat jatuhkan kerajaan di luar daripada sistem pilihan raya," katanya apabila ditanya mengenai tindakan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilaporkan menulis kepada Menteri Luar Australia Senator Bob Carr meminta negara itu membantu memantau pilihan raya di Malaysia.
Ditanya mengenai pemerhati bebas yang dijemput semasa pilihan raya umum lepas, Dr Mahathir berkata: "Secara rasmi kita tak jemput, tapi kalau dia nak datang dan tengok, tengoklah.
"Tak ada negara yang mana parti kerajaan boleh kalah di lima buah negeri... tak dapat dua pertiga kerusi di Parlimen. Kalau betul-betul dia (kerajaan) nak tipu, saya ingat parti lawan (pembangkang) tak boleh menang lima buah negeri," katanya.
Persidangan Riba Dunia Ketiga membincangkan isu riba dan kaitannya terhadap kemelesetan ekonomi global yang berpanjangan, inflasi dan pergolakan sosial yang melanda dunia ketika ini.
Persidangan dianjurkan oleh Thinkers Trends Malaysia Resources dengan kerjasama Institut Kewangan dan Perbankan Islam, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan Pusat Al Ghazzali untuk Sains Islam dan Pembangunan Manusia (Australia). - Bernama.
Ulasan GB
Mereka (Mahathir, SPR & UMNO) ingat mereka boleh menipu Tuhan dengan menafikan wujudnya penipuan di dalam daftar pemilih.
Jika benar tiada penipuan mengapa kerajaan begitu takut dengan tuntutan BERSIH yang mahu daftar pemilih dibersihkan? Mengapa takut dengan pemantau asing bagi memantau pilihanraya yang bakal diadakan? Mengapa tiada Suruhanjaya Diraja dibentuk di atas dakwaan wujudnya konspirasi di antara SPR dan JPN terhadap pendaftaran PATI sebagai pengundi?
Kamu boleh menipu sekalian rakyat, tetapi usah lupa bahawa kamu-kamu tidak akan dapat menipu Tuhan.
Tuhan tidak bodoh dan tidak buta. Tuhan itu sifatnya Maha Mengetahui dan Maha Melihat terhadap apa yang berlaku dan apa yang dilakukan oleh SPR.
Justeru itu sebarang penipuan yang dilakukan akan tetap "memakan diri" pihak yang melakukan penipuan itu sendiri.
Tuhan itu juga sifatnya Maha Bijaksana - yang membalas segala tipudaya pihak berkenaan.
Surah Ali Imran : 54 Allah swt berfirman:
Ertinya : “Orang-orang kafir itu membuat tipu daya, dan Allah membalas tipu daya mereka itu. Dan Allah sebaik-baik pembalas tipu daya”.
Timbalan Pengerusi SPR, Wan Ahmad Wan Omar terlupa semasa beliau mengaturkan penipuan untuk membantu UMNO BN merampas negeri kelahirannya, Terengganu dari PAS pada pilihanraya 2008, apa yang berlaku alah Allah membalasnya dengan mengurniakan Pakatan Rakyat empat negeri lain selain Kelantan.
Justeru itu kita akan saksikan pada pilihanraya kali ini, bagaimana nanti Tuhan membalas segala tipudaya.
Dengar sini, GB ingin mengingatkan pihak-pihak yang terlibat, bahawa Allah sudah berfirman:
Sambil bersikap sombong di bumi dan berusaha merancangkan rencana jahat, dan tidak ditimpakan dengan rancangan yang jahat itu melainkan orang yang merancangkannya sendiri. Maka tiada yang mereka tunggu melainkan seperti berlakunya kebinasaan ke atas orang yang telah lalu. Kerana engkau tidak akan mendapati perubahan bagi Sunnatullah, dan engkau tidak akan mendapati Sunnatullah itu menyimpang. [Fatir: 43]

Jangan buat andaian, SPR nasihat Selangor
SHAH ALAM - Kerajaan Negeri Selangor diminta tidak membuat sebarang andaian sebelum merujuk kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkaitan penemuan 134,675 pengundi yang tidak dapat dikenal pasti.
Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar berkata, pihaknya masih menanti laporan daripada penemuan itu dan sudah bersedia untuk memberi penjelasan.
Menurutnya, SPR tidak menolak usaha yang dijalankan Kerajaan Negeri itu namun ia sepatutnya dilaksanakan mengikut undang-undang yang ditetapkan.
“Kita sudah bersedia memberi jawapan kerana kita bekerja mengikut fakta dan undang-undang,” katanya.
Wan Ahmad berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam Sinar Harian, Sabtu lalu, yang mendakwa Kerajaan Negeri mengesan seramai 134,675 pengundi baru yang tidak dapat dikenalpasti pada suku keempat tahun lalu berdaftar dalam Daftar Pemilik Induk.
Beliau juga turut mempersoalkan kaedah dilakukan Kerajaan Negeri dalam menjejak pengundi yang dilaksanakan melalui bancian dari rumah ke rumah sekiranya ia berdasarkan alamat mengikut rekod Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
“SPR tidak pernah memberi persetujuan kepada mana-mana pihak untuk melakukan bancian pengundi termasuk Kerajaan Negeri tetapi SPR tetap menghormati usaha mereka.
“Ini kerana, kita khuatir sekiranya mereka tidak memahami kaedah sebenar bancian dan membuat andaian, ia pada akhirnya akan mengelirukan orang ramai.
“Jika mereka membuat bancian dengan cara pergi dari rumah ke rumah berdasarkan alamat dalam rekod JPN, ia akan jadi tidak tepat kerana berkemungkinan individu itu tidak lagi tinggal di alamat didaftarkan,” katanya.
Beliau berkata, tidak salah di sisi undang-undang SPR sekiranya seseorang itu tidak lagi tinggal di tempat asal tetapi masih menggunakannya sebagai alamat pengundi.
“Boleh jadi mereka ini sewaktu mendaftar dengan SPR, mereka tinggal di situ tetapi kemudian mereka berpindah dan masih belum mengemas kini data terbaru mereka.
“Sekiranya kaedah ini diambil kira Kerajaan Negeri dalam penemuan itu, kita khuatir ia tidak tepat kerana masalah berkaitan alamat itu bukan sesuatu yang pelik malah ia perkara biasa di Malaysia ini,” katanya -SH.
Ulasan GB
Mereka (Mahathir, SPR & UMNO) ingat mereka boleh menipu Tuhan dengan menafikan wujudnya penipuan di dalam daftar pemilih.
Jika benar tiada penipuan mengapa kerajaan begitu takut dengan tuntutan BERSIH yang mahu daftar pemilih dibersihkan? Mengapa takut dengan pemantau asing bagi memantau pilihanraya yang bakal diadakan? Mengapa tiada Suruhanjaya Diraja dibentuk di atas dakwaan wujudnya konspirasi di antara SPR dan JPN terhadap pendaftaran PATI sebagai pengundi?
Kamu boleh menipu sekalian rakyat, tetapi usah lupa bahawa kamu-kamu tidak akan dapat menipu Tuhan.
Tuhan tidak bodoh dan tidak buta. Tuhan itu sifatnya Maha Mengetahui dan Maha Melihat terhadap apa yang berlaku dan apa yang dilakukan oleh SPR.
Justeru itu sebarang penipuan yang dilakukan akan tetap "memakan diri" pihak yang melakukan penipuan itu sendiri.
Tuhan itu juga sifatnya Maha Bijaksana - yang membalas segala tipudaya pihak berkenaan.
Surah Ali Imran : 54 Allah swt berfirman:
Ertinya : “Orang-orang kafir itu membuat tipu daya, dan Allah membalas tipu daya mereka itu. Dan Allah sebaik-baik pembalas tipu daya”.
Timbalan Pengerusi SPR, Wan Ahmad Wan Omar terlupa semasa beliau mengaturkan penipuan untuk membantu UMNO BN merampas negeri kelahirannya, Terengganu dari PAS pada pilihanraya 2008, apa yang berlaku alah Allah membalasnya dengan mengurniakan Pakatan Rakyat empat negeri lain selain Kelantan.
Justeru itu kita akan saksikan pada pilihanraya kali ini, bagaimana nanti Tuhan membalas segala tipudaya.
Dengar sini, GB ingin mengingatkan pihak-pihak yang terlibat, bahawa Allah sudah berfirman:
Sambil bersikap sombong di bumi dan berusaha merancangkan rencana jahat, dan tidak ditimpakan dengan rancangan yang jahat itu melainkan orang yang merancangkannya sendiri. Maka tiada yang mereka tunggu melainkan seperti berlakunya kebinasaan ke atas orang yang telah lalu. Kerana engkau tidak akan mendapati perubahan bagi Sunnatullah, dan engkau tidak akan mendapati Sunnatullah itu menyimpang. [Fatir: 43]
10 ulasan:
Kalau tak tipu bukan 5 buah negeri saja UMNO/BN tumbang cek det oiiiii.....UMNO/BN dah jadi pembangkang malaysia la...
Pasai tipu la menang 5 b uah negeri...
Dalam kes mata lembam DSAI, mamak ini mengatakan DSAI mencederakan sendiri untuk mendapat simpati orang ramai. kalau bukan kerana adanya RCI, kes ini akan ditutup begitu saja.
Mamak ini bapak penipu dan telah berjaya menipu orang Melayu untuk sekian lama. Kalau bukan kaki tipu bagaimana seorang pendatang boleh menjadi pengerusi gerombolan UMNO dan seterusnya menjadi PM Malaysia selama 22 tahun? Ahli ahli UMNO selalunya memanggil kaum Cina dan India sebagai pendatang, pada hal nenek moyang bekas presiden dan presiden mereka semua nya pendatang.
Melayu moden sudah bangkit dan tidak mahu lagi ditipu oleh "Melayu Celup". Sudah tiba masanya untuk mencampak lanun-lanun ini ke dalam api neraka.
Selicik mane pun umno utk menipu dlm PRU akan dtg, aku berdoa agar mereka tetap berada pada pihak yg kalah dan menerima kekalahannya. Amin!!!
Kalau tak tipu, tak perlu takut pemerhati luar datang yang bukan nak campur tangan tetapi nak mempastikan kebenaran yang dicanang selama ini kepada dunia tentang MALAYSIA BOLEH. Boleh apa????? TIPU, KORUP, SALAHGUNA KUASA dan bermacam2 lagi sampai Melayu jadi satu bangsa yang diperbodohkan dan jadi PAK TURUT?
Salam Bro,saudara jangan menuduh peribadi sesaorang.tak elok.Tun banyak berjasa kepada kita.Kalau iapun dia nak tipu pasal PRU itu antasr dia dengan Allah.Allah Maha Mengetahui.Allah akan tunjukkan siapa yang benar siapa yang salah.Kita tunggu PRU yang akan datang ini.
Najib nak minta bantuan sebenarnya, ttpi masih malu2, Sebabnya kaum Cina takut dah nak sokong BN.Najib cuba lagi menutup pekung di dada dengan menyatakan beliau telah banyak membawa banyak perubahan setelah tampuk pemerintahan diambil alih dari Pak lah.
Semoga allah tumbangkan BN atas kezaliman dan penipuan mereka..amin
Anon 11.34am,
Tolong cerita sikit apa jasa Mahathir Kutty kepada negara? Kalau setakad bina Putrajaya,Menara Berkembar Petronas,Lapangan Terbang KLIA dan Litar Lumba Kereta F1 - itu bukan jasa namanya tapi pembaziran wang rakyat.Dia tak pernah berjasa kepada rakyat cuma berjasa kepada anak-anaknya.
Memang patut pun nik razi nik mat doakan KO BN..sbb diorg ni da terlalu busuk sgt..bak kata shanon ahmad..SHIT!!!!pemimpin BN umnongok ni x takut seksa akhirat..x takut neraka..x takut azab kubur..diorg ni da terkena penyakit alwahan..dunia oh dunia..aku sbg rakyat xkan maafkan dosa pemimpin negara ni berlaku zalim terhadap rakyat..jawab la korang di akhirat nanti..
Hello Anon Nov 27, 11.34 am,
Hang ni Melayu yang memang bodoh dan bangang. Orang yang berjasa tidak akan berbuat "JAHAT" kepada negara kita. Otak hang macam otak kawan AKU yang kata tanpa UMNO, dia tak ada apa-apa pada hari ini. Kalau hang Melayu saja tak pa, ini hang mungkin Islam, tu yang sedih tu. Kalau Che Det tu baik, .... hang cari sendiri lah. Malas AKU nak cakap sebab keturunan Che Det tu pun hang tak kenal. Kalau keturunan dia pun, dia tipu, ... ini .... hahahah ... patut le orang Cina dok panggil Melayu tu 'gali tanah'. pasal apa, pasal bodoh tak boleh diajar. asyik main perasaan dan syok sendiri aja.
Catat Ulasan